Isnin, 19 Mei 2014

BAGAIMANA HENDAK HILANGKAN ATAU NEUTRALKAN SEMULA BAU UBAT GEGAT (MOTHBALLS)

Cerita haritu...

Alahai punyalah geram dengan cik Lipas
Laju-laju pergi beli ubat gegat then pudatkan banyak-banyak dalam cabinet.
Marah sebab habis dia berakkan bekas-bekas Tupperware kat rumah tu.
Tahi lipas kan busuk. Boleh muntah dibuatnya bluuwekkk!!!

After few days je letak ubat gegat..dah habis pulak semua bekas2
Tupperware tu berbau ubat gegat. EEE geram pulak makk!!

Bawak bekal habis makanan pun bau ubat gegat!!
Haaa..marahlah ni...husband cakap tu la pergi letak banyak
sape suruh. Orang letak sikit je sebiji dua.
Geram pada binatang yang tak berakal
Inilah padahnya huhuhu..

Apa lagi tak tunggu lama kutip balik semua ubat gegat.
(Suka la cik Lipas ye.)
Tapi Alhamdulillah dah takda dah lipas-lipas tu.
Cuma baula tak tahan and bau pada bekas Tupperware.
PADAN MUKA!!

So google punya google, terjumpalah dekat yahoo voices.
Ok kat bawah ni I share sikitla info yang I baca kat uolls.
Manalah tahu masalah kita serupa hehehe..

Natural way to reduce mothballs odour ye kengkawan:

1. Serbuk kopi
Dipercayai dapat menghilangkan bau dengan meletakkan di sudut cabinet atau almari
 serbuk kopi yang diletakkan dalam sebuah mangkuk kecil. Boleh juga cari serbuk kopi instant, lagi mudah sebab tak payah nak letak dalam mangkuk kan.

Courtesy from Google^^

2. Arang atau 'charcoal'
Letakkan seketul dua arang disudut cabinet atau almari untuk mengurangkan bau ubat gegat.

3. Suratkhabar
Kalau tiada sumber lain boleh gunakan trick ni. Gumpalkan 2-3 helai suratkhabar seperti bola kemudian letakkan pada sudut cabinet atau almari.

4.Soda Bikarbonat
Terjumpa blog someone yang listdown 100 usage of soda bikarbonat other than making cake. Dia tak cakapla hilangkan bau ubat gegat tapi it says like soda bikarbonat ni boleh kurangkan bau busuk. So i aplikasikanlah since ada pula soda bikarbonat in hand. I letak sikit dalam tutup botol then letak dekat sudut dalam kabinet tu. Walah!! hasilnya menjadi!!


Actually I end up guna cara no. 4 sebab no 1-3 tu baru google 3 hr lepas sedangkan i dah pandai-pandai guna cara no.4 10 hari yang sudah. So it works! Bau still ada tapi kurangla. Malam tadi check bekas-bekas pun bau dah kurang..cuma malam nanti nak letak kertas suratkhabar pulak hehehe^^



7 ulasan:

  1. Thanks for sharing. Untung la kena kat tupperware u. I ni makan pun berbau dgn segala multivitamin.

    BalasPadam
  2. Welcome^^..apa yang untungnya nak makan, food bau ubat gegat hehehe..cubalah salah satu cara..insyaallah tak cuba tak tahu kan hehehe..

    BalasPadam
  3. Thanks alaushare tips.

    Kalau bubuh ubat gegat + tips di atas, Lipas datang ke tak datang ye?

    BalasPadam
  4. Tq for sharing...saya letak ubat gegat dlm lavi makanan...cth maggie tp rasa ubat gegat tu melekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai..saya pun sedang alami sekarang .semua maggie rasa gegat..mcm mana nak buang eyh..rendam maggi dlm kopi boleh tak..huaa..syg semua rasa gegat...byk oulah tu..hahaha

      Padam
  5. Yg serbuk kopi tu ltk dalam mangkuk x pyah tutup ke

    BalasPadam
  6. Sis..skrg sy tgh alami bau ubat gegat kena maggi... Biskut hap seng pun rasa gegat..geram byk sgt lipas..skali dah semua makanan rasa gegat..huhu..mcm mana nak hilangkan rasa tu ye..hehehhe

    BalasPadam