Jumaat, 22 Mac 2013

NAK MENEGUR BIARLAH BERHEMAH YE^^

Salam Jumaat semua^^
Mudahan-mudahan kita semua sihat dan ceria hari ni.
Eh macam gaya-gaya nak bagi ceramah pulak hehehe.

Baru-baru ni bos tegur sandal kita macam gaya mak-mak..hah?!
Bos: Maya...sandal awak ni macam sandal orang tualah!
Aku: Ohhh...yeke hemmm...sandal masa preggy aritu, selesa malas nak pakai heel huhu.. (suka hati akulah heeee sakit hatilah!)

Saborr je kan! Hati tu geram bercampur terasa jugak! Tak boleh ke bos ni cakap elok2 kan. Nasib baik aku ni bukan jenis heran sangat. Lantak dialah nak kata apa. Kalau ye pun sandal ni nampak annoying sangat, tak boleh ke cakap camni..eh saya rasa awak dah lama tak pakai kasut..pastu mesti aku jawab..kenapa bos? dah simpan ke high heel awak tu...tak pun cakap sambil berseloroh...ehh tak bergayalah! dah jadi mak-mak kena bergaya jugak! Aku boleh terimalah teguran macam tu..xpandai jaga hati betul lah bos aku ni! I terasa tau!

Kat sini nak sharelah sikit tentang seni menegur supaya tak mengguris hati orang lain. Kalau dia jenis yang suka terasa, dia berdoa bagi mulut ko senget nak kata apa kalau Allah makbulkan, kan dah masalah. Memangla kita rasa alaaa cakap macamtu je dah terasa tapi LAIN ORANG LAIN HATINYA ko kena ingat. Macam aku ni tak kisah orang menegur TAPI BIARLAH BERHEMAH.

1. Nak tegur perfume kawan busuk kat opis cane?
DARIPADA CAKAP : WEEIII!!! alaa sape la pakai minyak wangi satu botol ni...busuklah sakit hidung aku. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI: Waahhh minyak wangi siapa yang meriah ni (sambil senyum ikhlas)...emm saya kenapa (sambil senyum simpul)? Ini brand Anna Sui kan (kau tembak jelah brand apa pun) ..eh takdalah biasa2 je. Oh ingat Anna Sui..sebab bau sama tapi macam strong sikitla bau dia. Ko dah cuba bodyshop wild Lily sedap tau bau die. Oh ye ke kak. Kalau perfume tu memang sesuaila untuk anak-anak dara macam ko ni kan..gegirl gituew!!

2. Nak tegur kawan yang suka pakai baju tak kena corak dan color.
DARIPADA CAKAP : Corak baju ko ni macam makcik-makciklah Esah. Malap je aku tengok! KAN BOLEH CAKAP MACAM NI : Esah nak tahu tak sebenarnya kan pemilihan warna baju dan corak boleh buat kita ceria dan sihat tau. Pada pendapat akakla kan Esah sesuai sangat dengan warna-warna ceria tapi lembut pastu ada bunga kecil-kecil. Kenapa kak baju-baju Esah hodoh ke? Eh takdelah akak suka corak-corak geometri Esah tu tapi tula Esah cubalah main dengan color kan. Ada sekali Esah pakai color pink, sweet sangat. Kita ni kan kena perasan muda sentiasa hahhaha ( goreng je apa2 fakta pun pastu libatkan diri kita sekali). Janganlah up diri pulak. Niat kan nak nasihat. Aku kalau macam ni takdala sakit hati tapi berterima kasih kalau ada yang sudi bagi pendapat tentang diri aku secara sopan.

3. Nak tegur hasil kerja kawan yang tak berapa cantik.
DARIPADA CAKAP : Macam dah ketinggalan zamanlah design ko ni. Aku rasa mesti bos komplen punya. Kot iyapun memang tak cantik cakapla elok2 kawan!. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI : Emm pada pendapat akak kan design ni macam dah ok tau..tapi color dengan coraknya crowded sikitla Faiz. Faiz cuba masukkan color ni mesti gempak punya. Cuba Faiz tengok web ni. Akak suka website ni sebab banyak idea2 moden tau bolehlah buat guide. Atleast kita bagi cadangan sambil menegur. Bukan tegur je tolong taknak!

4. Nak tegur kawan yang tak suka pakai deodorant.
DARIPADA CAKAP BELAKANG UMPAT NGAN KAWAN-KAWAN. KAN BOLEH CAKAP MACAM NI KAT TUAN BADAN. Eh semalam kan akak pergi Guardian tau akak jumpa satu deodorant ni dia jenis takda bau. Suka sangat sebab rimaslah deodorant yang ada perfume ni (ko pancing dia) Oh yeke sama la dengan ina. Tulah yang malas nak pakai deo tu. Takda Ina yang ni memang ina akan suka sebab dia tak melekit dan tak berbau. Bolehlah beli sebab Guardian pun sekarang tengah ada sale tu. Akak dah beli dua terus buat stok. Padahal aku suka yang ada bau kan.

Dah experiment sendiri dah. Banyak yang mendengar teguran kita dengan cara yang berhemah ni. Kalau sound xtentu pasal lagi dia buat adalah siap benci kita lagi. Pakej!

Banyak lagi contoh-contoh sebenarnya..tiba nak tulis dah tak ingat pulak. Tapi tulah kita hidup bukan seorang di dunia ini. Kita hidup bersosial dan bermasyarakat. Janganlah sampai kata-kata kita tu mengguris hati orang lain sebab bila dah terguris lama-lama orang dah bosan dan cop kita yang bukan-bukan. Lepas tu dah takda sapa nak kawan dengan kita. Tak kira lagi balasan kita bakal terima kalau orang tu rasa terhina lantas dia berdoa...haa tak ke naya tu. SAFE SIDE : Tak payah la komen pape kalau agak-agak benda tu kecik je. Selamat dan semua happy. Berdiam lebih baik.

Selalu sangat mengingatkan diri sendiri untuk berhati-hati bila bercakap. Jangan bajet bagus je.
Tapi kan lately selalu sangat jumpa orang yang cakap lepas ni..tension betul. Taknak kawan!

2 ulasan:

  1. hehe..lawak btul lah.klau ingt2 balik nk tergelak sorang2 di buat nya

    BalasPadam
  2. hemmm..luahan hati sebenarnye tu hehehe

    BalasPadam