Thursday, September 27, 2012

PANTAI-PANTAIAN

Qimy mama rupa-rupanya suka sangat dengan pantai ye..takdela selama ni kalau mandi kat bilik air tu takde pulak dia menunjukkan respon suka main air..tak tahula ikut minat papa dia agaknya yang sukakan pantai hehehe..alamatnya asyik pergi pantaila kita ye..

(Bila nak pergi pantai yang airnya biru-biruan ye^^)






Tuesday, September 25, 2012

Qimy mama bila nak pandai meniarap ni?

Tak gerak-gerak pun...kat situ je! Paling habis pun dia golek-golek dah macamtu je. Anak mama ni malas ke atau belum masanya ni hehehe...mama dah tak sabar nak tengok anak mama meniarap ni. Latest kelaku die lepas demam campak tipu-tipu (doktor kata), dia pandai buat suara Gggrrrrrr...arggghhhggrrr...oh macam incredible hulk pulak especially kalau lambat bagi susu atau lambat bagi food. Lapar sangat macam 10 hari tak makan hehehe. Timy..timy..

Dah tengok dah satu video ni dekat youtube tapi masa tu Qimy baru 5 bulan..sebab dah 6 bulan nak masuk 7 Qimy mama tak pandai meniarap kedepan kebelakang lagi so mama kena training anak mama ikut macam video ni. Harap-harap mama berjaya k :)

Mommies outhere kalau nak try bolehlah tengok video ni ye :)

Wednesday, September 5, 2012

Caesarean : Kesannya selepas anak dah masuk 6 bulan hu hu hu

Saja nak share ataupun sesiapa terbaca and ada sesuatu nak dikongsi bersama bolehlah drop by kan cik jah!

Alhamdulillah, kesihatan saya ok cuma kadang2 terasa nilu di dalam perut. Memang macamtu ke rasanya? Haish...inilah pengorbanan ibu, mama saya kata kesan nilu tu kdg2 sampai 2 tahun pun still rasa, tp saya redha demi anak kan :) paling nilu masa nak mandi pagi..aduhai nak masak air panas malas ha tahan jela.Itula saya katakan walaupun anak dah 6 bulan..sakit nilunya masih terasa. Masa operate tak takut, tp bila sekarang fikir balik ngerinya..yang paling ngeri orang kata, "once a ceaser always a ceaser" huh takut mak! xpala insyaallah 3 tahun lg ke nk tambah lg satu and maybe masa tu dah berani kot hehehe.

Anak-anak kat luar sana tu, fikirla masak2 sebelum kamu nak menderhaka pada ibu yang melahirkan kamu sebab kesakitan, kesulitan melahirkan kamu, ibu tanggung dengan redha hati dengan suka dan gembira waimah sakit seteruk mana pun. Itu belum bab menjaga kamu siang dan malam..
(yang ini pulak respon kepada cerita2 kecil anak2 yang lupa daratan tentang kasih sayang ibunya)