Wednesday, December 12, 2012

SIAL CELAKA LAH KEPADA MAK BAPAK YANG DERA ANAK2

BETUL2 SIAL OK!

MIND MY LANGUAGE!!

Boleh pulak kawan opis bukak link video penderaan kanak2. Walaupun bukan bangsa melayu tetapi india atau cina saya memang tak boleh tengok orang dera kanak2 especially mak bapak sendiri. Apart from race, mereka ni kanak-kanak, bayi apatah lagi. Mana kederat nak melawan kau si bangsat yang dah tua berakal ni! Kau nak ajak bergusti ke nak punch head to toe ke kau gasaklah bergaduh dengan yang sepadan dengan kau bukan jadikan kanak2 mangsa amarah kau. Binatang pun aku tak pernah tengok lagi dia seksa anaknya.Takde hati perut bertuhankan syaitan!!

MINTA MAAF agak kasar sedikit bahasa ni tapi memang dah tak tahan! Serious sejak ada anak ni tak bolehlah dengar tengok lagilah tak boleh kes2 dera ni. Kadang2 malas dah nak baca suratkhabar sebab benda2 macam ni lah.

PALING TAK BOLEH BLAH YANG TOLONG RAKAM TAPI TAK BUAT APA PASTU BUDAK TU DAH TERKULAI SEPARUH NAK MATI ATAUPUN DAH TAKDA BARU KAU SIBUK UPLOAD, SIBUK KECOH2, BARU NAK REPORT. KAU PATUTNYA PERGI BUAT LAPORAN TERUS MANGKUK!
KAU PUN SIAL LAH!

Ya Allah hanya kau yang Maha Mengetahui. Moga aku tak tergolong didalam golongan insan sebegini. Sesungguhnya kanak-kanak itu penghuni syurga, penyejuk mata ibu bapa bukan bebanan atau tempat melepas marah.

No comments:

Post a Comment