Selasa, 30 September 2014

SENARAI KEGUNAAN BAKING SODA YANG ANDA PERLU TAHU: I PUN BARU TAHU^^

Pure baking soda atau nama lain dia Sodium Bikarbonat ni banyak gunanya.
Bukan setakat buat kek dan biskut, untuk kesihatan and household in fact thousands uses of it.
I letak yang i pernah cuba la ye and still amalkan...hopefully bukan hangat2 tahi ayamla ye hehehe..

So let's check it out!

1) Sebagai peneutral bau hapak,bau busuk, bau ubat gegat ( in my last post kat sini)

2)Sebagai pemutih gigi dan antiseptic (letak sedikit serbuk baking soda pada berus gigi/berkumuh dengan air larutan baking soda).

3)Sebagai agen pemutih ketiks (ketiak)anda yang hitam?? (larutkan sedikit serbuk BS dan sental perlahan: mesti diamalkan selalu) bukan pakai sekali dah hilang ye :) kena rajin ko menyental.

4) Kalau anda kehabisan deodorant, boleh ambil serbuk BS sikit dan sapu rata bahagian ketiak. Confirm tak berbau. Jangka hayat sama macam u pakai deo.

5)Untuk menghalang buah yang dipotong kekuningan, rendam sekejap buah yang dipotong dengan larutan BS, toskan, simpan dalam bekas plastic then masuk dalam peti ais seperti biasa. (Buah yang cepat je kuning lepas potong macam epal, pear dan lai.)

6)Hilangkan bau hapak kereta: tabur serbuk BS ke semua permukaan kerusi dan lantai kereta. Biar seketika. Then vacuum semula serbuk tersebut. Walah! Jika menjadi amalan, kereta anda tiada bau hapak lagi.

7)Sebagai agen peneutral asid dalam badan. Boleh cuba sesiapa yang yakin. Just sebagai amalan: ambil setengah sudu kecil serbuk BS then larutkan sebati dengan secawan air, kemudian minum. Terpulang sebab I baru nak amalkan benda ni, I buat dua hari sekali, pagi sebelum makan. Boleh juga nak minum sebelum tidur tapi make sure 2 jam selepas makan ye. Kelebihan amalan ni ialah ianya menuetralkan kandungan asid dalam tubuh badan. Sekarang ni kalau terasa banyak dah makan makanan yang menyumbang kepada asid mesti laju2 gi minum BS. So in my mind macam ada agen peneutral gitu....haaaa lega :)

8)Sekali-sekala bolehlah cuba scrub muka yang dibuat dari perahan pati lemon dan satu sudu serbuk BS. Kulit akan jadi lebih bersih, tidak kusam dan lembut. Jangan ko sental bagai nak rak! Agak-agaklah kan. Ingat dulu seorang member, bagi cuba sabun kulit rambai. Konon nak hilangkan jerawat cepat, disentalnya bagai nak rak kat bahagian hidung die. Dahlah melecet bahagian hidung tu hehehe dah macam clown dah merah secotot kat hujung hidung dia...jerawat tak hilang prut pulak tak pasal-pasal.

Kalau you all nak tahu lebih banyak info tentang Baking Soda ni, rajin-rajinlah google. Just type Uses of baking soda atau why drinking baking soda and kalau join pinterest boleh jumpa 1001 kegunaan BS ni dekat ruangan household. Superlove!!

Kalau malas nak baca, pergi ke YouTube taiplah how to whiten teeth using  baking soda (sebagai contoh) nanti keluarlah macam-macam video tentang kegunaan baking soda yang kita pun tak pernah tahu pun. Tapi janganla ingat BS ni merbahaya sebab dimakan boleh, buat penyental boleh. Cam bahaya je kan..NO..ianya bahan semulajadi. Jangan risau.

Like I said, I cuma list down penggunaan yang I baru cuba je. So mak-mak boleh start explore sendiri pasni ok bye!

Sabtu, 13 September 2014

RUDE-MAGIC! GIRL VERSION (ACOUSTIC COVER)

Nila rupanya mak-mak sekarang hehehe.
Terusik jiwa ni pasal i pun ada anak bujang kan..
Esok-esok kalau bakal pak mertua dia macam ni..
Kesianlah dia ye..takpa nanti biar mama yang cakap..
Tapi mudah-mudahan Allah pertemukanlah dia jodoh yang baik
dari keluarga yang baik-baik ameen :)
Serius i memang nak anak kawin cepat sebab nak dapat cucu cepat
hik hik hik...maklumlah mama dia kahwin lambat kan :)
I suka dengar yang girl version ni sebak voice dia lemak-lemak gitu.


Selasa, 9 September 2014

PINTEREST : SUKA SANGAT^^


Oh yelah...
Memang agak ketinggalan, I know the site,
tapi macam paling malas nak register.

WOW! Memang sangat inspiring..
SANGAT BANYAK DIY's
(ada yang tak jadi kerja ni)
Sapa tak join ni memang rugi.
Yang bestnya boleh sort item mengikut minat masing2.

Every morning sebelum mula kerja mesti jenguk sekejap kat Pinterest ni.
Dah macam mind theraphy je kan..

Kak Kiah, cik shonah kalau bosan-bosan tu toksah dok tenung pesbook tu lama2..xde pekdah.
Gi join Pinterest, mana tahu pasni nak buat sarung bantal segera pun ada, nak hias rumah ada,
nak buat gelang tangan jual kat kawan2 pun ada..it's all free, it's all knowledge around
the world...kan..
(biasala excited lebih new comer kan hehehe)

cik shonah tu mak saya hehehe..ah malas mama, baik layan drama Filipina. Ishhh mama dah tua
engkorang jela layan. :(

Pasni botol sabun, kotak tisu apa segala kotak memang tak menyisa orang kampung kata..
tak menyisa tu tak membazirla. Semua jadi "barang"(ketawa jahat)..
NI HUSBAND BERBULU JE HEHEHE...
(ulangan: biasala excited lebih new comer kan hehehe)


So kawan-kawan sapa tak usha lagi cepat klik sini ok www.pinterest.com

Khamis, 4 September 2014

ADAKAH SUSU FM PENYEBAB KAHAK??

Spesifiknya..adakah susu NAN penyebab kahak?
Atau susu2 lain?
I tengok my traffic sources banyak soalan macam ni.
So terpanggil rasanya untuk beri pendapat.

Ini pendapat i lah..i bukanlah doktor tapi
based on experience i dengan Aqimy,
Bukan sahaja NAN malah susu lain juga
tak kira mahal atau murah malah susu badan sekalipun,
boleh menyebabkan kahak berlebihan. Kalau dah gitu
kemungkinan anak u all ada alahan.

Pergilah berjumpa paed untuk pastikan anak u all ada
alahan protein yakni alahan susu especially susu lembu ataupun tidak.
Ini cadangan i lah kalau anak tu kahaknya luarbiasa banyak.

Tanda lain pun ada macam Qimy dah dua bulan pun ada cecair keluar dari telinga.
Contoh lain macam kerap batuk berkahak, selsema yang berlarutan, badan sentiasa dedar,
dan lain-lain yang mana every mom kena pastikan sebab
bila berjumpa paed, kita boleh bagitahu mereka.
tanda atas ni semua ada pada Qimy.
Doktor Tan siap boleh detect kahak die banyak ke kurang.

Eh! susu badan pun sama?
Bukan susu badan bagus and number 1 ke?
Ya, susu badan memang sangat bagus tapi kalau ibu
consume makanan yang baby alah contohnya berasaskan protin macam cheese,
minum susu, telur, kekacang dan sebagainya, ianya juga beri kesan
kepada anak allergik dan berkahak.
Ini spesifik kepada anak yang ada alahan sahaja.
Kalau anak tiada alahan dan sihat, susu ibu paling bagus :)

Punca terjadinya hal demikian ialah kadangkala
bayi yang lahir tu sistem menghadam protin itu masih
tidak matang, bila dah matang everything is fine :)

Thanks tu  NAN sebab ada version Hyphoallergenic atau HA.
Susu jenis ni sumber protin dari susu lembu telah diringkaskan
supaya anak lebih mudah menghadam. Kahak pun kurang daripada biasa.
Qimy pun dah tukar susu biasa..alhamdulillah sihat!
Latest susu yang sesuai dengan dia Dutchlady 123 perasa coklat.
Oklah susu ni. Tak manis sangat pun rupanya. Sedap dan murah!
I je yang mula-mula sceptical sangat :)

Rabu, 3 September 2014

PENAWAR SELSEMA, BATUK, DEMAM DAN GASTRIK CARA MAMA MAYA^^

So ini adalah senarai penyakit yang biasa kami sekeluarga hidap,
except for the gastrik me and husband je yang ada.

Bukanlah bermaksud kami kerap kena penyakit ini.
Jarang sangat sebenarnya.
Dari tahun 2013 sampaila setakat tahun ni, baru kami anak-beranak
dilanda tiga serangkai ni; selsema, batuk dan demam.
Syukur kepada Allah makin pulih.
Well, penyakit ni pun bagus dan ada hikmahnya.
Lepas dah pulih badan jadi lebih sihat!

I dah stop gunakan paracetamol dan ubat batuk selsema to my family.
Selepas dapat info from other blogger mom yang i post tempoh hari,
terus stop dulu ubat-ubatan.

What i do as a mom, i  just depends on Scott Emulsion dan Yakult.
Scottt for antibody and vit c while Yakult for good bacteria.




Tahu tak dalam badan kita ni ada berbilion-bilion jenis bakteria yang terdiri
daripada bakteria baik dan bakteria jahat?

So, dengan meminum Yakult, kita membekalkan bakteria baik yang menjadi
perisai kepada bakteria jahat didalam usus perut kita.
Go and check their website www.yakult.com.my

To me Yakult sahaja minuman kultur yang membekalkan
probiotic bakteria hidup untuk kita. Lain brand i tak tahu.

Gastrik

Ok i ngn husband memang ada gastrik.(husband lagi kronik siap endoscopic bagai)
Tapi lepas kahwin gastrik dah jarang.
Orang kata sebab dah kahwin kot, makan pakai terjaga :)
Lain pulak halnya pada i. Kalau sebulan dua makan tak tentu masa, siaplah.
Lately, kalau makan lewat sikit lepastu makan banyak
mesti akan terasa macam makanan sangkut kat tekak
and perut kembung, nak sendawa je, kalau taknak pun paksa sendawa
sebab rasa rimas kat tekak. Orang indonesia kata asam lambung??
Maybe sebab dah puas google ternyata maklumat sering kali dari blog Indonesia.
Bagus ya orang Indonesia, rajin bangat mengupdate informasi :)
Yes...setiap kali sendawa akan ada sensasi masam ditekak ku huhuhu.
Ya barangkali inilah asam lambungnya huhu.
Tak tahula ini kesan dari gastrik yang teruk masa remaja dulu ataupun
ini kesan gastrik tahap dewasa huh! Dia dah tak main dah cramp kat perut.
Dia bagi asid masam kat tekak burppp!!

So, apa i buat??

1st - relax kan minda...steady.
2nd- kalau ada Yakult in hand, minumla 1-2 botol.
Kalau takde nanti pergi beli kemudian. MESTI cari!
Sebab tak lama selepas minum kita akan rasa lega.
Mungkin bakteria baik cepat bertindak :)
Itu je yang i buat sekarang. Kalau tak kena asam lambung pun
i minum je sebab sedap and maintain perut.

Kenapa minum Yakult?
-sebab nak bekalkan perisai menentang bakteria jahat! (kartun je bunyinya hahaha)
-bagus untuk pencernaan, bila sistem pencernaan bagus bererti tubuh badan pun sihat
-neutralkan sumber asidik dari pemakanan dalam tubuh badan kita (ingat asidik la punca utama kanser
boleh hidup dalam tubuh badan kita)
-membekalkan sumber vitamin untuk tubuh badan.

Kenapa ambil Scott Emulsion?
-sebab sumber omega-3, vitamin A & D, calcium & phosphorus
-untuk membekalkan antibodi semulajadi dalam badan.
-baik ntuk menghalang jangkitan kuman .
-menggalakkan pertumbuhan tisu, tulang dan gigi.

You all boleh tak kaitkan kebaikan kedua-dua item ni untuk lawan
penyakit 3 serangkai dan gastrik tu?

Lastly, kedua-dua item ni sangatlah murah. Memang tiada alasan untuk nak beli...
DAN YANG PALING PENTING SEKALI, Bacalah Bismillah dan berdoalah kepada
Allah semoga Allah memujarabkannya dan memberi kesihatan kepada kita :)