Jumaat, 18 Januari 2013

RECYCLING : JANGAN KACAU BOLEH TAK!!

Picture from: google search
Kau tengok gambar kat atas tu kau rasa apa yang boleh dibuat?
Tanya aku, macam-macam boleh! Tetiba kepala otak ni jadi bergeliga! Tink! Ideas!
Poyo je bunyi! HAHAHAHA...

Makin berusia ni makin galak pulak semangat nak recycling everything yang aku rasa asal boleh.
Ini semua penangan blogwalking. COOL beb! Idea tak terfikir dek akal seyhh..

Perabot lama nak tukar wajah baru, papan sekeping mintak nyawa tetibe jadi penyeri dinding yang sangat la seninya eh macam2la Joyah! cuba klik sini  http://www.infarrantlycreative.net/

Pastu kepada mak-mak yang suka nak buat parti arijadi anak, nak yg grand look but budget morah pun hado idea dia kat sini. Klik je ni http://www.diyinspired.com/

Bagi dua link ni pun dah cukup untuk korang jumpa lagi lain2 blog yang macam-macam DIY lah!
Lepasni dah tak payahla pergi IKEA untuk dapat hiasan atau perabot yang unik2 sebab dah boleh buat sendiri har! har!har!

Aku?..tanya aku ke? Oh aku idea dah ada..nak buat tu belum..(cit poorah! cakap je lebih)
Janganla judge gitu..sedih i..i bukan cakap kosong je i nak buat TAPI..
Penghalang segala dan kebanyakkan niat suci aku ni..sape lagi kalau tak si papa Qimy!

Recently, aku jumpa kat belakang rumah baru aku ni dua pallet box..old one terbaek!
Hajat hati nak buat planter box english style la konon.
Hampeh papa Qimy dia pergi buang masa aku takda.
Alasan nanti jadi rumah anai-anai...erghh hancur hati
Dia suruh beli je polybag..BELI LAGI!!!

Masa pindah aritu aku memang berhajat nak simpan almari bujang aku yang alaaa yang boleh cabut-cabut tu hehehe..kain dia dah koyak rabak tapi idea membuak aku dah nampak apa aku nak buat dengan rangka almari yg masih kukuh tu. AGAIN penghalang aku, tak semena-mena nak leraikan almari tu pehtu tetiba terpatahkan, BUKAN..dia sengaja! Dah tahu ketat biar jelah! Eh nak jugak bukak..Pap!! PATAH.
Frust gile!! Aku buang sebab hati aku dah sakit sangat!
Geram sangat aku buang pancing2 die..kutip sendiri hahaha (ketawa jahat!)


"I want my hobbies BACK!!"

Takpe! Tapi dalam diam aku ada simpan benda-benda lagi sebagai projek recycle aku. SOROK hehehe. Tin susu anak, kotak kasut, periuk karat, papan 2 keping mintak nyawa dah hehehe,  styrofoam hadiah baju baby Qimy (yang ni dah selamat dah..aku buat note board (nantilah aku upload gambar)...buat simple dulu kan hehehe

Papa Qimy memang sangat tak membantu dalam hobi aku ni..tapi aku ada cakap nak buat DIY light stand untuk letak kat sudut..tengoklah..macam dapat green light je tp material xdapat lagi and of course dari bahan terbuang! Nantilah upload ye kalau menjadi hehehe..jangan angan-angan mak jenin udah lerrrr!

**Bos takda hari ni...evil face...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan