Selasa, 16 Oktober 2012

LAMB ke MUTTON?Korang ni agak-agaklah.

Mama dapat info ni sambil-sambil jalan2 blog reading kat Salam Dua Benua . Suka baca blog akak ni sebab boleh tahu pengalaman dia duduk di negara orang macam mana, her kids and the foods^^ OK!

Nak cerita benda lain sebenarnya. Menurut akak kita ni LAMB ni kategori daging kambing biri-biri yang berumur kurang setahun manakala MUTTON pulak kategori daging biri-biri yang berumur lebih dari 2 tahun. Fine! Thank you kak sebab share info hehehe. Dan sepatutnya kalau dah LAMB namanya mestilah lembutkan pasal daging muda.

PERSOALANNYA di Malaysia ni, especially restoran2 yang dalam menu dia pun tak kalah nak buat western food jugak. Kat MENU biasalah ada chicken chop, fish n chips dan x tinggal LAMB chop LAMB sizzling dan sebagainya. TAPI apsal LAMB korang ni LIAT sangat macam makan LAMB umur dah senior gile. LIAT macam makan getah tau tak aduuuhaii! Malu jugak kalau2 tourist makan kat kedai korang ke? kan dah malu. Tak payah touristlah, kitorang pun malu tau sebab order ye ye tapi tak makan huhu.

Lain kali kalau nak buat macam kat hotel2 ke atau western food best2 ke buatla kajian dulu. Korang rendam daging dengan panadol pun kita makanla, kita mana tahu janji LEMBUT takdela terselit kat lubang gigi ni haaaa hehehehe).

Nasihat kat diri sendiri, janganlah try makan lamb chop/sizzling dekat restoran tomyam hehehe pergilah restoran yang khusus okey^^.


Yang ini ok sedap alhamdulillah bolehlah^^.
Makan Kat Suria Cafe Station kat Bandar Baru Selayang.

What's your Nestle story Peeps!



Mama dah kongsikan pun satu cerita kat entry ni...it's not about the prize really matter but how Nestle bring cherish to us when i was little with my siblings (10 of us but at that time we were like 5 of us) Banyak sangat kenangan sampai sekarang ^^

Rabu, 10 Oktober 2012

Annabel Karmel Chicken, carrot porridge DELICIOUS SANGAT!

Last night memng dah plan nak buat bubur nasi yang ada chicken sebab dah dua hari mama buatkan bubur vegetarian sahaja. Bubur with spinach and pumpkin, bubur with broccoli and sweet potato. So today kita makan ayam pulak.

Dah dua hari layan www.annabelkarmel.com takkan sekadar tengok dan baca je kan. So kenalah ada praktikalnya. Mama kan dah janji nak buatkan bubur ikut resepi website ni so mama dah tunaikan and maybe from now on kita akan makan pelbagai resepi yang fun-fun and what mama ??DELICIOCHOSSS!! Hehehe...

Seriously memang flavour bubur ni sedap sangat sampai kita pun rasa nak join sekali.

Resepi asal you need chicken breast sikit, carrot, onion sikit and olive oil untuk sautee sekejap onion and chicken, lepas dah naik bau, masukkan air dan beras secukupnya (yang ini pun mama tambah, kalau ikut resepi sebenar actually it's a chicken puree with carrot tapi kita kan orang melayu mesti nak nasi punya hehehe).Then masukkan carrot. Tapi kat sini to add more vitamins and flavour mama masukkan sedikit daun sup(parsley) and sayur bayam, secubit garam buat rasa-rasa.

Dah siap untuk di blend (buat masa ni Qimy tak suka bubur yang tak di blend. Dia akan menangis like crazy sebab marah kot bubur die kasar-kasar. Actually bubur tu memang dah lembut sangat, tapi ada orang kata kalau bubur di blend nanti baby yang makan akan kembung perut...so far Qimy ok pulak huhuhu). Maybe dah setahun nanti baru kita makan bubur yang tak perlu di blend ye sayang.

Tadaaaa... mama tahu mesti Qimy suka kan...

