Thursday, June 20, 2013

TUKAR SUSU PULAK

Huarrghhhh! ish lamanya tinggalkan blog ni... Macam -macam hal lah. La ni ok dah.
Mood pun slowly ok :)

Oklah nak cerita pasal Qimy baru-baru ni tukar susu. Dulukan minum susu NAN HA. Dari NAN HA 1, NAN HA 2 sampaila sekarang NAN HA 3. Qimy pun dah setahun 4 bulan, so mengikut pendapat doktor allergik susu lembu ni boleh recover. maybe dalam setahun ke 3 tahun then kebanyakkannya hilang macam tu je. Tengok pada anak kita masing2. Alhamdulillah so far tengok Qimy sihat je minum susu NAN.

Bye bye for now^^

Tapi satu yang aku perasan anak aku ni kecik je. Dia sihat berjalan berlari tapi kalau berdirikan die sebelah anak jiran aku yg sebaya ni, tinggi lagi anak dia. Tu yang buat aku risau tu. Adakah dia mengikut genetik aku yang rendang ni hehehe. Anyway google punya google ada lah sorang mat saleh ni dia kata, kalau u tengok anak u tu dah ok. Kesan allergik pun dah lama xde, berak kencing ok, makan pun ok, then xpayahla amik HA formula lagi. Tukarlah susu FM biasa sebab bayi membesar ni perlukan lemak baik untuk pertumbuhan dia.

Aku teringat doktor Tan kata allergik susu lembu ni kadang2 sampai anak umur setahun 3 tahun je lepas tu dia hilang. KEbanyakkannya hilang tapi x semua la. Aku dan husband berbincang last2 kami rasa nak tukar kepada SUSTAGEN JUNIOR 1. Kami tukar ni sebab dia produk Mead Johnson yang sama dengan Enfalac so amiklah range yang murah sikit kan. Qimy ada gak amik Enfalac A+ dulu, tak sampai 5 kotak dia jatuh sakit demam batuk teruk, berkahak dan  selsema. mungkin pada mas tu tahap allergik masih kuat. Tapi nak pilih Enfalac A+ semula mungkin tak la sebab harga dia $$$.

 Kalau dulu susu NAN HA nipun range price dia ikut langkah antara RM89.90 hinggalah langkah terakhir HA 3 RM62.90 untuk 850g/setin. Bayangkanlah sebulan kurang2 4 tin. Darabkanlah. Itu pun sebab jaga makan dia and anak aku ni bukan jenis baby yg kuat menyusu dan tak mau makan. Kalau idak botaklah kepala mama papa. Aduhhh demi anak kan.

Last saturday kami beli Sustagen Junior ni 1.3kg terus. Harga dia RM55.90 dekat speedmart.
For a start aku amik yang Tasty Plain jelah takut vanila dan Honey tu x sedap pulak. Kalau serasi alhamdulillah sangat sebab ikut perkiraan sebulan maybe kena spend 2 kotak je.


Percubaan pertama ok. Next day dia ada berak cair sikit. Tapi selepas minumlah. Lepas tu everytime minum mesti cirit sekali. Pengasuh dia pun kata macamtu. So hari yang ketiga aku try kurangkan scoop dia bagi cair sikit. Then baru ok. Up to this morning aku try tambah balik ikut sukatan scoop sebenar. Nampak takde cirit pun. Ya Allah mudah-mudahan dia serasilah. Bukan sebab duit pun tapi nak dia membesar dan tinggi. Jangan la pendek macam mama dia hehehe. Satu je xpuas hati dengan susu ni. Kalau goncang xde buih. Yelah ada buih tu meriahla sikit kan :)

No comments:

Post a Comment