Friday, July 6, 2012

Cita-cita Nak Jadi Apa? Anak Bujang Mama Dah 4 Bulan Semalam hohoho

Semua parent pun mesti teringinkan anak masing2 jadi orang yang berguna lebih2 lagi kalau anak tu engineer, doktor, Arkitek ke kan..sejuk perut mak bersalinkan dia..tapi kalau yang jadi lain sejuk gak perut mak ha kena ingat tu...it's ok sepatutnya kita tak boleh stress kan anak2 dengan meletakkan harapan yang tinggi. Supportla anak-anak tu selagi dia tak buat yang tak baikla kan. Pada saya kalau anak tak masuk universiti tak beerti anak saya tu tak bagus srba serbi ye tak. Jom kita share info sikit!

JANGAN SEDIH KALAU ANAK KITA TAK PANDAI DALAM PELAJARAN DIA MUNGKIN PANDAI BIDANG LAIN CONTOHNYA:

1. Pandai bab bela haiwan ataupun bercucuk tanam.
Dia boleh jadi penternak atau petani berjaya = usahawan berjaya (banyak duit oo).

2. Pandai bercakap/petah.
Didik dia supaya dia boleh jadi pengacara fofular esok! hehehe Seriously cuba hantar kelas bahasa. Boleh cari makan sebagai translator. Tak payah lain dah. Belajar bahasa je.

3. Suka berfashion.
Masukkan kelas menjahit. Sekarang budak2 pun dah pandai pergi butik and i've seen a lot of young designer buka butik cute miut dgn baju2 terang diorang and then jual kat online. Banggalah tengok diorang ni pandai buat duit.

4. Suka bergambar dan ambil gambar.
Belikan kamera cap ayam, latih dia jadi photographer. Buat duit hohoho. (asyik duit je mama ni heheh)

5. Suka melukis/ lukis cartoon ke/lukis dinding- erk! ya rabbi anak mama..tunggu masa je tu hehehe.
Jangan marah tapi challenge dia untuk buat satu watak cartoon yang belom ada lagi. Dah besar sok buat komik sendiri.Contoh kartunis ujang dengan watak ujang dia.

6.Suka pada muzik.
Pilihkan instrumen mana yang kita MAMPU (penting nih!) dan dia pun suka. Masukkan proper class. Mana tahu dia boleh cipta lagu nasyid yang merdu sok! By the way itupun boleh jadi future career untuk dia.

Eh banyak lagilah Cik mat Cik Odah oii..kalau nak di senaraikan. Jangan kita sedih atau tension sangat jika anak kurang minat atau menyerlah pendidikannya. Be positive! (Ingatkan diri sendiri jugak ni).

Saya sendiri pun akan pilih salah satu diatas andai kata anak saya minat. Tapi saya suka kalau anak saya jadi doktor macam doktor yang sambut dia kat hospital selayang; Dr Gibran. Segak dan bijak doktornya. Kerja doktor ni mulia kerana menolong orang yang sakit dan memerlukan. Saya suka sangat tengok dr2 praktikal masa kat Hospital selayang aritu, muda2 dan baik2 belaka. Memang nampak sinar kedoktorannya. Tapi apapun whatever he wants to be except yang xelok (minta dijauhkan ya Allah) saya akan terima dan sokong. I dont want him stress because of us as a parent tapi asalkan dia gembira, sihat dan soleh syukur dah kepada Allah.

Nak jadi apa ye besar nanti?


No comments:

Post a Comment