Wednesday, January 13, 2016

3 JENIS PEMBANTU RUMAH YANG WAJIB KITA ADA^^

Anak dah dua ni kerja pun bertambahla.
Mana nak masak, nak mengemas, lipat kain, basuh kain.
Baru nak celik mata regang-regangkan badan,
dah si kecik nak menyusu.
Baru nak rehat tidur-tidur ayam lepas zuhur,
dah yang si abang nak terberaklah, nak susu la.

Kalau takda pembantu rumah, memang gawatlah!
Maksud I bukan pembantu rumah bibik,
tapi pembantu rumah yang boleh ringankan
semua kerja-kerja dirumah.


So ikut tittle entry kali ni macam pelik je kan.
Kaya bebenor ko jah sampai 3 orang pembantu rumah ko.
Nak tahu pembantu rumah macam mana yang I maksudkan?

So jom tengok siapa  3 pembantu rumah tu :

1. Auto Washing Machine
Ya betul tu. Auto washing machine. I tahu trending sekarang pegi mendobi lagi mudah. Tapi I ni anak dah dua. Tak sempatnya mak nak drive ke kedai dobi tu. Nak bersiap lagi ehhh tak kuasa la. kecuali rumah ada gangguan bekalan air then patutla.

2. Microwave
Sangat membantu untuk panaskan lauk especially yang malas tu kan nak bukak dapur gas, kena guna kuali atau periuk (tambah chores lagi nak basuk kuali periuk tu). Just masuk dalam bekas yang sesuai then pulas je button. Siap!

Lagi satu yang bergunanya microwave ni, kalau happen your husband buat susu sesejuk siap!! (paham tak maksud ayat ni hehehe) happen when you dah letak susu letak air panas and air biasa tapi tak cukup suam! Biasa jadi ni kalau papa dia yang buat. Si budak sorang ni mana boleh susu dia sejuk. Dia pun ada anak tekak gak kan. So instead you buang susu tu just put in a mug then masuk dalam microwave sekejap. Settle!!

3. Hot & Cold Water Filter
Yang ni trending 2015-2016 guys!! Yela boleh dikatakan semua rumah dah mula ada. Macam-macam brand kat pasaran. Ada yang murah ada yang mahal. I beli bukan untuk trending, tapi memudahkan kerja di rumah. Paling recommended!!

Tak payah dah masak air simpan dalam thermos. tak payah dah simpan air masak dalam bottle untuk sejukkan dalam peti ais. Simple je ambil cawan atau jug tadah je. Memang terbaik!

Yang paling best hehehe mak bapak berebut-rebut nak buatkan susu anak hehehe ceehhh takdalah tipu je. Tapi buat susu anak tak macam dululah. Fussy. Paling bengang kalau tiba-tiba air panas pulak dah habis. Aduuhhh!!! tu yang muncung-muncung tu hehehe. Sekarang nak buat susu mama senyum je sebab ada pebantu rumah yang owesome ni :)

By the way nak promote sikit, kalau you all duduk area lembah klang and kuala lumpur bolehlah wassap nombor ni  018-2940449 (En fadil) untuk beli satu hot & cold water filter untuk rumah you all.

Tak mahal harga dah diskaun RM780 sahaja!! siap pasang sekali. I punya ni kaler hitam brand magic. Magic sungguh!!

ok bye :)
Good job!!^^baru beli tu yang sayang lebehh tu hehehe
 

Monday, January 4, 2016

DABAI MENDABAI KITA^^

 
Siapa pernah dengar buah "dabai"?

Kalau Tanya orang semenanjung memang terpinga-pingalah.
Tak payah cakap orang I sendiri pun baru dengar.
 
Recently adik I pergi Sarawak ada wedding kawan.
Pergi pulak kena timing musim buah ni.
Buah dabai ni kalau you all nak tahu setahun sekali je dia berbuah.
So kalau berbuah tu memang saat yang dinantikanlah.
 
First makan memang rasa pelik. Terbatuk-batuk kau jah makan!
Rasa dia macam avocado-olive like. Tawar lemak.
 
Nak makan ada cara.
Kalau tak ikut cara tu memang tak feel lah.
Tapi siapa jenis picky eater memang tak boleh telan buah ni.
I sanggup je cuba. Tolak batu kayu besi je orang tua-tua kata :)
 
First mesti makan dengan kicap manis.
Second lepas cicah masuk the whole fruit dalam mulut then bawak keluar biji je.
Pasal biji tak boleh kunyah hehehe.
Then kunyah perlahan-lahan...baru "nyaman" orang Sarawak bilang!!
 
Dah google! (biasalah google Queen hehehe)
I dah agak dah kalau tropical exotic fruit ni mesti high in antioxidant.
Memang eloklah untuk kesihatan.
Macam avocado & olive
In fact ada orang panggil buah ni Black olive, Sibu Olive.
 
Slowly I macam syok pulak layan makan dabai ni.
Lemak-lemak gitu and serasi sangat dengan kicap manis.
Memang itu cara paling nyaman makan dabai katanya.
Tapi setakat dua biji dabai je dah rasa muak.
Sebab ianya sangat creamy.
 
Dabai ni agak mahal.
Adik I beli jenis yang mahal jugak.
Sekilo RM20. Buahnya besar sikit and tebal.
Dia ada jugak yang jenis kecil.
 
Demukk dabai nih^^
 
Last one, sayang nak habiskan
 with kicap manis yummy :)

SELAMAT DATANG 2016^^

Alhamdulillah.
Semangat baru. (Definitely!)
Azam baru. (yang lama pun tak qatam lagi )

Nak tambah list baru je:

1. Semoga projek "baru" ni Berjaya insyaallah. (banyak benda boleh settle pastu)
2. Mula mengajar Qimy dengan ABC,123,Alif ba ta dengan lebih serius.
3. Teruskan hafazan surah-surah lazim. Setakat ni Qimy dah hafaz 6 surah lazim.
    (nanti I share macam mana I ajar Qimy ye.)
4. Nak tingkatkan lagi prestasi kerja sebagai hamba Allah, isteri, anak dan pekerja di pejabat.
    Insyaallah. Semoga dipermudahkan amin^^

Maybe setakat ni dulu.

Semoga you all pun dapat mencapai azam tahun baru yang dihajati.

Dan semoga mama papa
cukup stamina nak membesarkan dua anak2 ni huhu :)