Sautee onion with olive oil or unsalted butter.
It's something new to me but really bubur lebih sedap anak memang suka^^

Selasa, 9 Oktober 2012

Annabel Karmel; kalaulah saya boleh jadi macam dia^^

1. Mesti saya dah tak payah kerja, duduk rumah buat buku pun boleh buat duit.
2. Bila dah boleh kerja dari rumah mesti anak dan suami suka sebab makan minum 100% perfect!
3. Boleh luangkan masa lebih pada anak dan suami.
4. Bolehlah belajar masak pelbagai resepi baru dan lama^^
5. Masa kerja dan bersama keluarga sangat flexible so nak pergi shopping ke, nak lepak kampung lama-lama pun boleh, tiada halangan ..waahhh seronoknyeeerrrrrrr^^

Mama rasalah kan kejayaan dia ni mesti mula dari dia menulis buku dan blog je, pastu bila dah terkenal ada pula sponsor minta jadi model barangan baby ke and pastu keluarkan produk sendiri. Recognition macamtulah yang paling susah kita nak dapat. Tapi bila dah dapat, semua boleh jadi wang!

TAPI bolehke saya jadi macam dia..hemmm (nak menaip new post pun kadang-kadang bercinta inikan pulak nak buat buku hehehe). Anything ya, hemmm...nak buat buku apa?

i wish! i wish! i wish!

Tryla check it out website dia kat www.annabelkarmel.com. Ruginya tak jumpa web ni masa pregnant dulu. Anyway belum terlambat lagi. Lepas ni food Qimy akan bertukar-tukarlah sebab mama dah jumpa macam2 resepi for babies to toddlers. Mama akan cuba setiap hari untuk pastikan makanan anak mama sedap, berkhasiat dan delicious!


mayabel hehehe...

Khamis, 27 September 2012

PANTAI-PANTAIAN

Qimy mama rupa-rupanya suka sangat dengan pantai ye..takdela selama ni kalau mandi kat bilik air tu takde pulak dia menunjukkan respon suka main air..tak tahula ikut minat papa dia agaknya yang sukakan pantai hehehe..alamatnya asyik pergi pantaila kita ye..

(Bila nak pergi pantai yang airnya biru-biruan ye^^)






Selasa, 25 September 2012

Qimy mama bila nak pandai meniarap ni?

Tak gerak-gerak pun...kat situ je! Paling habis pun dia golek-golek dah macamtu je. Anak mama ni malas ke atau belum masanya ni hehehe...mama dah tak sabar nak tengok anak mama meniarap ni. Latest kelaku die lepas demam campak tipu-tipu (doktor kata), dia pandai buat suara Gggrrrrrr...arggghhhggrrr...oh macam incredible hulk pulak especially kalau lambat bagi susu atau lambat bagi food. Lapar sangat macam 10 hari tak makan hehehe. Timy..timy..

Dah tengok dah satu video ni dekat youtube tapi masa tu Qimy baru 5 bulan..sebab dah 6 bulan nak masuk 7 Qimy mama tak pandai meniarap kedepan kebelakang lagi so mama kena training anak mama ikut macam video ni. Harap-harap mama berjaya k :)

Mommies outhere kalau nak try bolehlah tengok video ni ye :)

Rabu, 5 September 2012

Caesarean : Kesannya selepas anak dah masuk 6 bulan hu hu hu

Saja nak share ataupun sesiapa terbaca and ada sesuatu nak dikongsi bersama bolehlah drop by kan cik jah!

Alhamdulillah, kesihatan saya ok cuma kadang2 terasa nilu di dalam perut. Memang macamtu ke rasanya? Haish...inilah pengorbanan ibu, mama saya kata kesan nilu tu kdg2 sampai 2 tahun pun still rasa, tp saya redha demi anak kan :) paling nilu masa nak mandi pagi..aduhai nak masak air panas malas ha tahan jela.Itula saya katakan walaupun anak dah 6 bulan..sakit nilunya masih terasa. Masa operate tak takut, tp bila sekarang fikir balik ngerinya..yang paling ngeri orang kata, "once a ceaser always a ceaser" huh takut mak! xpala insyaallah 3 tahun lg ke nk tambah lg satu and maybe masa tu dah berani kot hehehe.

Anak-anak kat luar sana tu, fikirla masak2 sebelum kamu nak menderhaka pada ibu yang melahirkan kamu sebab kesakitan, kesulitan melahirkan kamu, ibu tanggung dengan redha hati dengan suka dan gembira waimah sakit seteruk mana pun. Itu belum bab menjaga kamu siang dan malam..
(yang ini pulak respon kepada cerita2 kecil anak2 yang lupa daratan tentang kasih sayang ibunya)