Jumaat, 16 Ogos 2013

MENJAMU ANAK-ANAK JIRAN YANG SEBELUM PUASA DAH REQUEST NAK DATANG BERAYA^^

Begitulah kisahnya petang semalam hehehe...
Bukan anak jiran sebelah taman pun, ini anak-anak jiran sebelah menyebelah je. Adalah dalam 5 orang. Sepatutnya ada 6 orang tapi bergaduh pulak dengan yang sorang tu, tinggallah 5 je semalam. 2 hari sebelum tu memang puak-puak kenit ni dah standby sambil main badmintonlah, main kejar-kejarlah dan 2 hari sebelum tu jugaklah diorang akan tanya bilangkali aku balik kerja...

Acik, boleh tak kitorang nak beraya rumah acik?
Alaaa nantilah acik tak beli barang apa lagi, takkan nak makan kuih raya je, nanti acik prepare jamuan kecil-kecilan untuk korang ye, acik janji. Bila tu acik? Haa yang tu acik tak boleh cakap dulu, dah siap nanti acik panggil je.

Lawak betul budak-budak ni. So semalam kami beli je nugget dan dan kentang goreng. Actually nak buatlah meehun goreng ke, spagetti bolognese ke tapi papa qimy cakap tak payah sebab budak-budak lebih suka yang ringkas macam nugget and fries ni. Balik kerja je memang budak-budak ni dah standby macam biasa depan rumah. Aku and papa qimy pun bergegaslah ke dapur goreng semua nugget dan kentang tu, prepare air dengan kuih raya sikit..dah siap!

Qimy pun pandai jugak melayan tetamu..papa sibuk buka PC nak tayangkan budak2 ni upin-ipin, dia pun sibuk nak duduk atas papa sambil cakap2 bahasa dia..haishhh riuhlah rumah petang tu hehehe..

Walaupun baru balik kerja tapi tak terasa kepenatannya bila tengok anak-anak kecil ni makan dengan gurau-senda dia. Yang paling geli hati tu, bila hidang je dua menu tu masing2 cakap waaahhhh banyaknye nugget, lama tak makan! Seronok sangat tengok diorang makan sampai tak terlarat dah..siap masing2 tapau balik rumah.

Aku dengan suami memang suka dengan budak-budak ni sebab mereka ni peramah dan pandai cari topik nak berbual dengan kita. Tapi bila berbual tu sopan je. Pandai mak bapaknya mendidik anak mereka ni berbudi bahasa. Aku and suami betul-betul enjoy melayan diorang ni. Maam-macam cerita dan kerenah. Hilang terus penat.

Qimy pun tak kalah nak makan jugak. Orang cicah nugget dengan sos dan mayonis, dia pun sibuklah jugak. Air oren jangan ceritalah, sampai kembung perut dia minum..air! air! (tulah perkataan yang paling lancar buat masa ni hehehe).

Dah kenyang je masing-masing pun bersalam. Sambil salam tu takde pun cakap duit raya takde ke acik, sebab nak ikutkan mereka ni semua keletah bercakap. Saja je papa qimy tak cakap, nak tengok gelagat mereka. Elok je nak balik rumah terus. Last2 papa qimy pun tahanlah budak2 ni untuk amik duit raya. Ala bukan dapat bagi banyak pun..jadilah.

Bila bab menjamu kanak-kanak ni teringat baba dengan mama selalu cakap, tak rugi kita buat kanak-kanak happy, waimah selasak mana pun sebab mereka ni penghuni syurga. Selagi kita ada peluang, buatlah. Kita tak tahu dengan kehadiran gelak-tawa, hiruk-pikuk ni ada rezeki yang pelbagai rupa (tak semestinya duit kan) datang masuk ke rumah kita. Apabila kita lakukan semata-mata kerana Allah dan ikhlas nak menggembirakan mereka insyaallah berkat perbuatan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan