Rabu, 20 September 2017

BAGAIMANA NAK BAGI ANAK BERPISAH DENGAN GADJET: CARA SAYA

Dah macam penyakit kan...
Anak-anak kalau dapat je handphone mama, papa haishh
boleh bergaduh dia adik-beradik siapa nak main dulu.
Seriously memang sangat rimas!!!
Hendaknya yang kecil si Mawar pun dah pandai mintak.."mama pon"
Lepastu dah pandai berebut dengan abang.
I pun dilemma sangat. Tak bagi kang kadang-kadang penyelemat of the day pulak.
Contoh pergi kenduri ke macam nak bagi dua beradik ni diam duduk elok-elok.

I dengan husband kadang-kadang fikir , berbincang macam mana nak settle.
Benda ni kadang-kadang mengganggu sangat when you are busy using the phone
untuk kerja and they are all busy sreaming and crying for the phone.
Yang kecil tu mama didieee mama didieee ayyoooo...

Alhamdulillah si abang dah well I will say he can survive without gadget like 90% maybe.
Sebab???

Hehehehe....
I channelled his interest to something more interesting.

1) Put interest in collectible toys. Not necessarily expensive.

contoh: Telur hehehe...what telur?? ala ada jual kat kedai or pasar malam. Karakter ultraman atau monster or superhero kat dalam sebiji telur tu. One egg cost you about RM5-7.

contoh: Lego to be exact the Ninjago. So dia prefer yang ini. Boleh tahanla untuk satu karakter satu box  cost you about RM4.50-5.00. Normally suitable for age 5 above tapi since 4 years I dah biasakan. Of course with my supervision. Memang dia tak pandai pasang especially nak ikut manual step-by-step baca pun tak pandai kan. Indirectly I will have my moments with him together. Papa normally tak layan sangat. Leceh and dia tak tahan sabar. Yela benda-benda parts tu kecil-kecil hehehe. I jenis yang boleh sabar. Recently I beli Ninjago yang advance sikit. Parts lagi banyak cost you about Rm15 per box. Tapi sangat puas hati. Kali ni dia sama-sama buat. The best part is dia siap tukar-tukar parts tu jadi benda lain pulak hehehe. Memang boleh buat sel berhubung hahaha.

2) Activities like diy's-projek

contoh: another collectible item is hotwheels. Bosan dengan track sama I akan ajak dia buat track sendiri. Banyakkan tutorial kat youtube. Get his hands-on dekat projek tu. Make him responsible untuk jayakan projek tu. Again, I yang involve buat dengan dia.

3) Playing together
Yes ajak bermain bersama. Terbaru ni kan Sukan Sea. So I belikan set badminton plastic tu. Tak mahal pun dalam RM12 macamtu. Seronok dia main. Lupa dah handphone ke apa hehehehe. Kalau dengan papa tu main lawan-lawan jela hehehe.

Ok dalam pada kita bermain bersama anak-anak, kita selit sedikit tentang tak bagusnya kalau kita melayan handphone or tab sahaja. Bagi dia sebab dan ajak dia berfikir bersama. Bukan tak bagus gadget tu tapi kena ada timing. Sekali sekala. Jangan terlalu lama sebab this and that. Contonhnya I akan cakap mata kita bukan robot boleh tahan. Kalau tak rehatkan mata, lama-lama kita akan rabun atau buta sebab paksa mata untuk lihat. Dia akan faham percayalah.

Actually when your kid dah masuk school, masa senggang dia tak lama pun, tolak waktu makan, solat selang-seli tengok kartun kat TV 1 jam lebih je sebab pukul 10 dah kena masuk tidur.
I sekarang ni tengah pening ni. Anak dara I jenis tak minat sangat mainan. Kalau main masak-masak tu pun sekejap je dia dah boring. Asyik berkepit je (still breastfeed) atau now..mama fon didi..rimas!!! Umur 2 tahun...kalau tak dapat merengek..haishh.

Dia lain sikit la tak macam abang dia. Tapi tak bermakna I dah give-up. No.
I mesti akan cari solution. Kalau boleh biar dia rasa kalau pegang fon tu tak fun pada dia.

Memang mom akan penat and tiada masa langsung untuk FBs atau nak bersosial di media kan..tapi it's really pay off. Biarlah orang cakap..haa manjakan anak dengan mainan. It's not about mainan, it's about time we spend together. Masa tu sel-sel berhubung.

Tapi I takdalah 24 hour mainan saja. Aktiviti qimy kalau sebelum tidur tu I akan latih dia hafal surah-surah lazim. Just 3-5 min. Alhamdulillah dah sampai surah Al-Fil. Ini pun moment together. No handphone or gadget in the middle to put them sleep. Lagipun tengok handphone dalam gelap tak bagus...rosak mata. Well Moms outhere good luck...whatever cara pun janji matlamat tercapai. Bukan nak totally put aside gadget tapi kita kurangkan. :)

Budak sekarang memang I puji tak takut gadget memang berani nak handle. Kita dulu masa kekecik kalau kelas computer takut sangat tersalah tekan button hahahaha. Terbaikkk!!!

hai la anak^^


Isnin, 11 September 2017

GERAM BENCI JIJIK : KES HARUAN MAKAN ANAK

Nak sebut pun jijik benci!!
Inilah akhir zaman.
Dah lebih teruk dari binatang.
Binatang pun pilih pasangan yang dewasa.

Bapak, abang, datuk bapa saudara...ya Allah apa nak jadi korang ni.
Nauzubillahiminzalik!!!
Ya Allah Kau selamatkanlah kami dari gangguan syaiton yang menghalakan kami
ke jalan dosa-dosa besar. Jauhkanlah kami dari sumbang mahram dan maksiat durjana ini aamiin.

Apalah nasib anak-anak yang jadi mangsa apatah lagi pelakunya adalah bapa sendiri.

I rasa sejak adanya handphone dengan kemudahan kita melayari internet, video dan sebagainya,
memang tidak syak inilah antara punca-punca utama kejadian sebegini.
Ditambah dengan kurangnya didikan agama. Masyaallah dunia dah nak kiamat ni.

My husband punya pendapat pula, sebab lain maybe ada segelintir isteri yang malas dah nak layan
keperluan suami. Semua sebok facebook, instagram, sibuk dengan bisness, kerja etc.
I don't know maybe ada kebenaran.
Biasalah lelaki mesti tak sikit banyak nak salahkan perempuan.
I tetap salahkan kemodenan dan kurangnya keimanan dan didikan agama seseorang.
Yela dah banyak sangat tengok video porno, mudah je zaman sekarang ni.
Yang muda share dekat yang tua.
Kalau I, hukuman mati je, sebelum tu siksa dulu...
Geram betul. Rosak masa depan anak-anak tu.
Lebih trauma pelakunya keluarga sendiri, yang sepatutnya dipercayai.

Zaman sekarang tak boleh percaya.
Lelaki atau perempuan anak itu tetap terdedah dengan bahaya.
Sial!!! (guys sorry for the word...geram!)
Single mother tu kalau boleh bela lah anak sendiri especially perempuan.
Insyaallah ada rezeki. Jangan takut dengan rezki Allah.
I know masalah yang dihadapi tapi zaman sekarang ni kita tak tahu.

I sangat setuju kata menteri untuk educate anak-anak supaya mereka BOLEH melakukan sesuatu dan perlu educate bahawa perbuatan sebegitu salah. I think it's time. Tapi I sendiri pun buntu how to start, where should I start. Biar yang berpengalaman mengkajinya.
But for now, setiap kali solat, doa sebanyak-banyak doa kepada Allah. Itu je yang tak henti-henti I buat. Ya Allah selamatkanlah kami dari dosa-dosa akhir zaman.

Dulu heboh pasal dera anak.
Dera sampai mati. Kau tu patut mati!!!

Selasa, 5 September 2017

SHARING EXPERIENCE : PENGALAMAN MAKAN SET BERSALIN SALINDAH (ANAK KEDUA)

Sambil scroll back post-post lama, baru teringat I tak share lagi
my experience makan set bersalin ni untuk kali kedua.

Alhamdulillah!!
Kali kedua ni I just beli loose tapi still order dekat en Ibrahim atau
moms can order from his website www.salindah.com .
Cuma untuk selepas bersalin I beli satu set lah.
Reason I beli loose sebab tak nak repeat mistake yang lepas.
I tak makan pun B5 dan B6 which cost you about RM64 jugak.
Another reason I rasa kali kedua ni pun I bersalin secara ceaserean jugak.
Memang sangat kuat perasaan tu walaupun that time dah buka 5cm tapi
sebab almost berjam-jam dan jam lamanya I tak tahan terus minta operation.
Lagipun we all dah consult dengan doctor sebelum tu, memang nak choose elektif ceaser.
Ok apa pun selamat Alhamdulillah.. dah besar pun dia dah nak masuk 2 tahun.
Again I tak skip ubat hospital, just jarakkan masa pengambilan.

So ok, semasa mengandung, I memang ambil set ni.
Alhamdulillah my journey sama je semasa mengandung yang pertama.
Tiada alahan morning sickness ke apa, tiada mengidam melampau,
cuma this time around, I tak sentuh langsung soya.
Tempe tu selalu makan tapi kalau tauhu goreng tu sekali sekala je.
Alhamdulillah Mawar lahir takda pun allergic susu ke protin ke macam abang dia.

Like past, I tak berapa suka sangat minum susu. Suka minuman sejuk (No ice)
Maksud I minuman from filter ataupun yang sejuk from fridge.
So my choice sama ada chocolate milk atau lots of green veggies for calcium :)
I lebihkan sayur dan pemakanan seimbang, banyak makan ikan =)
Simpul biawak pun jarang ada, eh ada ke tak ye (tak ingat). Memang sangat jarang.

Dari segi mood, I ok takda drama, takda emosi celaru ke, all went smooth.
Kalau perangai Mawar moody ke suka buat perangai ke haa itu from husband,
dia yang banyak perangai during my pregnancy.

Satu je masalah I, apa diabetes during pregnancy? ha itu je.
Yang ni tak tahulah memang datang tak boleh elak. Makanlah Salaindah ke apa hehehe
Darah ke apa ke semua ok. Alhamdulillah.
Kalau you ada diabetes memang wajib diet.
Ala follow je nasihat doktor insyaallah takdalah masalah.
I paling suka kalau makan capati tu kuah dal lebih.
Yang ini memang diet untuk yang ada diabetes hehehehe.

After 5 hours delivery you kena makan L8 ( 1 biji setiap 1 jam)
Yang ini memang I rasa sangat.
Badan jadi bertenaga sihat dan bacaan tekanan darah pun ok.
Sebab tu selepas dah buka kantung kencing tu I dah boleh bergerak pergi bilik air.
Mommy lain macam kagum je hehehe...
Anak kedua with same method patutlah dah berpengalaman kan.
So I bagi semangat kat diorang, jangan terbaring je, lambat baik nanti...perlahan-lahan ok :)

Sentuh bab mood, rasa happy, rasa segar.
Biasalah lepas bersalinkan kita macam stresskan mungkin sakit dan sebagainya.
Sebenarnya kalau nak cepat pulih untuk yang operation kita kena cepat bergerak.
Itu memang nurse dan doktor yang pesan.
Bayangkan 2 hari I dah boleh discharge =)

Makan makanan hospital pun takda masalah.
Disebabkan taknak repeat mistake lepas, kalini chicken breast gedabak tu relax je I habiskan.
Dah anak kedua ni I malas nak susahkan my mom, I makan je makanan hospital.
This time no more ikan kembung, I dapat ikan kerisi ha bolehlah makan tak gatal.
Fokus nak tambah susu badan je. Alhamdulillah ok, best sangat.
Mawar pulak memang pandai je menyusu. Now she still on brestfeed.
(Nak stop pun tak tahu macam mana ni hehehehe, I dah letih ni huhuhu)

So far my journey with Salindah is what I can say is beautiful journey overall.
Luka jahitan pun cepat kering.
Walaupun I belum dapat peluang lagi berurut until now, tiada masalah saraf
atau sakit pinggang melampau ke apa ke. Sihat Alhamdulillah.
Memang nak berurut jugak ni sebab rasa tak selesa ditambah pulak masalah peranakan ni hemm
Cuma bab makan tu I terlepas pandang adalah sekali dua bentan.
Tapi no worries, tumbuk bawang putih dan campur air suam sikit minum.
Insyaallah bentan serta-merta hilang.

Apa nak buat kalau tak habis?
Kebiasaannya B1-B3 memang banyak.
Kalau kita makan ikut dari bulan mengandung yang disyorkan rasanya baki takdalah banyak.
Tapi kalau kita mula lambat itu yang ada lebih.
Time I dulu I continue je maksudnya ok lepas makan set bersalin kira jarak 2 jam
I akan makan ikut dos macam biasa. So tiada pembaziran.
Mistake lepas, I buang je huhu sayang membazir.
So far ok sebab ini rumusan homopathi dan kalau you all pergi kat website kat atas ni
ada antaranya elok untuk saraf dan sebagainya. Boleh baca maklumat lanjut disitu.
Kadang-kadang set bersalin dah habis, I still continue mana part yang tak habis :)
Yang paling best adalah L11 (macam tonik herba) kira jamu dalam bentuk cecair.
Rasanya sedap, ada rasa herba dan manis madu.
Kalau tak suka jamu tapi yang ni mesti you all tak menolak.
Insyaallah ianya tak efek baby dan penyusuan.
Badan rasa segar, muka glowing dan ceria.
Boleh stop seandainya baby cirit-birit yang teruk.
My experience baby ok takda masalah.

Adik mawar ni macam abang dialah, bijak mudah faham, tak banyak ragam
tapi garang..tipikal adik perempuan hehehehe
Banyak cakap, emmm..tak pasti lagi sebab tak banyak sangat macam abang dia.
Kalau pot pet macam abang jugak mahu tercabutla telinga mama papa hahahaha
Oh lupa nak bagitahu both my children takda jaundis atau 'kuning' atau hypoglisemia.
Sebab I kan gestational diabetes, so alhamdulillah both children pass blood test and so on.
I pun tak pasti efek pengambilan Salindah atau factor darah I ke atau factor lain.
But other than that I memang tak makan benda masam contohnya mangga muda.
I tak makan jeruk. Bukan sebab pantang tapi memang tak berapa gemar hehehe.
Lagi satu ujian Hypoglisemia pun ok.

Alhamdulillah my kids now takdalah sakit serius, kalau penyakit 3 serangkai tu adalah tapi takdalah kerap mana, cuma lately moms memang kena dapatkan vit c, kelapa dara etc. untuk anak-anak.
Virus menular dah tak ikut musim macam dulu-dulu huhuhu.

So panjang lebarnya lahaiiii..
Itu jelah sedikit perkongsian.
Thank you kepada yang sudi baca :)