Selasa, 26 Mac 2013

NAK LANCAR ENTRY BARU : ENTRY MASAK MACAM TAK JADI JE^^

Hohohoho...

Disebabkan xda talent sangat nak masak2 ni pastu nak amik gambar lagi aiishhh! cam renyah sangat so terbitla satu idea sebab minat sangat benda ni tapi diri sendiri belum ada kesempatan nak mencebur diri...END UP sambil2 BW blog mat2 saleh yang sangat kreatif ni kita sharingla pictures yang agak inspiring ni, maybe boleh jadi diary for me one day kalau ada rezki nak buat hehehe...yesss.. rezki duit, rezki masa, rezki kemudahan nak membuat dan mana tahu rezki nak menjual semula..ohhh apakah agaknya ye...

Ini entry pembukaan je, so every tuesday akan ada pic untuk tatapan semua.

Kalau ada yang nak share pic boleh email and ceritala sikit pendapat you. Nanti kita boleh upload kat Tuesday entry ni hoho suke^^

So inilah dia entry tu hahaha... EH! Recycle and upcycle..ada beza tau. Recycle ni contohnya kita kumpul botol plastik yang merata-rata tu then hantar kat pusat pengumpulan and diorang akan proses semula botol tu jadi bahan mentah semula yang boleh dibuat plastik atau botol minuman. Upcycle pula ialah kita kumpul botol-botol plastic tadi (sebagai contoh) then kita buat sampan daripadanya. From garbage you create new, useful product. It can be useful or it can be a piece of art. Can u imagine? Nanti i upload the picture. Memang sangat inspiring...i wish i have lake at my backyard and mendayungla kat situ setiap petang ke kan hehehe...Bagus tau because you are creating and at the same time you save the world^^.

See you next Tuesday^^


Isnin, 25 Mac 2013

MONDAY LYRICS : SUCI DALAM DEBU : JIWANG JAP^^

Mode hari ini : Jiwang hahaha
Teringat pula zaman-zaman percintaan.
Lagu ni dalam maksudnya kepada sesiapa yang baru
hendak mengenal cinta, bercinta, mencintai dan dicintai.
Bila keyakinan dan kepercayaan wujud maka bercintalah!
Cewah shadu pulak hehehe...
So guys... spread love!

Lagu : ^Suci Dalam Debu^  Oleh : Iklim
 
Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita


Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia


Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata

Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Jumaat, 22 Mac 2013

NAK MENEGUR BIARLAH BERHEMAH YE^^

Salam Jumaat semua^^
Mudahan-mudahan kita semua sihat dan ceria hari ni.
Eh macam gaya-gaya nak bagi ceramah pulak hehehe.

Baru-baru ni bos tegur sandal kita macam gaya mak-mak..hah?!
Bos: Maya...sandal awak ni macam sandal orang tualah!
Aku: Ohhh...yeke hemmm...sandal masa preggy aritu, selesa malas nak pakai heel huhu.. (suka hati akulah heeee sakit hatilah!)

Saborr je kan! Hati tu geram bercampur terasa jugak! Tak boleh ke bos ni cakap elok2 kan. Nasib baik aku ni bukan jenis heran sangat. Lantak dialah nak kata apa. Kalau ye pun sandal ni nampak annoying sangat, tak boleh ke cakap camni..eh saya rasa awak dah lama tak pakai kasut..pastu mesti aku jawab..kenapa bos? dah simpan ke high heel awak tu...tak pun cakap sambil berseloroh...ehh tak bergayalah! dah jadi mak-mak kena bergaya jugak! Aku boleh terimalah teguran macam tu..xpandai jaga hati betul lah bos aku ni! I terasa tau!

Kat sini nak sharelah sikit tentang seni menegur supaya tak mengguris hati orang lain. Kalau dia jenis yang suka terasa, dia berdoa bagi mulut ko senget nak kata apa kalau Allah makbulkan, kan dah masalah. Memangla kita rasa alaaa cakap macamtu je dah terasa tapi LAIN ORANG LAIN HATINYA ko kena ingat. Macam aku ni tak kisah orang menegur TAPI BIARLAH BERHEMAH.

1. Nak tegur perfume kawan busuk kat opis cane?
DARIPADA CAKAP : WEEIII!!! alaa sape la pakai minyak wangi satu botol ni...busuklah sakit hidung aku. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI: Waahhh minyak wangi siapa yang meriah ni (sambil senyum ikhlas)...emm saya kenapa (sambil senyum simpul)? Ini brand Anna Sui kan (kau tembak jelah brand apa pun) ..eh takdalah biasa2 je. Oh ingat Anna Sui..sebab bau sama tapi macam strong sikitla bau dia. Ko dah cuba bodyshop wild Lily sedap tau bau die. Oh ye ke kak. Kalau perfume tu memang sesuaila untuk anak-anak dara macam ko ni kan..gegirl gituew!!

