Wednesday, June 26, 2013

NYAMUK OH NYAMUK HUH!!

Gatal tahu tak bila dah kena gigit. Grrr...bikin panas betul bila tengah nyenyak tidur. Bila dah macamtu mulalah nak tidur pun tak senang sebab dok teringat kat anak mesti kena gigit jugak.Dah berjaga 2, 3 pagi semata-mata nak pelempang nyamuk2  ni.

Pakai spray cap apa pon dia tahan lasaklah. Tak mati sangat pun huh! Adakah nyamuk pun dah imun jugak macam lipas? Adakah nyamuk pun dah sebijak lipas, bila kita spray dia terbang tinggi then bau dah hilang dia datang balik atau dia relax je kat bahagian bawah then bau dah hilang baru dia terbang. Ini antara pemerhatian akulah. 2, 3 jam berjaga semata2 geram nak cari yang dah hisap darah tu.

Nyamuk yang banyak kat rumah aku ni jenis nyamuk perang. Yang ini kalau menggigit aduh gatalnya kemain. Yang aku perasan nyamuk ni memang sangat bijak (bijak2 pun kena gak tapak tangan aku yang tembam ni hehehe).

Maksud aku, pernah masa tu kami tidur diruang tamu je sebab panas sangat malam tu, ruang tamu taklah gelap sebab lampu dapur dibuka. Aku biasalah terjaga sebabkan nyamuk2 nilah. Dalam kesamaran tu nampaklah berterbangan seekor. Aku bangun mencari xsemena-mena hilang. Aku tidur balik. Then ada bunyi terngiang kat telinga aku bangun semula, tengok takda. Arggh!!! Geramnya!

So bab-bab meneliti ni memang feveret aku, rupanya-rupanya dia dok elok merangkak pelan-pelan nak aim betis Qimy. Hemm dengan tak berlengah petepikkk!!! Amik kau! Yang tak boleh belah tu dia merangkak macam orang mengintip kelakar gila hehehe. Patutla ada orang panggil nyamuk ni nyamuk askar!

So korang nak tahu tak cara yang lebih berkesan xnak bagi nyamuk gigit ikut style mama Qimy?

Aku dah guna spray dan ubat nyamuk elektrik. Sume x jalan. Tapi yang lingkaran aku x suka sebab bau dia sengit ooo.. So dalam dok pikir tu terpandanglah lotion baby perasa Orange Flavour papa Qimy beli borong kat Guardian. Dan aku jugak teringat homemade mosquito repellent versi James Wong yang glemer tu.

Siap kau malam ni. Jenama memang x well known la. Aku lumur satu badan aku dengan Qimy..(papa dia sapu sendiri la ye hehehe). Lotion tu x berusik langsung sebelum ni. Tapi oleh kerana ianya berkesan, memang sangat berbaloila lotion botol besar tu. SO kengkawan, kita go GREEN jela, lumur badan tu kalau boleh biar lotion tu ada bau oren ke atau serai confirm nyamuk x suka!

No comments:

Post a Comment