Monday, December 31, 2012

31 Disember 2012 : mama Qimy pun nak buat post jugak^^

Tahun 2012

Dapat baby yang comel dan kadang-kadang nakal
dan asyik nak dengan mama je ye! Papa banyak rehat tau..isshhh!

Akhirnya aku dapat juga dengar dari mulut mama dan baba bahasakan diri memasing
...atuk dengan wan (anak sulong gitulah!)

Balik belah mana-mana pun semua orang ceria sangat-sangat
 sebab ada QIMY MAMA hehehe

Hutang-piutang makin nak habis YEAY! har.. har.. har..har..
( err..bolehlah nak start hutang baru boleh bang ?? uitt!! hehehe

Makin dah biasa dengan gaya hidup seorang mama;
tak cukup tido, mama tak cukup tangan nak buat itu ini, masak-memasak,
basuh-membasuh,melayan kerenah anak, kerenah suami haish.., tak sempat pakai bedak make up segala, baju ke ofis kadang2 rotate banyak kali especially yang x payah gosok hahaha!
(harus banyakkan stok baju yang tak payah nak gosok ye next year^^)

Makin dah biasa dengan tangisan, jeritan anak waktu malam saat orang lain
tengah syok kroh..kroh..kroh

Makin dah boleh terima untuk kadangkala tak balik kampung selalu huhu..
It's all about budgeting yang oii..nothing more huhuhu
tabah! tabah!

Makin kuat nilai kesabaran dalam diri setelah bergelar isteri dan mama

Makin kuat mencintai suami lebih-lebih lagi saat melihat dia penat balik bekerja atau
bila nampak dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk keluarganya
sayang abang^^

Bersyukur sangat sebab arwah ibu mertua sempat melihat wajah cucunya sebelum meninggal dunia.
Ralat sangat sebab belum puas nak bermanja dengan ibu mertua. Allah lebih pula menyayanginya.

Begitulah sedikit sebanyak pengakhiran untuk tahun 2012 ni yang aku rasa
sangat manis untuk dikenang.

2013 bakal permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih matang.







   


Friday, December 28, 2012

"Jom Join Segmen Khas Rakan Bloglist Oh Gosip Artis dan Menang RM100"

 
Mood hujung tahun ni rasa seronok je nak join contest-contest yang senang-senang
lagi mudah dan x berpeluh pun nak buat hehehe...
Aritu join Maybank contest kali ni jom ramai-ramai kita join
blog contest sedare ni.
 
Kalau nak join klik je link kat bawah ni
 
 
kat sini semua detail ada. Tak susah just klik-klik je. Hadiah pun boleh tahan mana tahu
ade rezeki Qimy ke kan ^_^ . Terima kasih kawan blog saya Cik Dania sebab bagitahu
contest ni sebab yang mudah-mudah je mama Qimy suka join hahahah.
 
So jangan malu jangan segan join ramai-ramai sambil support blog sedare ni ye.
Siapa yang keeenaaaa!!!
 
 


Thursday, December 27, 2012

Be a Maybank2u Star : JOM KITA JOIN RAMAI-RAMAI SEBELUM 31 DISEMBER NI

Eh korang...buat apa termenung tu...

Korang ni pengguna maybank2u tak?

AKU MEMANG PENGGUNA TEGAR maybank2u ni.

Pastu gak-agak ada contest yang mudah dan senang macam ni kita join jela kan.
Lagipun tujuan aku join contest ni sebab inilah satu cara aku nak appreciate bank yang aku suka sangat dari segi kemudahan onlinenya yang sangat friendly user dan tak peningkan aku malah membantu dan menyenangkan pengurusan masa aku.