2. Nak tegur kawan yang suka pakai baju tak kena corak dan color.
DARIPADA CAKAP : Corak baju ko ni macam makcik-makciklah Esah. Malap je aku tengok! KAN BOLEH CAKAP MACAM NI : Esah nak tahu tak sebenarnya kan pemilihan warna baju dan corak boleh buat kita ceria dan sihat tau. Pada pendapat akakla kan Esah sesuai sangat dengan warna-warna ceria tapi lembut pastu ada bunga kecil-kecil. Kenapa kak baju-baju Esah hodoh ke? Eh takdelah akak suka corak-corak geometri Esah tu tapi tula Esah cubalah main dengan color kan. Ada sekali Esah pakai color pink, sweet sangat. Kita ni kan kena perasan muda sentiasa hahhaha ( goreng je apa2 fakta pun pastu libatkan diri kita sekali). Janganlah up diri pulak. Niat kan nak nasihat. Aku kalau macam ni takdala sakit hati tapi berterima kasih kalau ada yang sudi bagi pendapat tentang diri aku secara sopan.

3. Nak tegur hasil kerja kawan yang tak berapa cantik.
DARIPADA CAKAP : Macam dah ketinggalan zamanlah design ko ni. Aku rasa mesti bos komplen punya. Kot iyapun memang tak cantik cakapla elok2 kawan!. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI : Emm pada pendapat akak kan design ni macam dah ok tau..tapi color dengan coraknya crowded sikitla Faiz. Faiz cuba masukkan color ni mesti gempak punya. Cuba Faiz tengok web ni. Akak suka website ni sebab banyak idea2 moden tau bolehlah buat guide. Atleast kita bagi cadangan sambil menegur. Bukan tegur je tolong taknak!

4. Nak tegur kawan yang tak suka pakai deodorant.
DARIPADA CAKAP BELAKANG UMPAT NGAN KAWAN-KAWAN. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI KAT TUAN BADAN. Eh semalam kan akak pergi Guardian tau akak jumpa satu deodorant ni dia jenis takda bau. Suka sangat sebab rimaslah deodorant yang ada perfume ni (ko pancing dia) Oh yeke sama la dengan ina. Tulah yang malas nak pakai deo tu. Takda Ina yang ni memang ina akan suka sebab dia tak melekit dan tak berbau. Bolehlah beli sebab Guardian pun sekarang tengah ada sale tu. Akak dah beli dua terus buat stok. Padahal aku suka yang ada bau kan.

Dah experiment sendiri dah. Banyak yang mendengar teguran kita dengan cara yang berhemah ni. Kalau sound xtentu pasal lagi dia buat adalah siap benci kita lagi. Pakej!

Banyak lagi contoh-contoh sebenarnya..tiba nak tulis dah tak ingat pulak. Tapi tulah kita hidup bukan seorang di dunia ini. Kita hidup bersosial dan bermasyarakat. Janganlah sampai kata-kata kita tu mengguris hati orang lain sebab bila dah terguris lama-lama orang dah bosan dan cop kita yang bukan-bukan. Lepas tu dah takda sapa nak kawan dengan kita. Tak kira lagi balasan kita bakal terima kalau orang tu rasa terhina lantas dia berdoa...haa tak ke naya tu. SAFE SIDE : Tak payah la komen pape kalau agak-agak benda tu kecik je. Selamat dan semua happy. Berdiam lebih baik.

Selalu sangat mengingatkan diri sendiri untuk berhati-hati bila bercakap. Jangan bajet bagus je.
Tapi kan lately selalu sangat jumpa orang yang cakap lepas ni..tension betul. Taknak kawan!

Isnin, 18 Mac 2013

MONDAY LYRICS : MAKE WAY FOR NODDY^^ QIMY SUKA SANGAT!!

Ohh!! Ini memang antara lagu kegemaran Qimy untuk dinyanyikan oleh mamanya
selain "Twinkle2 Little Star" and "Baba Blacksheep" hehehe.
Tak lupa juga lagu "Bob The Builder" dan "Alif Ba Ta"
Bersinar dan bercahaya sambil kelip-kelip mata dan bertepuk -tangan
bila nampak mama tergedik2 menyanyi pelbagai gaya hahaha^^
All with joy, laugh, love and grace for anak mama^^
So spread love!
 
Song : ^Make Way For Noddy^  Theme Song for Cartoon : Noddy


Make way For Noddy. Noddy !
He toots his horns to say
Make way For Noddy. Noddy !
Come On Out And Play
Make way For Noddy. Noddy !
Shout A Bit Horray
Let Get Ready And Steady , It's A Happy Day
Noddy's On His Way

Make way For Noddy. Noddy !
He Driving In His Car
Make way For Noddy. Noddy !
Toytown Can't Be Far
Make way For Noddy. Noddy !
Shout A Bit Horray
The Bell Is Ringing And Singing, It's A Happy Day
Noddy Here , Make Way


 
 




Jumaat, 15 Mac 2013

FILEM SYUKUR 21 DAN SEKOLAH PONDOK

Pernah tak tengok filem ni kat TV?
Masa remaja dulu (eceh remaja hehehe) macam bosan je nk tgok.
Bila dah menjelang 30s ni dah boleh fikir skit.
Filem ni terbitan Metrowealth production..uncle David Teo.
Pengarah : Eddie Pak (lama x dengar berita dia ni. Dia ni dah convert islam kan..kena tanya pakcik google hehehe).I thought this movie was from KRU production..so silaplah ye^^.

Ok kat bawah ni sinopsis cerita ni. Kotla ada yang nak imbas2 kembali jalan ceritanya atau memang xpernah tengok pun. So bolehlah nak baca kalau rajin ^_^
Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatar belakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.
 
Berbalik pasal komen i tadi...

ANYWAY nak ceritanya...tahun lepas rasanya TV3 ada tayangkan, i pun tengoklah, walaupun itu movie lama tapi rasa teruja sgt sebab terbayangkan sambil berkata-kata dalam hati, "inilah konsep sekolah pondok yang moden...kan elok kerajaan ambil inisiatif untuk majukan sistem sekolah pondok macam konsep yang dibawa dalam Syukur 21 ni tapi movie ni dipandang sepi je. Movie ni sekitar tahun 2000 and sekarang ni dah 2013...kadangkala ada jenis manusia tak mau tunduk pada yang rendah. So kenapa nak pandang sangat movie picisan yang kutipan setakat sejuta ni kan...rugilah kita disebabkan sifat tak nak merendah diri.

Ada few threads yang komen cerita ni rata2 komen bab sound dia sebab movie ni pakai teknologi canggih dari segi bunyian. Ramai gak yang kata jalan cerita tak best la apa la. Biasala tu.

Tapi kalau tanya i, i lebih tengok konsep dan suasana cerita tu. From thatlah terus terfikir ohh inilah sekolah pondok yang moden. Dalam cerita tu cane nak cakap ye, ok kalau department kanak-kanak then ada yang uruskan kanak-kanak, then ada remaja, golongan wanita dan lelaki. Kalau contoh pembelajaran ada science, sukan, memanah berkuda bagai. Konsepnya tidak seperti macam sekolah pondok kita sekarang ni yang hanya tertumpu pada hafazan quran, pengajian islam.........yess ada juga yang bawa konsep macam disekolah tapi lainlah!

Kalau beginilah sistemnya pasti dapat menghasilkan cerdik pandai yang soleh solehah. Yelah cakap memang senang kan tapi tulah, 13 years back ada someone yang cetuskan konsep ni... tapi belum ada pihak atasan yang perasan cerita ni dan amik sebagai panduan.....sayang kan!

 Sekarang macam dah ada sekolah islamic sebegitu konsepnya macam sama tapi ianya tak mampu dinikmati semua golongan. Contoh-contoh sekolah pondok swasta yang islamic..yes i baru teringat. Tapi setahu i sekolah2 tu perbelanjaannya mahal.

What i mean is sekolah mampu milik oleh semua golongan. Untuk Qimy esok, mampukah mama nak hantar sekolah terbaik macam tu?.

Mak aih panjangnya. Maaflah panjang lebar gituew^^ Blog sendiri suka2 macam nilah^^

Salam Jumaat ^_^


Selasa, 12 Mac 2013

ANNIVERSARY YANG KEDUA TAHUN^^

Alhamdulillah 2 tahun sudah kita bersama.
Mengharungi dugaan dan cabaran hidup berdua.
Kini sudah bertiga.

Mohon pada yang ESA.
Jodoh kekal sampai bila-bila.
Sikit sama sikit, banyak sama merasa.
Tolak ansur, gelak ketawa.
Itulah petua bahagia rumahtangga.

Untuk suami yang disayangi dicinta,
Selamat ulangtahun perkahwinan kita.
Tiada hadiah hanya kucupan mesra.
Muda bersama, tua bersama.
Kaulah suamiku, pintu ke syurga.

Oh sangatlah ryhme gitueew, semuanya aaa..
Puisi anniversary mama pada papa Qimy ni hik! hik! hik! Kelakar rasanya^^ Puisi ke ni?

