Tuesday, December 18, 2012

PENCUCI PINGGAN MANGKUK SUNLIGHT : BUKAN NAK PROMO

Dah cakap dah kalau jenama pencuci pinggan selain Sunlight
memang x bestla nak basuh pinggan huhuhu...

Papa Qimy tersilap beli. Dia tak tengok brand sebab rupa bentuk dah sama.
Serious kalau guna Sunlight ni cepat je minyak kat pinggan mangkuk kita hilang.
Guna sikit, buih banyak pastu kalau sebotol besar tahan sebulan JIMAT!
Kalau dekat Speedmart dapatla RM5 ringgit lebih.
Kalau di kedai biasa atau supermarket dalam harga RM 6 lebih.

Kalau yang husband beli baru2 ni memangla rege dia RM3++ !!
Tapi tengoklah x sampai dua minggu pakai nak habis dah.
Sekali pakai nah ko...! berpicit-picit ke mangkuk.
Tapi minyak2 degil ni payah betul nak hilang. Tak suka lah!
Disebabkan ini setiap kali nak basuh pinggan aku mesti membebel.
Penat membebel tau. Tak suka! Tak suka!

Sekarang ni baru rasa...baru dapat feel apa yang kakak angkat aku rasa dulu. Dia cakap:

"Kak Ah dulu kalau nak basuh pinggan mesti nak guna Sunlight, kalau takdak Sunlight ku tak mau basuh pinggan2 tu hang tau dak!". "Kak Ah selalu pesan kat bapak, bapak kalau tak beli Sunlight Ah tak mau basuh pinggan hehehe,"..tu dia demand!
- Comel je kak Ah ^^

Masa dengar cerita dia rasa lucu sangat.
Sebab yelah bab pencuci pinggan pun nak jadi isu.
Bila dah berkahwin ni, baru tahu.
Kelakar sangat bila terkenang balik.
Terkena batang hidung sendiri.
Kalau takde Sunlight mogok tak nak cuci pinggan.

Pencuci pinggan cap X ni dah nak habis.
Aku cakapla kat papa Qimy.
Ada ke dia kata aku saje je guna sabun tu banyak2.
Nak bagi cepat habis...ceh! Tak boleh blah hahaha!!
Tapi kan lebih baik kita beli yang mahal sikit. Tahan SEBULAN weh!
 Beli MORAH-MORAH  tapi kena beli berbotol-botol x untung!

Balik kang nak singgah kedai beli SUNLIGHT hehehe.

Inilah dia pencuci pinggan mangkuk
POJAAN HATIKU^^


No comments:

Post a Comment