Cepat-cepatlah join weh sebelum 31 Disember ni ye. Mama Qimy dah join tau. Nak join korang klik link kat bawah ni ataupun LIKE je FB Page Maybank. Semua maklumat ada kat situ. Boleh tengok all submission sebagai panduan macam mana nak buat. Seronok- seronok je ni. Mana tahu dapat pulak. Kalau dapat haii... rezeki Qimy mama la ni ye. Papa pun nak share dia jugak sebab guna gambar 18sx dia hahaha..Entahla tu ^_^

http://www.facebook.com/Maybank#!/Maybank/app_359143617450883

Kalau nak tengok penyertaan mama Qimy kat FB bolehlah klik kat bawah ni ^_^

http://www.facebook.com/Maybank#!/photo.php?fbid=510142389018595&set=a.168159803216857.41178.168151513217686&type=1&theater

-okie dokie-



Wednesday, December 26, 2012

MELAYU BANGKITLAH ! !

Bukan isu politik disini.

Pagi-pagi lagi tayar motor suami bocor..(hari2 mak giant naik hehehe)
Pagi-pagi lagi dah kena berjalan kaki sampai jumpa workshop motor...penat mak oii!
Pagi-pagi aku dah sarapan makan roti canai pekena teh tarik satu dengan suami (yang ini aku suke^^)
Bestnya pagi ni sebab masuk lambat sikit (ada alasan kukuh takpa hehehe)

Ye Bangsa MELAYU BANGKITLAH!!

Ada lebih kurang 4 kedai motor dekat-dekat dengan petempatan kami ni yang tuan kedainya adalah melayu dan minang (rumpun melayu juga+sesama islam) bestla kan sebab ada banyak kedai baik motor katanya.

Yang SEDIHNYA takda satu pun kedai-kedai motor TOKEY MELAYU ni yang bukak pada jam 8 pagi kecuali ada satu workshop TOKEY CINA ni yang bukak dan kedainya tersergam dengan motor-motor siap disusun dihadapan kedai. CINA PUN TAHU REZEKI PAGI-PAGI ni ada ong!

Lega dan gembiranya tak tahu nak cakap terus je terkam tokey cina tu hahaha.

Kadang-kadang bila jadi macam ni bengang jugak. Kita nak tolong bangsa sendiri  dah kalau ada kedai melayu tu apa salahnya pergi kesitu, tapi bangsa sendiri taknak tolong diri masing-masing. Lepas tu komplen sana komplen sini. Kita geram tokey-tokey cina ni kaya-kaya belaka, pandai bisneslah, pandai buat duitlah tapi bila terjadi situasi begini...kita pun katalah "...patutla orang melayu susah nak maju dan susah nak kaya" huhuhu sedih.

Kalau takdala kedai cina tu tadi alamat berjanggut jugaklah nak tunggu tokey-tokey besar ni bukak kedai-kedai diorang yang rata-rata pukul 10 baru nak bukak pintunya. Waktu tu kau jangan nak marah pulak tokey cina ni dah kumpul untung pagi-pagi time kau buat air liur basi tak habis-habis!

Emosi pagi tadi sedih bercampur geram.
TETAPI tak semua melayu begitu ye!
Walau apapun pagi tadi benar-benar buat aku insaf dan sedar tentang jika kita malas peluang depan mata pun kita susah nak gapai.

So azam tahun baru 2013 ni kita cubalah buang sifat malas dalam diri kita ni..pelan-pelan kayuh...^^

Tuesday, December 18, 2012

PENCUCI PINGGAN MANGKUK SUNLIGHT : BUKAN NAK PROMO

Dah cakap dah kalau jenama pencuci pinggan selain Sunlight
memang x bestla nak basuh pinggan huhuhu...

Papa Qimy tersilap beli. Dia tak tengok brand sebab rupa bentuk dah sama.
Serious kalau guna Sunlight ni cepat je minyak kat pinggan mangkuk kita hilang.
Guna sikit, buih banyak pastu kalau sebotol besar tahan sebulan JIMAT!
Kalau dekat Speedmart dapatla RM5 ringgit lebih.
Kalau di kedai biasa atau supermarket dalam harga RM 6 lebih.

Kalau yang husband beli baru2 ni memangla rege dia RM3++ !!
Tapi tengoklah x sampai dua minggu pakai nak habis dah.
Sekali pakai nah ko...! berpicit-picit ke mangkuk.
Tapi minyak2 degil ni payah betul nak hilang. Tak suka lah!
Disebabkan ini setiap kali nak basuh pinggan aku mesti membebel.
Penat membebel tau. Tak suka! Tak suka!

Sekarang ni baru rasa...baru dapat feel apa yang kakak angkat aku rasa dulu. Dia cakap:

"Kak Ah dulu kalau nak basuh pinggan mesti nak guna Sunlight, kalau takdak Sunlight ku tak mau basuh pinggan2 tu hang tau dak!". "Kak Ah selalu pesan kat bapak, bapak kalau tak beli Sunlight Ah tak mau basuh pinggan hehehe,"..tu dia demand!
- Comel je kak Ah ^^

Masa dengar cerita dia rasa lucu sangat.
Sebab yelah bab pencuci pinggan pun nak jadi isu.
Bila dah berkahwin ni, baru tahu.
Kelakar sangat bila terkenang balik.
Terkena batang hidung sendiri.
Kalau takde Sunlight mogok tak nak cuci pinggan.

Pencuci pinggan cap X ni dah nak habis.
Aku cakapla kat papa Qimy.
Ada ke dia kata aku saje je guna sabun tu banyak2.
Nak bagi cepat habis...ceh! Tak boleh blah hahaha!!
Tapi kan lebih baik kita beli yang mahal sikit. Tahan SEBULAN weh!
 Beli MORAH-MORAH  tapi kena beli berbotol-botol x untung!

Balik kang nak singgah kedai beli SUNLIGHT hehehe.

Inilah dia pencuci pinggan mangkuk
POJAAN HATIKU^^


Wednesday, December 12, 2012

12.02.2012 : PENGALAMAN DAPAT FREE TESTING GIRDLE AND BODY SHAPING ELKEN FULL SET... WOW!

Paling suke yang ini sebab selesa dan terletak elok sesuailah untuk reshape perut dan punggung yang menggeleber ni^^

Untuk badan bulat macam saya ni rasanya elok saya ambil set yang kanan paling atas tu je^^


Oh YA hari ini semua orang ada sesuatu nak dikaitkan dengan tarikh special ni. Ada yang sambut besday, ada yang nikah ada yang kawin dan macam2lah.

Saya pulak dapat pengalaman best hari ini.
FREE TESTING antara produk BODY SHAPING best dari ELKEN.

Tak pernah rasa seselesa ini. Ada pernah beli produk brand **** and set biasa yang ada kat Guardian tapi takde perubahan dan tak best sangat. Saya rasa kalau saya beli set ELKEN ni memang tak rugi dan berbaloi. Serious korang2 semua tak kira yang dah berkahwin atau belum cari agen2 yang boleh bagi korang test free je tak payah bayor jangan risau. Anak dara pun boleh cuba (time nila nak jaga dek oii). Kalau tak tahu nak cari agen yang boleh bagi free fitting bagitahula nanti kita sharelah no akak tu kat korang.

SHARING IS CARING you all!
Suka sangat hari ini sebab dah jumpa produk yang betul2 membantu. Memangla nampak selim melim tadi and tak semput pun macam sesetengah produk.

Insyaallah husband dah bagi greenlight tapi bila boleh beli kena tggu la signal dia hehehe.
Berbelanja kenalah berhemah ye. Kena fikir betul2.

NAK BELI SEBAB:

1. Perut dah muncit especially caesar masa bersalin arritu (serious tembun macam mengandung 4 bulan hehehe)

2. Pakai sekali satu set (ada 4 set tadi korset, long girdle dan segalanya) tak semput pun siap boleh shuffle, bengkok2 badan bersila apa je boleh buat tanpa penat atau macam robot ke.

3. Dah pakai pastu menari ala-ala hip hop pun long girdle macam seluar ni tak gerak sikit pun elok je terletak melekat kat badan.

4. Tak perlu ada cash ratus2 sebab boleh ansuran dengan saluran yang boleh dipercayai dan tak jerat leher korang.

5. Lemak yang ditarik akan ke saluran yang betul contohnya ke breast (so akan nampak montok: ditempat yang betul) dan punggung (so akan nampak elok saiznya, montok dan ditempat yang betul=tidak jatuh ye kawan2)

6. Nak hargai diri sendiri dan suami hehehe. Serious selepas pakai terasa kewanitaan terselah macam dapat emas dan berlian gitu hehehe.

PARA SUAMI JANGAN KOMPLEN JE BELIKAN SATU SET SUDAAHHH!!

SIAL CELAKA LAH KEPADA MAK BAPAK YANG DERA ANAK2

BETUL2 SIAL OK!

MIND MY LANGUAGE!!

Boleh pulak kawan opis bukak link video penderaan kanak2. Walaupun bukan bangsa melayu tetapi india atau cina saya memang tak boleh tengok orang dera kanak2 especially mak bapak sendiri. Apart from race, mereka ni kanak-kanak, bayi apatah lagi. Mana kederat nak melawan kau si bangsat yang dah tua berakal ni! Kau nak ajak bergusti ke nak punch head to toe ke kau gasaklah bergaduh dengan yang sepadan dengan kau bukan jadikan kanak2 mangsa amarah kau. Binatang pun aku tak pernah tengok lagi dia seksa anaknya.Takde hati perut bertuhankan syaitan!!

MINTA MAAF agak kasar sedikit bahasa ni tapi memang dah tak tahan! Serious sejak ada anak ni tak bolehlah dengar tengok lagilah tak boleh kes2 dera ni. Kadang2 malas dah nak baca suratkhabar sebab benda2 macam ni lah.

PALING TAK BOLEH BLAH YANG TOLONG RAKAM TAPI TAK BUAT APA PASTU BUDAK TU DAH TERKULAI SEPARUH NAK MATI ATAUPUN DAH TAKDA BARU KAU SIBUK UPLOAD, SIBUK KECOH2, BARU NAK REPORT. KAU PATUTNYA PERGI BUAT LAPORAN TERUS MANGKUK!
KAU PUN SIAL LAH!

Ya Allah hanya kau yang Maha Mengetahui. Moga aku tak tergolong didalam golongan insan sebegini. Sesungguhnya kanak-kanak itu penghuni syurga, penyejuk mata ibu bapa bukan bebanan atau tempat melepas marah.

Wednesday, December 5, 2012

Kerja Sambilan yang boleh tambah $$$$$$tan

Termenung panjang...
Terfikir macam mana nak tambah pendapatan yang sedia ada ni.
Pening dengan monthly budget yang kadang2 cukup2 je.

Apa yang boleh dibuat ye.
Kalau u all ada idea nak share, kasi tau la..
Tapi saya tak nak la kerja2 tambah DUIT SEGERA tu macam tipu je.

Fikirrrrrr....

Tuesday, December 4, 2012

Kenapa Anak Boleh Jadi Alah kepada Protein Susu Lembu : Pandangan Saya

Qimy mama nak masuk 9 bulan...

PAGI TADI tengah sibuk-sibuk siapkan bubur Qimy, tiba-tiba nak tahu sangat jika Qimy alah pada protein susu lembu, adakah dia juga akan alah kepada protein lain seperti telur. (Kebetulan sedang buat bubur yang dicampur sedikit telur untuk menu hari ini.). Sudah beberapa kali juga Qimy dihidangkan menu yang ada telur tapi tiada respon alahan. Anyway tetap berjaga-jaga.

Saya terlupa nak copy link info yang dibaca pagi tadi tapi nanti kalau jumpa saya akan updatekan. Menurut sumber tersebut, punca bayi terkena alahan antaranya bayi didedahkan dengan sumber susu lembu (FM) terlalu awal kemungkinan faktor anak alah kepadanya.

SAYA TERKENANG sewaktu mula2 Qimy lahir, susu memang tak keluar dan rasa perit di puting. Hari pertama Qimy lahir dia tidur seharian. Keesokannya dia mula hendak menyusu tetapi susu badan masih tak keluar. Orang kata mungkin sebab melahirkan secara caesarean ianya lambat sedikit atau kurang susu. Saya pun percaya kan "kata orang tu" ditambah dengan kerisauan anak lapar dan tak dapat nak menyusu terus je terfikir untuk beri FM pada anak. Tiada fakta sains pun mengatakan kalau Caesar maka susu kurang. BODOHNYA SAYA!

SAYA TERKENANG... mungkin ini juga antara faktor mengapa anak saya tiba-tiba alah kepada susu lembu sedangkan salah silah kami berdua memang tiada alahan tersebut.

Masa Qimy 4 bulan ada cecair seperti hingus pekat di kedua-dua belah telinga Qimy serta kemerahan dan melecet kadang kala berdarah dipelipat di belakang kedua-dua cuping telinga Qimy. Cecair akan keluar lebih banyak seandainya pada masa itu Qimy ambil susu FM. (waktu ini Qimy menyusu badan dan FM jika susu tak keluar) bodohnya saya tidak perasan perubahan ketika itu tapi mujur selepas berjumpa doktor saya stopkan FM sebab baru tahu. You See!! how important you as a mother untuk lihat perubahan2 pada anak, AMBIL TAHU!

Doktor Qimy pernah beritahu saya kemungkinan disebabkan pemakanan saya semasa mengandung yang sangat-sangat suka minum air soya (saya minum yang pekat jenama V-soy you can imagine how rich the soy is) mungkin salah satu faktor anak dalam kandungan alah kepada susu lembu atau mungkin sistem menghadam protein belum cukup matang. SAYA LEGA. Dia kemudian mencadangkan saya untuk mengambil susu FM cow-based yang tertulis HA sebagai ganti dan tidak menggalakkan susu berasaskan soya sebagai percubaan (memandangkan anak sudah tak mahu minum susu badan at the age of 7 month...hancur hati bile mengenangkan huhu..) alhamdulillah badannya boleh menerima. Saya rasa mungkin alahan Qimy berpunca dek kecuaian saya dan kurangnya maklumat tentang penyusuan pada masa itu. Saya rasa sepanjang mengandung saya banyak juga terbaca tentang info penyusuan tetapi entahlah, as a mother when you are in that critical situation your baby crying so badly and you cannot do anything, panic the milk didn't come out..argghhh!!

TAPI SELEPAS PAGI TADI....

SAYA SEPATUTNYA BERSABAR DAN TERUS BUAT APA YANG PATUT SUPAYA SUSU KELUAR. ITULAH YANG SEPATUTNYA. SAYA TAK PATUT KESIANKAN DIA PADA MASA ITU TAPI TERUS MENCUBA. BIAR MENANGIS DULU JANGAN MENANGIS KEMUDIAN. BENDA DAH BERLAKU MENYESAL PUN TAK GUNA. HANYA ALLAH YANG TAHU BETAPA REMUKNYA HATI SAYA.

Maafkan mama Qimy. Qimy dapat menyusu selama 6 bulan sahaja. Kalau tak dek kerana kasihan mama pada masa itu dah tentu Qimy dapat menyusu 2 tahun (impian setiap ibu). Mama akan cuba yang terbaik untuk anak mama. Mama akan beri makanan berkhasiat demi anak mama.

Entry sedih sikit hari ini. Tapi niat saya luahkan supaya every mother that stumble upon this entry can get some important info based on my experience. LANGKAH BERJAGA-JAGA. Saya cuma nak share dan ingatlah sebagai seorang ibu kita harus tahu kesihatan anak kita. Kita kena tahu makanan dia, susu dia, apa yang dia alah, apa kesan itu dan ini. Jangan main sumbat sahaja. AMBIL TAHU!
Cuma nak sedapkan hati saya fikir mungkin ini dugaan Allah. Saya patut bersyukur kerana alahan Qimy tidaklah seteruk orang lain yang terkena eczema, asthma atau yang lebih serius hingga kematian. Saya bersyukur. Saya juga bersyukur sebab doktor Qimy kata, kemungkinan alahan Qimy akan hilang bila umurnya dah setahun sebab alahannya tidak berapa teruk. Itu adalah kemungkinan yang mungkin pasti. Saya hanya mampu terus berdoa kepada Allah. Walau bagaimanapun saya tetap berjaga-jaga itu janji saya.

TAK MAU SEDIH DAH

Panjangnya...
Alhamdulillah Qimy dah pulih sepenuhnya dari cecair dan melecet sebaik sahaja saya tukar kepada susu FM HA (sekarang Qimy minum NAN Hypoallergenic infant formula).
Sebelum tu tukar pada Enfalac A+ sebab nak murah sikit la kononnya dan fikir Enfalac A+ mesti terbaik...malangnya anak terkena demam, batuk dan selsema tak baik-baik. Rupa-rupanya Qimy alah lagi kerana bayi alah susu lembu ni imun sistemnya lemah sikit jadi memang tak boleh tukar pada susu asal walaupun nampak dia dah sembuh sepenuhnya. Kalau pengalaman alahan anak-anak kalian sama seperti saya, mungkin entry ini boleh jadi pengajaran dan panduan insyaallah.





Monday, December 3, 2012

PETUA CGPA MENAIK!!



TIADA PETUA2 MAGIC KAT SINI YE!! SEMUA ATAS USAHA KORANG SENDIRI SEBENARNYA.

Perkara ni mama qimy selalu pesan kat adik2 especially Cik Ena yang baru masuk Uitm aritu.
Benda ni tricky sangat kalau korang leka sikit memang rugi dan terlepaslah peluang kecuali korang punya hotak tu geliga sangat-sangat then oklah.

ALWAYS REMEMBER THIS!!


SEMESTER PERTAMA TAHUN PERTAMA korang kena struggle dik. Usahalah seolah-olah itulah final exam semester terakhir korang. Lepas tu korang nak bersosial ke nak kenal jiran2 sebelah blok ke..nak cari boypren ke silakan dik. Nak melepak sampai tengah malam tak nak tido pun ada orang kisah ke? Tapi itula petuanya. PETUA INILAH SETELAH DIPERSETUJUI OLEH RAKAN2 SEBAYA (TAPI DAH TERLEPAS SENGEH JELAH!)

Nak berjaya memang takde shorcut. So itulah petuanya. Biarlah sem pertama tu orang nak kata kau tak sosial la, tak k-popla, katak bawah tempurunglah. Takpa! Yang penting kau boleh tersenyum meleret sebaik dapat tengok result pertama korang nah kau!! 3.0++ . Masa tulah korang boleh tarik nafas lega sebab bila dah tiga..senag sikit nak kejar CGPA. Kalau mula2 dah 2.0++. Menapaklah korang!! Serious!! korang jadi ahli tetap library pun memang susah nak naik beb! Tapi akak tak ajar ye lepas sem pertama dan dapat result 3 point ko boleh goyang kaki terus-terusan. KE LAUT LA JAWAPNYA.

Ini cuma petua nak buat keje korang jadi lebih mudah. Korang pun belajar dalam tenang, nyaman. Jangan repeatlah mistake2 senior (akak pun termasuklah ni) Bila dah dekat U ni, CGPA is only matter. Korang dah dewasa dah bekerja macam akak ni then you know how matter it is.

SO ADIK-ADIK KAT LUAR SANA!! Kalau rasa berbaloi petua ni ikutlah sebab zaman korang ni competition lagi tinggi. Apatah lagi alam pekerjaan. Zaman korang sekarang ni akak tengok pandai-pandai belaka. Jangan tak sangka besok nak jadi kerani pun diorang nak tengok CGPA kalau korang ni budak degree. Fikir-fikirkanlah ye. Kalau dapat peluang tu buatlah sungguh-sungguh. Peluang sekali sahaja. Peace!