12.03.2013^^


Jumaat, 8 Mac 2013

MAKANAN ROHANI KATA BUDAK OPISKU^^ JOM TENGOK!

Masyaallah kalau boleh nak download ceramah Prof Dr Muhaya.
Pastu nak bagi adik2 kat umah tu tengok.
Kepada yang bersedih, yang susah nak dapat rezeki,
adik-adik yang susah nak dapat kerja,
masalah rumah-tangga dan macam-macam masalah lagi,
Masalah! Masalah! Masalah!
Mari pinjamkan telinga jap kita dengar talk Prof Dr Muhaya ni.
Semoga lepas ni terbuka pintu aura-aura positif kepada kita.
Mudah-mudahan mendapat panduan.
Syukur kepada Mu ya Allah.
Masih bernafas lagi...

Selasa, 5 Mac 2013

TO MY DEAREST SON : OMEY MAMA PAPA^^

Takde new picture la dekat mama. Sume kat papa.
So yg ni jela ada pun.


Mama mintakkan hadiah kat papa ye^^

Isnin, 4 Mac 2013

MONDAY LYRICS: SELAMAT PENGANTIN BARU : ADIK IPAR DAH JADI SUAMI ORANG HEHEHE^^

Semalam adalah hari perkahwinan adik ipar
Mohd Zaini bin Mohd Haini dengan Nuranissa Bin Azmanshah^^.
 
Penat jugak maklumlah papa dan mama Qimy kena jadi orang kuat pengantin. Mujurlah berhabis majlis di rumah perempuan sahaja. Cuma DIY sikitla untuk hantaran dari kami pihak lelaki dan persiapan sarapan pagi buat lapik perut untuk tetamu rombongan pihak lelaki. Gambar tak ambil lagi dari adik so ada pic kat bawah ni je untuk tatapan semua.

Sempena MONDAY LYRICS terimalah lagu ni untuk semua especially to all pengantin baru kat luar sana. Be a good husband and wife and SPREAD LOVE^^

 Lagu : ^Selamat Pengantin Baru^ Oleh: Wann

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....
 
Ole-ole handmade from mama Qimy^^
Wedding bunting for Eddy and Anis^^


 

Jumaat, 1 Mac 2013

SCOTT'S EMULSION : SAMBUNGAN ENTRY LEPAS

Okey ...saja nak share kat u all.
Hari ni 1hb Mac 2013. Alhamdulillah batuk dah makin pulih.
Dah takde batuk terkokol-kokol di tengah malam dan hening pagi.
Tiada lagi gatal-gatal di tekak.
Kahak pun dah kurang. Dada pun dah tak sakit bila batuk.
Alhamdulillah syukur pada Allah.

Mama Qimy tak amik ubat batuk pun hanya Scott's ini je, satu sudu sekali every morning.
Sepatutnya for adults kena makan 2 sudu sehari 2 kali.
Tapi dek waktu pagi je yang ingat. Jaaadilah!!
Agaknya kalau betul2 ikut sukatan mesti lagi cepat baiknya.
Bukan apa, memang dah konsep mak-mak kalau balik kerja tu dah sebok kat dapur.
Mana nak masak, nak suap anak makan malam lagi haish!! tak menang tangan!
Sebab tulah!!
Konon2 aritu papa Qimy adalah beli madu kawan dia rekomen.
Madu Tualang?? tak tahulah madu jenis apa ni.
Harga sebotol RM 35 (dapat harga ahli).
Try makan sesudu. Suddenly..jeng..jeng...jeng..
Tekak den tetiba panas pastu perut rasa menggelodak!!
Esok pagi sakit perut yang amat sangat. Nasib baik membuang..legalah lepastu.
Tapi merodak dia tu macam senggugut tahap 10 fuhh!!
Ishh!! madu jenis apa nih!! Macam tak ori je!
Tu la ada kawan blogger cakap madu lagi baik.
Betul!! tak nafikan tapi susahnya nak cari madu yang betul2 asli.
Sekarang ni banyak madu campuran.
Susahkan nak cari madu sebab tu harga mahal dan payah nak beli.

Tu yang end up amik Scott's Emulsion.
Last2 cik abg xmakan pun madu dia beli tu. Membazir sungguh!
Ada pulak dia kata, ....bini tak suapkan? apa guna ada bini?
Oh ok!! yang abg duduk steadayyy baek kat sofa sambil main game pastu sambil
sengeh2 kat anak yang dok dalam WALKER (can see how he is really capable of taking that madu on his own) while bini awk terkial2 nak prepare food for dinner. SUngguh menggeramkan!

Sengeh-sengeh dah rasa bersalahlah tu!
Kadang-kadang small2 thing husband kenalah pandai urus sendiri ok.
Sian kat wife yg tak cukup tangan.