Wednesday, August 21, 2013

DIY BAJU TIDUR QIMY^^

Lama dah tak menjahit ni...kalau masa remaja dulu gila2 menjahit dan mereka itu ini. Kalau hati dah berkehendak tu satu malam pun boleh siap. Ada sekali tu sengaja je pergi beli jeans bundle yang ada printed la semata-mata nak buat beg untuk bawa pergi tusyen..kelakar je bile difikirkan. Semangat nak buat tu pasal ternampak sorang amoi ni bawak beg jeans yang i rasa memang dari jeans lama. sebab nampakla zip butang segala and jelas ke DIYwannya hehehe.

Lepas tu second item yang suka buat adalah seluar tidur. Habisla kain2 baju kurung mama yang lama-lama dari kain cotton i buatkan seluar tidur. Selesa sangat hehehe.

So malam tadi tercapai gak hasrat untuk menjahit baju tidur Qimy. Kebetulan ada pulak kain wannya belikan aritu konon nak buat sarung bantal katanya. Sekarang ni baru siap tang seluar. Malam nanti kalau tak penat boleh sambung buat baju pulak. Ingat nak cari DIY paling mudah kat youtube. Nervous gak ni pasal tak pernah buat baju pun.

Tapikan yang pelik, belajar buat baju kurung sendiri tak qatam2 lagi hehehe. Tahla bab tu yang malas sikit sebab banyak sangat kot...Haishh!! padahal mak sendiri boleh jadi sifu. Nak tunggu mesin jahit baru kot baru ade semangat :) (kan papa Qimy^^). Kat rumah mama memanglah mesin jahit dia best sikit. Kita yang kat rumah ni pakai mesin jahit hitam tu. Itupun mesin lama mama. Bolehlah takat nak jahit lurus atau cantum2kan kain. Nanti ada rezeki lebih nak belilah mesin jahit baru..

Tadaaaaa^^

No comments:

Post a Comment