Wednesday, January 9, 2013

TAK JEMU BACA BLOG SEDARE NI WEHH!!

Blog sedare itu ADALAH...jeng jeng jeng..
Blog Abg Ben kita...!!
Ingat nak paste gambar page abg Ben so senangla orang nak tahu.
Tapi tak boleh nak upload image dari semalam. Tak tahu pasal apa.
So kalau sesiapa nak blogwalking blog brader ni bolehlah klik link kat atas tu.
Suka sangat baca entry2 Qhaliff anak abg Ben ni ha.
Bukan apa sebab cerita pasal anak dia tu lebih kurang sama dengan si Qimy.

Yela kita pulak kadang-kadang xde idea atau malas nak bercerita di blog.
So dengan adanya blog abg ben ni memang kelakar habis.
terubat rindu kat Qimy bilang kali baca pasal kisah si Qhaliff ni.
Kisah baby ni sama je kan mana-mana baby pun.

Maklumla Qimy lebih kurang sebaya je dengan anak Abg Ben.
Qimy dah 10 bulan dah..makin banyak akal.
Makan minum pun kurang sebab banyak main.
Tak risau sangat sebab mama cikdania kata anak dia pun camtu and semua
kanak-kanak camtu sebab dah TIME dia nak menakal, nak main, nak explore hehehe.

Aku pun macam abg ben jugak, biar penat janji anak sihat, anak ceria sudah!

Cuma sekarang ni UUWWAAAA... Qimy kat Banting umah wan dia.
Terpaksa post dia kesana kejap sebab nak pindah rumah.
Pantang cakap dan dan malam tadi dah sampai nak amik Qimy hehehe...
Makteh si Qimy pun ada dia cuti..Aunty Pipa sanggup amik cuti gak nak jaga dia.
Haiii untungla anak mama ye.
Mama dengan papa ni ha berlengas-lengas nak mengemas rumah, awak syokla
main-main pergi sana-sini ye..

SERIOUS blog abg ben ni membantu jugak menghilangkan rasa sunyi aku.
Runtun jiwa raga ni dok teringat kat anak huhuhu..





No comments:

Post a Comment