Tuesday, July 2, 2013

BEST TIPS FOR SAVING MONEY : PERBELANJAAN QIMY : KHAYALAN ATAU GURAUAN??

Hemm..pada aku bukan khayalan atau gurauan..tapi boleh pakai kalau tahu caranya :)

Kalau search kat internet especially when you google it in english kan berlambak2 information. Klik sahaja yang korang tertarik.

Bagus sekali-sekala kita baca info2 begini. Tambah pengetahuan dan mungkin dalam banyak2 tu adalah tips bernas yang boleh tolong korang kan. Ok kali ni aku nak sharela tips aku berjimat when it comes to Qimy; lampin pakai buangnya, pakaiannya, milk and foodnya, toys & booksnya. Aku pandang serious bab ni sebab ianya antara perbelanjaan monthly aku yg sgt penting. So sangat perlu tips2 yg bernas supaya takde overbudget dan pembaziran.

CONTOH-CONTOH TIPS FOR SAVING MONEY MAMA QIMY.

1. Bab lampin pakai buang : Memanglah yang mahal macam mamipoko, pampers atau huggies tu selesa tapi ada jenis lampin pakai yang sama cuma brand saja yang tak terkenal. Qimy punya aku belikan jenama Hey Baby (RM22.90-RM26.90/Size M /70pcs). Aku suka sangat brand ni. Ianyanya jenis cloth yang menyerap haba, murah, pelekat yg sangat tahan lasak dan kuat. DAN MURAH! So far tak pernah leaking atau bocor. Qimy pulak tak pernah lagi ada rashes bila pakai hey baby ni. Untung kat mama sikit sebab buat masa ni dia still boleh pakai saiz M walaupun dah setahun lebih.

2. Bab pakaian : Biasanya kalau pakaian harian untuk dihantar ke rumah pengasuh aku akan spend untuk baju yang murah sahaja sebab aku fikir dia bukan kemana-mana. Banyak pilihan kita boleh dapat di Giant, Tesco, Carefour, Mydin, pasar malam eh banyak lagilah Cik Jah oii! To my surprise kadang2 kainnya sangat selesa dan menyerap haba walaupun dijual dengan harga semurah RM10-RM5 satu set (baju dan seluar). Biasanya memang akan cari yang set daripada berasingan. So lebihan duit boleh tambah beli baju yang branded untuk berjalan dan perayaan.

3. Milk & food : Kalau bab milk ni baru je cerita haritu, so far sejak tukar susu oklah sikit. Tapi nak cerita bab pemilihan ni, kalau kita ni memang jenis percayakan brand dari mempercayai yang semua susu sama, kita masih boleh mendapatkannya dengan harga yang berbaloi. Contohnya Enfalac A+, Enfapro A+, Sustagen. Tiga jenis ni dari Brand Mead Johnson. Apa yang berbezanya adalah harga dan zat2 tambahannya. Macam mana aku kata yang kau masih boleh beli? Ok katakan kau tak mampu nak beli Enfalac A+ masih ada range yang murah sikit iaitu Enfalac biasa, Enfapro A+ masih ada range yang murah iaitu Enfapro biasa dan yang paling murah adalah Sustagen. So aku pilihlah Sustagen; still Mead Johnson tapi harga berpatutan :). Same goes to other brand macam Nestle dan Dutchlady. Mereka ada yang mahal dan murah.
Bab food Qimy pulak aku lebih suka masak sendiri sebab yelah masak sendiri ni lagi berkhasiat kan. Memanglah time consuming kena bangun awal tapi untuk anak aku sanggup. Ala dalam sejam je pun nak masak. Faedah yang aku dapat, anak tak memilih makanan, yakin sebab masak sendiri dan jimat sikitlah. Tapi kalau tak sempat tu aku beli gak bubur kak Ani dekat warung simpang tu hehehe. Mujur la ada bubur pagi yang mencapai tahap berkhasiat pada akulah. Dah 3 4 tahun sok aku bolehlah nak start ada oven sebab junk food dia pun kalau boleh aku nak buat sendiri. Lebih khasiat dan jimat.

4. Toys & Books: Suami memang melarang keras aku manjakan sangat anak dengan mainan mahal-mahal. Aku sakit hati jugak. Yelah anak la katakan. Mainan ni kadangkala perlu juga supaya otak dia bergerak. So option yang aku ada, aku beralih kepada mainan yang dijual dikedai2 biasa. Aku fikir balik betul jugak sebab mainan ni dia cepat jemu dan kadang-kadang cepat je jahanamnya. Apa taknya, dibuatnya ketuk2 dah terliuk kawan tu. Qimy ni suka sangat dengan kereta, lori dan jenis2 kenderaanlah. Biasalah anak bujang kan :). So kalau kedai biasa yang aku maksudkan ni contoh : aku boleh dapat 6 biji kereta yang bila ko tarik dia gerak sendiri, saiz kecil dengan harga RM8.50 berbanding brand mahal yang jual 1 kereta saiz yang sama dengan harga puluhan ringgit. Recently ada kedai DUA RINGGIT dibuka dekat Banting. So apa lagi borong sakanlah mainan untuk Qimy. Siap beli untuk bawak kat rumah pengasuh lagi hehehe. Macam-macam ada. So sebulan spend RM10 dapat 5 mainan. Awesome tak??Bolehlah kalau nak beli yang mahal tapi mungkin satu dua je.
Bab Books pulak, buat masa ni dia minat sikit2 je kat buku. Takdela sebulan sekali beli. Kecik lagi kau... So aku beli yang betul2 best dan sesuai je. Setakat ni baru ada 5 buku je. Tapi bila dah besar sikit sekali-sekala maybe nak DIY je. Beli printer yang murah so buat sendiri je. Spend duit sikit je kat kedai untuk laminate. Takde apa yang mustahil kan?? Google, YouTube semua ada. Nak dengan taknak je.

Aku cuba berkongsi tips cara aku ni sebab ada parents kat luar sana especially yang muda2 tu kadangkala terlalu mengejar brand sampai terjerat leher sendiri dek kerana taknak kalah dengan orang lain. I've met these people. Tapi aku ni jenis klik ignore je hehehe. Kalau kau sangat termampu terpulanglah. Tapi pada aku, lebihan duit yang ada tadi kau boleh salur ke duit untuk berjalan2, duit untuk saving dia, duit untuk klinik dia yang best sikit, duit untuk beli baju raya best2 sikit kan things like that. Ada yang lagi worst pernah jumpa, beli guna kad kredit. Memanglah syok adik2ku tapi hujung bulan menghadapla kau huhu. Berbelanja mestilah berhemah agar tak terbeban.

Birthday party? Oh yang ini aku tak fikir nak buat sebab dia masih kecil. Tak reti pape pun. Mungkin umur dia dah 5 tahun sok baru aku buat parti kecil-kecilan untuk dia hehehe. Cukup sekadar kami manja-manjakan dia dan doakan dia yang baik2.Waktu 5 tahun tu dia dah faham and boleh appreciate apa yang mama papa dia buat.

JIMAT KE MAMA QIMY? Jimatlah jugak..eh betullah jimat :)

No comments:

Post a Comment