Wednesday, July 24, 2013

ADA JE CERITA SEDIH BILA DATANG BULAN RAMADAN DAN SYAWAL

Terngiang-ngiang lagi kat telinga ni berita tentang anak yang lemas didalam kereta baru-baru ni. Takdir Allah tak boleh nak diundur. Allah kata jadi! Maka jadilah ia. Begitu juga kes terbaru bayi tersedak susu. Ya Allah mungkin ini caraMu untuk mengingatkan hamba yang terpilih. Ya Allah semoga si ibu menerima dugaanMu ini dengan redha dan berlapang dada. Tabahkanlah hatinya.

Bila kes2 melibatkan anak ni mulalah teringat anak sendiri. Benar kata-kata Allah didalam Al-Quran bahawa sebahagian dari kita adalah ujian buat sebahagian yang lain. Yang miskin menjadi ujian buat si kaya, yang sihat menjadi ujian buat yang sakit,  yang berjaya menjadi ujian buat yang gagal dan begitulah sebaliknya. Jika berpegang dengan keimanan kepada Allah insyaallah ujian tersebut dapat kita hadapi dengan tabah. Maknanya disisi Allah, tiada yang malang, tiada yang gah! Tapi Allah nak cari yang beriman, redha, sabar dan ikhlas menurut perintahNya waimah apa keadaan sekalipun. 

3 comments: