Tuesday, September 30, 2014

SENARAI KEGUNAAN BAKING SODA YANG ANDA PERLU TAHU: I PUN BARU TAHU^^

Pure baking soda atau nama lain dia Sodium Bikarbonat ni banyak gunanya.
Bukan setakat buat kek dan biskut, untuk kesihatan and household in fact thousands uses of it.
I letak yang i pernah cuba la ye and still amalkan...hopefully bukan hangat2 tahi ayamla ye hehehe..

So let's check it out!

1) Sebagai peneutral bau hapak,bau busuk, bau ubat gegat ( in my last post kat sini)

2)Sebagai pemutih gigi dan antiseptic (letak sedikit serbuk baking soda pada berus gigi/berkumuh dengan air larutan baking soda).

3)Sebagai agen pemutih ketiks (ketiak)anda yang hitam?? (larutkan sedikit serbuk BS dan sental perlahan: mesti diamalkan selalu) bukan pakai sekali dah hilang ye :) kena rajin ko menyental.

4) Kalau anda kehabisan deodorant, boleh ambil serbuk BS sikit dan sapu rata bahagian ketiak. Confirm tak berbau. Jangka hayat sama macam u pakai deo.

5)Untuk menghalang buah yang dipotong kekuningan, rendam sekejap buah yang dipotong dengan larutan BS, toskan, simpan dalam bekas plastic then masuk dalam peti ais seperti biasa. (Buah yang cepat je kuning lepas potong macam epal, pear dan lai.)

6)Hilangkan bau hapak kereta: tabur serbuk BS ke semua permukaan kerusi dan lantai kereta. Biar seketika. Then vacuum semula serbuk tersebut. Walah! Jika menjadi amalan, kereta anda tiada bau hapak lagi.

7)Sebagai agen peneutral asid dalam badan. Boleh cuba sesiapa yang yakin. Just sebagai amalan: ambil setengah sudu kecil serbuk BS then larutkan sebati dengan secawan air, kemudian minum. Terpulang sebab I baru nak amalkan benda ni, I buat dua hari sekali, pagi sebelum makan. Boleh juga nak minum sebelum tidur tapi make sure 2 jam selepas makan ye. Kelebihan amalan ni ialah ianya menuetralkan kandungan asid dalam tubuh badan. Sekarang ni kalau terasa banyak dah makan makanan yang menyumbang kepada asid mesti laju2 gi minum BS. So in my mind macam ada agen peneutral gitu....haaaa lega :)

8)Sekali-sekala bolehlah cuba scrub muka yang dibuat dari perahan pati lemon dan satu sudu serbuk BS. Kulit akan jadi lebih bersih, tidak kusam dan lembut. Jangan ko sental bagai nak rak! Agak-agaklah kan. Ingat dulu seorang member, bagi cuba sabun kulit rambai. Konon nak hilangkan jerawat cepat, disentalnya bagai nak rak kat bahagian hidung die. Dahlah melecet bahagian hidung tu hehehe dah macam clown dah merah secotot kat hujung hidung dia...jerawat tak hilang prut pulak tak pasal-pasal.

Kalau you all nak tahu lebih banyak info tentang Baking Soda ni, rajin-rajinlah google. Just type Uses of baking soda atau why drinking baking soda and kalau join pinterest boleh jumpa 1001 kegunaan BS ni dekat ruangan household. Superlove!!

Kalau malas nak baca, pergi ke YouTube taiplah how to whiten teeth using  baking soda (sebagai contoh) nanti keluarlah macam-macam video tentang kegunaan baking soda yang kita pun tak pernah tahu pun. Tapi janganla ingat BS ni merbahaya sebab dimakan boleh, buat penyental boleh. Cam bahaya je kan..NO..ianya bahan semulajadi. Jangan risau.

Like I said, I cuma list down penggunaan yang I baru cuba je. So mak-mak boleh start explore sendiri pasni ok bye!

1 comment:

  1. Saya pun sangat suka soda bikarbonat! Saya guna untuk rendam baju putih, baju kerja suami. Senang nak tanggal daki.

    Lawatan balas dari blog saya :)

    ReplyDelete