Saturday, January 31, 2015

SHARING EXPERIENCE : PENGALAMAN MAKAN SET BERSALIN SALINDAH (PART 1)

Assalamualaikum,
Ok I belum boleh sahkan yang I ni pregnant.
Selagi tak buat pregnancy test and check up doctor,
selagi tula tak boleh nak happy sangat...

Tapi tadi kelmarin sajalah blogwalking blog Kak Engku Bidan Bersalin
nak check tanda-tanda kehamilan kheeennn..
sambil tu semak pulak dekat set-set bersalin yang Kak Engku promo.
Dekat ruangan set bersalin Salindah tu banyak no pertanyaan tentang set ni.

Kebetulan mak memang mengambil set salindah ni masa mengandungkan Qimy.
Kelakarnya bos pulak excited bila dapat tahu I pregnant masa tu.
Teruslah sponsor RM200 (lain tambah sendiri lah hehehe)
untuk beli Salindah ni.
Empat orang anak dia semua wife dia makan set ni.
Dia cakap senang bersalin, sakit bersalin kurang, anak bijak,
lepas lahir antibody anak kuat bla..bla..bla..
Boleh pergi website SALINDAH.COM  dia and uolls boleh baca info kat situ.

I memang kenal sangatlah dengan wife dengan anak-anak dia ni.
Yelah bos pun bukan orang lain, pak usu sendiri hehehe.
So dari pemerhatian tentang kelebihan salindah ni, memang itulah manfaat yang diorang dapat.

So, I pun teruja banget nak cuba kan.
So far Alhamdulillah..
Banyak orang tanya kak engku, boleh ke makan 4 serangkai (yang doctor bagi).
Kak engku just jawab better rujuk doktor dulu. Yelah karang main cakap ye kang anything
happen tak pasal-pasal nanti sebab lain orang lain penerimaan badannya.
Adakala mak2 ok dengan set itu, adakala mak2 tak ok set ini...ha macam tula.

Tapi kat blog I ni I said ikut pengalaman I..
Yes.. I makan je ubat serangkai tu without fail together with salindah.
So far ok.

 I suka sangat vit C dia yang kaler putih, kecik je tapi masam bukan main berkerut-kerut dahi.
Yang itu memang power. Kalau rasa nak selsema atau badan macam nak demam
terus makan tu sebiji dua ( suka hati I jekan hehehe).
Alhamdulillah selsema tak jadi. Betul. I memang takda selsema, batuk or demam waktu ni.

So far makan, Alhamdulillah takda komplikasi.
Kalau weekly check up tu tak pernahlah ada masalah sangkut mana-mana.
Baby pun sihat je elok. Except masa nak hampir bersalin,
dia mengada-ngada sikit, songsang pulak, then refer hospital, eh baby besar pulak,
eh kena check darah kot diabetic (walhal sepanjang pregnant check darah tak pernah detect diabetic
ataupun kena minum gula..pastu last2 elektif cezer sebab baby besar, maknye kecik conet hehehe.

Orang kata makan Salindah ni baby besar..tapi tak tahula nak cakap.
My baby memang besar pun 3.55kg.

Memang kalau kita tanya doktor diorang memang tak galakkan.
I tak pernah tanya pun, mana baik tergerak I amiklah.
Tapi yang empat serangkai tu memang elok.
We all adik-beradik my mom memang tak pernah skip apa yang doktor beri.
Sebab tu dia selalu pesan, jangan skip. Memang we all adik-beradik jarang sakit.

Ada sesetengah tu mak tak kasi takut baby besarlah, ubat spital tak eloklah.
Please mom out there, ubat tu semua elok untuk you and anak dalam kandungan tu.
My mom Alhamdulillah we all semua keluar normal except yang ke-10 tu cezer.
Tpi that time umur dia dah lewat, dah 46 tahun pulak tu.
Memang doktor terus suruh ikat lah. That's my mom, anak tak ikut pun jejak dia anak ramai hehehe.

Ok cukuplah sampai sini panjang sangat boring plak baca.
Nanti kita sambung part2 ok.

Cuma my opinion and advice jugak, apa pun jenis set yang you all consume and also 4 serangkai tu,
always start with doa first to Allah. Minta Allah jadikannya sebagai penawar dan penguat untuk kita dan baby. Itu je yang I amalkan insyaallah smooth dan ceria je pregnant journey kita.

TO BE CONTINUED...

No comments:

Post a Comment