Rabu, 20 September 2017

BAGAIMANA NAK BAGI ANAK BERPISAH DENGAN GADJET: CARA SAYA

Dah macam penyakit kan...
Anak-anak kalau dapat je handphone mama, papa haishh
boleh bergaduh dia adik-beradik siapa nak main dulu.
Seriously memang sangat rimas!!!
Hendaknya yang kecil si Mawar pun dah pandai mintak.."mama pon"
Lepastu dah pandai berebut dengan abang.
I pun dilemma sangat. Tak bagi kang kadang-kadang penyelemat of the day pulak.
Contoh pergi kenduri ke macam nak bagi dua beradik ni diam duduk elok-elok.

I dengan husband kadang-kadang fikir , berbincang macam mana nak settle.
Benda ni kadang-kadang mengganggu sangat when you are busy using the phone
untuk kerja and they are all busy sreaming and crying for the phone.
Yang kecil tu mama didieee mama didieee ayyoooo...

Alhamdulillah si abang dah well I will say he can survive without gadget like 90% maybe.
Sebab???

Hehehehe....
I channelled his interest to something more interesting.

1) Put interest in collectible toys. Not necessarily expensive.

contoh: Telur hehehe...what telur?? ala ada jual kat kedai or pasar malam. Karakter ultraman atau monster or superhero kat dalam sebiji telur tu. One egg cost you about RM5-7.

contoh: Lego to be exact the Ninjago. So dia prefer yang ini. Boleh tahanla untuk satu karakter satu box  cost you about RM4.50-5.00. Normally suitable for age 5 above tapi since 4 years I dah biasakan. Of course with my supervision. Memang dia tak pandai pasang especially nak ikut manual step-by-step baca pun tak pandai kan. Indirectly I will have my moments with him together. Papa normally tak layan sangat. Leceh and dia tak tahan sabar. Yela benda-benda parts tu kecil-kecil hehehe. I jenis yang boleh sabar. Recently I beli Ninjago yang advance sikit. Parts lagi banyak cost you about Rm15 per box. Tapi sangat puas hati. Kali ni dia sama-sama buat. The best part is dia siap tukar-tukar parts tu jadi benda lain pulak hehehe. Memang boleh buat sel berhubung hahaha.

2) Activities like diy's-projek

contoh: another collectible item is hotwheels. Bosan dengan track sama I akan ajak dia buat track sendiri. Banyakkan tutorial kat youtube. Get his hands-on dekat projek tu. Make him responsible untuk jayakan projek tu. Again, I yang involve buat dengan dia.

3) Playing together
Yes ajak bermain bersama. Terbaru ni kan Sukan Sea. So I belikan set badminton plastic tu. Tak mahal pun dalam RM12 macamtu. Seronok dia main. Lupa dah handphone ke apa hehehehe. Kalau dengan papa tu main lawan-lawan jela hehehe.

Ok dalam pada kita bermain bersama anak-anak, kita selit sedikit tentang tak bagusnya kalau kita melayan handphone or tab sahaja. Bagi dia sebab dan ajak dia berfikir bersama. Bukan tak bagus gadget tu tapi kena ada timing. Sekali sekala. Jangan terlalu lama sebab this and that. Contonhnya I akan cakap mata kita bukan robot boleh tahan. Kalau tak rehatkan mata, lama-lama kita akan rabun atau buta sebab paksa mata untuk lihat. Dia akan faham percayalah.

Actually when your kid dah masuk school, masa senggang dia tak lama pun, tolak waktu makan, solat selang-seli tengok kartun kat TV 1 jam lebih je sebab pukul 10 dah kena masuk tidur.
I sekarang ni tengah pening ni. Anak dara I jenis tak minat sangat mainan. Kalau main masak-masak tu pun sekejap je dia dah boring. Asyik berkepit je (still breastfeed) atau now..mama fon didi..rimas!!! Umur 2 tahun...kalau tak dapat merengek..haishh.

Dia lain sikit la tak macam abang dia. Tapi tak bermakna I dah give-up. No.
I mesti akan cari solution. Kalau boleh biar dia rasa kalau pegang fon tu tak fun pada dia.

Memang mom akan penat and tiada masa langsung untuk FBs atau nak bersosial di media kan..tapi it's really pay off. Biarlah orang cakap..haa manjakan anak dengan mainan. It's not about mainan, it's about time we spend together. Masa tu sel-sel berhubung.

Tapi I takdalah 24 hour mainan saja. Aktiviti qimy kalau sebelum tidur tu I akan latih dia hafal surah-surah lazim. Just 3-5 min. Alhamdulillah dah sampai surah Al-Fil. Ini pun moment together. No handphone or gadget in the middle to put them sleep. Lagipun tengok handphone dalam gelap tak bagus...rosak mata. Well Moms outhere good luck...whatever cara pun janji matlamat tercapai. Bukan nak totally put aside gadget tapi kita kurangkan. :)

Budak sekarang memang I puji tak takut gadget memang berani nak handle. Kita dulu masa kekecik kalau kelas computer takut sangat tersalah tekan button hahahaha. Terbaikkk!!!

hai la anak^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan