Isnin, 3 Disember 2012

PETUA CGPA MENAIK!!



TIADA PETUA2 MAGIC KAT SINI YE!! SEMUA ATAS USAHA KORANG SENDIRI SEBENARNYA.

Perkara ni mama qimy selalu pesan kat adik2 especially Cik Ena yang baru masuk Uitm aritu.
Benda ni tricky sangat kalau korang leka sikit memang rugi dan terlepaslah peluang kecuali korang punya hotak tu geliga sangat-sangat then oklah.

ALWAYS REMEMBER THIS!!


SEMESTER PERTAMA TAHUN PERTAMA korang kena struggle dik. Usahalah seolah-olah itulah final exam semester terakhir korang. Lepas tu korang nak bersosial ke nak kenal jiran2 sebelah blok ke..nak cari boypren ke silakan dik. Nak melepak sampai tengah malam tak nak tido pun ada orang kisah ke? Tapi itula petuanya. PETUA INILAH SETELAH DIPERSETUJUI OLEH RAKAN2 SEBAYA (TAPI DAH TERLEPAS SENGEH JELAH!)

Nak berjaya memang takde shorcut. So itulah petuanya. Biarlah sem pertama tu orang nak kata kau tak sosial la, tak k-popla, katak bawah tempurunglah. Takpa! Yang penting kau boleh tersenyum meleret sebaik dapat tengok result pertama korang nah kau!! 3.0++ . Masa tulah korang boleh tarik nafas lega sebab bila dah tiga..senag sikit nak kejar CGPA. Kalau mula2 dah 2.0++. Menapaklah korang!! Serious!! korang jadi ahli tetap library pun memang susah nak naik beb! Tapi akak tak ajar ye lepas sem pertama dan dapat result 3 point ko boleh goyang kaki terus-terusan. KE LAUT LA JAWAPNYA.

Ini cuma petua nak buat keje korang jadi lebih mudah. Korang pun belajar dalam tenang, nyaman. Jangan repeatlah mistake2 senior (akak pun termasuklah ni) Bila dah dekat U ni, CGPA is only matter. Korang dah dewasa dah bekerja macam akak ni then you know how matter it is.

SO ADIK-ADIK KAT LUAR SANA!! Kalau rasa berbaloi petua ni ikutlah sebab zaman korang ni competition lagi tinggi. Apatah lagi alam pekerjaan. Zaman korang sekarang ni akak tengok pandai-pandai belaka. Jangan tak sangka besok nak jadi kerani pun diorang nak tengok CGPA kalau korang ni budak degree. Fikir-fikirkanlah ye. Kalau dapat peluang tu buatlah sungguh-sungguh. Peluang sekali sahaja. Peace!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan