Selasa, 5 September 2017

SHARING EXPERIENCE : PENGALAMAN MAKAN SET BERSALIN SALINDAH (ANAK KEDUA)

Sambil scroll back post-post lama, baru teringat I tak share lagi
my experience makan set bersalin ni untuk kali kedua.

Alhamdulillah!!
Kali kedua ni I just beli loose tapi still order dekat en Ibrahim atau
moms can order from his website www.salindah.com .
Cuma untuk selepas bersalin I beli satu set lah.
Reason I beli loose sebab tak nak repeat mistake yang lepas.
I tak makan pun B5 dan B6 which cost you about RM64 jugak.
Another reason I rasa kali kedua ni pun I bersalin secara ceaserean jugak.
Memang sangat kuat perasaan tu walaupun that time dah buka 5cm tapi
sebab almost berjam-jam dan jam lamanya I tak tahan terus minta operation.
Lagipun we all dah consult dengan doctor sebelum tu, memang nak choose elektif ceaser.
Ok apa pun selamat Alhamdulillah.. dah besar pun dia dah nak masuk 2 tahun.
Again I tak skip ubat hospital, just jarakkan masa pengambilan.

So ok, semasa mengandung, I memang ambil set ni.
Alhamdulillah my journey sama je semasa mengandung yang pertama.
Tiada alahan morning sickness ke apa, tiada mengidam melampau,
cuma this time around, I tak sentuh langsung soya.
Tempe tu selalu makan tapi kalau tauhu goreng tu sekali sekala je.
Alhamdulillah Mawar lahir takda pun allergic susu ke protin ke macam abang dia.

Like past, I tak berapa suka sangat minum susu. Suka minuman sejuk (No ice)
Maksud I minuman from filter ataupun yang sejuk from fridge.
So my choice sama ada chocolate milk atau lots of green veggies for calcium :)
I lebihkan sayur dan pemakanan seimbang, banyak makan ikan =)
Simpul biawak pun jarang ada, eh ada ke tak ye (tak ingat). Memang sangat jarang.

Dari segi mood, I ok takda drama, takda emosi celaru ke, all went smooth.
Kalau perangai Mawar moody ke suka buat perangai ke haa itu from husband,
dia yang banyak perangai during my pregnancy.

Satu je masalah I, apa diabetes during pregnancy? ha itu je.
Yang ni tak tahulah memang datang tak boleh elak. Makanlah Salaindah ke apa hehehe
Darah ke apa ke semua ok. Alhamdulillah.
Kalau you ada diabetes memang wajib diet.
Ala follow je nasihat doktor insyaallah takdalah masalah.
I paling suka kalau makan capati tu kuah dal lebih.
Yang ini memang diet untuk yang ada diabetes hehehehe.

After 5 hours delivery you kena makan L8 ( 1 biji setiap 1 jam)
Yang ini memang I rasa sangat.
Badan jadi bertenaga sihat dan bacaan tekanan darah pun ok.
Sebab tu selepas dah buka kantung kencing tu I dah boleh bergerak pergi bilik air.
Mommy lain macam kagum je hehehe...
Anak kedua with same method patutlah dah berpengalaman kan.
So I bagi semangat kat diorang, jangan terbaring je, lambat baik nanti...perlahan-lahan ok :)

Sentuh bab mood, rasa happy, rasa segar.
Biasalah lepas bersalinkan kita macam stresskan mungkin sakit dan sebagainya.
Sebenarnya kalau nak cepat pulih untuk yang operation kita kena cepat bergerak.
Itu memang nurse dan doktor yang pesan.
Bayangkan 2 hari I dah boleh discharge =)

Makan makanan hospital pun takda masalah.
Disebabkan taknak repeat mistake lepas, kalini chicken breast gedabak tu relax je I habiskan.
Dah anak kedua ni I malas nak susahkan my mom, I makan je makanan hospital.
This time no more ikan kembung, I dapat ikan kerisi ha bolehlah makan tak gatal.
Fokus nak tambah susu badan je. Alhamdulillah ok, best sangat.
Mawar pulak memang pandai je menyusu. Now she still on brestfeed.
(Nak stop pun tak tahu macam mana ni hehehehe, I dah letih ni huhuhu)

So far my journey with Salindah is what I can say is beautiful journey overall.
Luka jahitan pun cepat kering.
Walaupun I belum dapat peluang lagi berurut until now, tiada masalah saraf
atau sakit pinggang melampau ke apa ke. Sihat Alhamdulillah.
Memang nak berurut jugak ni sebab rasa tak selesa ditambah pulak masalah peranakan ni hemm
Cuma bab makan tu I terlepas pandang adalah sekali dua bentan.
Tapi no worries, tumbuk bawang putih dan campur air suam sikit minum.
Insyaallah bentan serta-merta hilang.

Apa nak buat kalau tak habis?
Kebiasaannya B1-B3 memang banyak.
Kalau kita makan ikut dari bulan mengandung yang disyorkan rasanya baki takdalah banyak.
Tapi kalau kita mula lambat itu yang ada lebih.
Time I dulu I continue je maksudnya ok lepas makan set bersalin kira jarak 2 jam
I akan makan ikut dos macam biasa. So tiada pembaziran.
Mistake lepas, I buang je huhu sayang membazir.
So far ok sebab ini rumusan homopathi dan kalau you all pergi kat website kat atas ni
ada antaranya elok untuk saraf dan sebagainya. Boleh baca maklumat lanjut disitu.
Kadang-kadang set bersalin dah habis, I still continue mana part yang tak habis :)
Yang paling best adalah L11 (macam tonik herba) kira jamu dalam bentuk cecair.
Rasanya sedap, ada rasa herba dan manis madu.
Kalau tak suka jamu tapi yang ni mesti you all tak menolak.
Insyaallah ianya tak efek baby dan penyusuan.
Badan rasa segar, muka glowing dan ceria.
Boleh stop seandainya baby cirit-birit yang teruk.
My experience baby ok takda masalah.

Adik mawar ni macam abang dialah, bijak mudah faham, tak banyak ragam
tapi garang..tipikal adik perempuan hehehehe
Banyak cakap, emmm..tak pasti lagi sebab tak banyak sangat macam abang dia.
Kalau pot pet macam abang jugak mahu tercabutla telinga mama papa hahahaha
Oh lupa nak bagitahu both my children takda jaundis atau 'kuning' atau hypoglisemia.
Sebab I kan gestational diabetes, so alhamdulillah both children pass blood test and so on.
I pun tak pasti efek pengambilan Salindah atau factor darah I ke atau factor lain.
But other than that I memang tak makan benda masam contohnya mangga muda.
I tak makan jeruk. Bukan sebab pantang tapi memang tak berapa gemar hehehe.
Lagi satu ujian Hypoglisemia pun ok.

Alhamdulillah my kids now takdalah sakit serius, kalau penyakit 3 serangkai tu adalah tapi takdalah kerap mana, cuma lately moms memang kena dapatkan vit c, kelapa dara etc. untuk anak-anak.
Virus menular dah tak ikut musim macam dulu-dulu huhuhu.

So panjang lebarnya lahaiiii..
Itu jelah sedikit perkongsian.
Thank you kepada yang sudi baca :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan