Wednesday, July 4, 2012

TheRawFoodFamily...Wow amazing!

Ya Allah...kalau tanya saya, memang saya tak mampu nak jadi diorang ni. Hidup hanya bergantung dengan makan sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan bijirin sahaja. Dah 10 tahun jugak dia amalkan diet makan sayuran dan buah serta bijirin tanpa dimasak-mentah. Mungkin idea itula terciptanya nama family diorang ni.

Cuba korang search www.therawfoodfamily.com and tengok betapa berjayanya misi Encik Ka Sundance ni travel around the world dengan wife and anak2 dia yang comel2 masyallah. Tapi pada saya tahla macam kesian sebab tengok dari raut wajah anak2nya, wajah dia dan isterinya tu macam kurang sesuatu pastu macam lapar je rupanya. Yelah kalau asik makan sayur je kenyangnye sekejap jela.

Tapi Allah ciptakan sumber makanan untuk kita banyak dan kita patut mensyukurinya dan explore semua rezeki tu. Allah tak zalim dan setiap yang diciptanya ada keperluan dan kebaikan masing2. He made all these thing for reason! Kita sebagai manusia janganla pelahap sangat kan. Cuma bersederhana dan jangan berlebih-lebihan tu yang jadi penyakit tu.

Yang menariknya tentang Ka Sundance ni, since mereka ni semua makan veggies je so personality dia tu saya tengok lemah lembut dan penyayang, ceria. Percaya tak saya katakan "You, is what you eat" . Cane? Yela sayur-sayur kan satu ciptaan Allah yang lembut yang ceria dan berkhasiat faham tak? kalau contoh daging babi tu, cuba tengok sikap pemakannya? atau generasi yang suka sangat makan fast food sekarang ni. Semua benda dia nak cepat, nak shortcut!

Anyway saya memang penggemar tegar sayur-sayuran hijau tapi saya tidaklah nak join club dia ni cuma kita be selective. Kalau yang baik tu kita follow. Buat masa ni saya memang follow mereka ni. Saya sayangkan family ni cuma berharap kalau mereka ni dapat convert ke Islam mungkin boleh jadi muslim yang baik huhuhu. Banyak sebenarnya nak cerita tapi takpala apa kata korang pulak explore video2 diorang kat Youtube. Taip je therawfoodfamily ha keluarlah video2 tu hehehe.




No comments:

Post a Comment