Jumaat, 1 Mac 2013

SCOTT'S EMULSION : SAMBUNGAN ENTRY LEPAS

Okey ...saja nak share kat u all.
Hari ni 1hb Mac 2013. Alhamdulillah batuk dah makin pulih.
Dah takde batuk terkokol-kokol di tengah malam dan hening pagi.
Tiada lagi gatal-gatal di tekak.
Kahak pun dah kurang. Dada pun dah tak sakit bila batuk.
Alhamdulillah syukur pada Allah.

Mama Qimy tak amik ubat batuk pun hanya Scott's ini je, satu sudu sekali every morning.
Sepatutnya for adults kena makan 2 sudu sehari 2 kali.
Tapi dek waktu pagi je yang ingat. Jaaadilah!!
Agaknya kalau betul2 ikut sukatan mesti lagi cepat baiknya.
Bukan apa, memang dah konsep mak-mak kalau balik kerja tu dah sebok kat dapur.
Mana nak masak, nak suap anak makan malam lagi haish!! tak menang tangan!
Sebab tulah!!
Konon2 aritu papa Qimy adalah beli madu kawan dia rekomen.
Madu Tualang?? tak tahulah madu jenis apa ni.
Harga sebotol RM 35 (dapat harga ahli).
Try makan sesudu. Suddenly..jeng..jeng...jeng..
Tekak den tetiba panas pastu perut rasa menggelodak!!
Esok pagi sakit perut yang amat sangat. Nasib baik membuang..legalah lepastu.
Tapi merodak dia tu macam senggugut tahap 10 fuhh!!
Ishh!! madu jenis apa nih!! Macam tak ori je!
Tu la ada kawan blogger cakap madu lagi baik.
Betul!! tak nafikan tapi susahnya nak cari madu yang betul2 asli.
Sekarang ni banyak madu campuran.
Susahkan nak cari madu sebab tu harga mahal dan payah nak beli.

Tu yang end up amik Scott's Emulsion.
Last2 cik abg xmakan pun madu dia beli tu. Membazir sungguh!
Ada pulak dia kata, ....bini tak suapkan? apa guna ada bini?
Oh ok!! yang abg duduk steadayyy baek kat sofa sambil main game pastu sambil
sengeh2 kat anak yang dok dalam WALKER (can see how he is really capable of taking that madu on his own) while bini awk terkial2 nak prepare food for dinner. SUngguh menggeramkan!

Sengeh-sengeh dah rasa bersalahlah tu!
Kadang-kadang small2 thing husband kenalah pandai urus sendiri ok.
Sian kat wife yg tak cukup tangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan