Wednesday, December 30, 2015

MULBERRY MALAYSIA : FEELING OVERSEA^^

 Last weekend balik kampung.
Tak sangka pokok mulberi yang my dad tanam dah besar.
Tak berapa perasan selama ni buah dia dah penuh.
Sebab terlindung dengan pokok manga la, pokok buah nona la.
Rupanya my mom siap buat stok jem mulberry lagi.
Homemade jem memang sangat sedap yum!!
Rasa fresh buah tu memang ori.
 
So I pun pergila petik sendiri.
Nak buat stok juga untuk rumah I hehehe..
Makk Oiii banyaknya buah.
Yang hitam yang merah.
Ya Allah tak tahu nak mula kat mana.
Dapat satu raga penuh.
Tapi yang kat picture bawah ni balance je.
Kena cukai dengan Qimy and husband. (Grrr petik malas!!)
 
Nasib nyamuk je dengan ada la ulat-ulat kecik.
Kalau tidak dapat lagi banyak.
Hari pun dah nak senja.
Tengah hari tadi kau syok sangat tido kan maya huh!!
 
Senang je nak buat jem.
Mulberi
( can add other fruits like strawberry, mango)if u wish.
Gula
Kayu manis
Sedikit air
Sukatan : agak-agakla ye.
Mine: 2 mug air
 
Cara memasak:
Campur air kedalam blender berisi mulberi tu.
Kisar (halus atau kasar ; terpulang pada you all)
Kalau nak rasa makan jem tu sambil gigit buah jangan kisar semua. Asingkan sedikit.
 
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Api yang sederhana.
Sekali sekala kacau supaya masak sekata dan tak berkerak
dibahagian bawah dan tepi periuk.
Jika cairan semakin berkurangan, masukkan gula.
Kacau perlahan-lahan.
Ambil masa jugak nak bagi betul-betul airnya kering dan mulberi masak.
 
I've got trick to share.
My mom cakap kalau nak bentuk macam jem yag kat pasaraya tu
kita letaklah sedikit gelatin to get the jelly look.
I have no gelatin in my hand tapi I ada Sumi Jelly si Qimy.
So I put about three sumi jelly. Then walahh!!
 
Jadi kau!!! Bijak! bijak! hehehe.
Kejap lagi nak call my mom.
Kecohlah nak share idea I yang menjadi ni hahaha.
 
 
Banyak ni je yang tinggal. Yang hitam habis
kena sapu.
 
This morning terus buat toasted bread makan sama
mulberry jam homemade kelas kau!! :)

3 comments: