Thursday, July 25, 2013

JAHITAN MANIK DAN LABUCI...LABUCEYYY^^

Kenapa bila cakap omputih rasa macam kelas dan bergaya gitu. Cuba korang sebut :
"Beads and sequins"

 Tapi kalau cakap melayu dia jadi cam makcik2 je hehehehe...tak caya cuba sebut:
"Manik dan labuci"
kan! kan! hehehe...

Anyway, aku pun suka sangat2 kalau baju2 kurung moden aku ada manik and labuci semua ni ko..rasa mencantikkan dan baju lagi nampak grand gitu. Tak feeling makcik2 pun hehehe...

Saja je meraban petang-petang rembang ni sebab mengantuk pulak mengadap nombor ni...layan blog kejap. Kisahnya aku teringin benar nak belajar jahit manik tapi nak DIY je sendiri. Tutorial and vids pun banyak kat google ni. Nak tak nak je.

Pernah belajar sendiri dengan housemate dulu, tapi manik bergaris jela takde lekuk2, bunga, daun menjalar bagai. Sekarang jahitan manik pun dah advance. Ada yang mix dengan lace, fabriklah, pastu ada yang terjuntai pulak. Aku berkenan dan mengidam sangat nak jahit mani/labuci tabur atas corak2 bunga kain lace. Tengah tunggu baju siap je ni. Bila nak siap baju tu entahla. Tangan dah menggigil ni nak pegang jarum dengan benang ni hahaha (poyo betul dia ni!). Senyap je kak ani ni, ke laut jugak cita-cita aku ni hehehe...

No comments:

Post a Comment