Selasa, 26 Jun 2012

Baby anda allergik susu lembu tak?

Aduh...susahnya nak mencari susu FM untuk Aqimy ni. Kalaulah ada pengedar dekat area Selayang ni senangla sikit. Kisahnya anak bujang saya ni allergik susu lembu. Pergi ke Poliklinik City di Bandar Baru Selayang ni (favourite klinik, walaupun lama menunggu, servis doktor terbaik!) dapat banyak sangat ilmu dengan doktor ni (hai...dah beberapa kali pergi masih x ingat nama doktor hehehe).

So, disebabkan allergi tersebut, dibahagian kening, telinga dan cuping telinga Qimy seperti sakit kulit atau exzema. Kulit menggelupas dan berkerak terutama dibahagian dalam telinga. Lama kelamaan, ada pula cecair seperti hingus berwarna putih pearl seperti hingus mengalir keluar dari kedua-dua belah telinganya dan ada sikit odor yang "bucuk". Cemas memang tak ingatla kan. Masalahnya, kes ni berlaku selepas habis berpantang sebab pada waktu tu kami mula beri dia FM sebab saya dah mula bekerja. Mula-mula husband beli susu Lactogen. Suka susu ni sebab pertama kami memang adik beradik minum susu ni so macam turun-temurun. Kedua, kalau baby minum susu lactogen, muntah dan poopsnya kurang berbau kadangkala muntah bau susu je. Alhamdulillah, menjadi je kami adik-beradik walaupun minum Lactogen^^.

Berbalik cerita pasal Qimy tadi. So kami jumpa doktor favourite kami ni. Dia periksa telinga Qimy dan tak cakap banyak terus kata Qimy allergik susu lembu.

Doktor      : Ubat tiada, penawar pun tiada. Apa yang you boleh buat is cari susu FM yang ada HA dulu.
                   Tukar susu lama
Saya          : HA tu stand for apa doktor?
Doktor      : HA is "Hypoallergenic". Ini bermakna anak you allergik susu lembu. So ada dipasaran sana
                   yang sediakan susu untuk babies yang ada allergi. Allergi boleh jadi baby muntah-muntah,
                   sembelit, kembung perut jadi memang ada susu yang dicipta khas untuk keperluan babies ni.
Saya         : So doktor, kalu macam susu soya tu, i boleh bagi ke?
Doktor      : You cuba cari susu HA tu dulu and try, means kalau anak you cannot tolerate with cow-based
                   milk then baru you cari susu soya ni. Actually for the longterm, soya is not good for the growth
                  and brain development of your child (recent study katanya) pertumbuhan jadi lambat. So
                  the closest base yang similar tu mom's milk is from cow. So cuba dapatkan yang HA ni dulu.
                  Fuuhh panjang berjela...!

So kami pun pusing keliling merata cari susu yang direkomen oleh doktor. Antara brand yang ada HA ni, NAN, Mamex and Enfagrow. Yang kami jumpa setakat ni hanya NAN sahaja. Yang lain sume kedai x amik stok. Itupun jumpa masa balik kampung saya di Banting Selangor dekat pasaraya The Store. Terpaksa cari haritu jugak sebab kesian kat Qimy.

Selesai satu bab!

Berita gembiranya : Kebiasaan allergi ni kalau baby dah setahun, allergi akan hilang sendiri. Actually sistem baby tu maybe x matang lagi OR tabiat makan saya waktu pregnant dulu yg suka sangat minum V-soy!

(ha ada kaitan sebenarnya tentang minum soya waktu pregnant ni. Nanti kita sambung di lain entry ye cik Eh!)