Isnin, 7 Ogos 2017

PERANAKAN JATUH (CESAREAN) : SHARING EXPERIENCE

Assalamualaikum. ☺

Semalam terungkailah persoalan.
Badan lesu, cepat penat, sakit belakang pinggang,
Susah nak bangun pagi, tapak kaki sakit, selalu mengantuk,
period ambil masa lama berhari-hari..STRESS sangat!!
Kalau dibiar boleh jadi merbahaya.

Bersalin secara pembedahan pun rahim boleh jatuh?
Anak dara pun boleh inikan pula mak dara hehehe
Kata kuncinya wanita tidak digalakkan buat kerja berat, angkat barang berat
macam mana ye..berat yang sangat beratlah dan perbuatan yang kerap berat-berat ni hehehe..

I cakap dengan my sister, adik I ni pandai sikit
bab-bab kewanitaan, herba, urut-mengurut
and macam ada six sense la boleh tengok, rasa..
Dia cakap tengok muka I pon dah tahu.
Dia tengok muka I jatuh. APA!!

So kita sama-sama pergi tengok cermin then..
ye betul sebelah pipi dan dagu kiri macam jatuh sikit.
Kiri kanan muka I tak sama.
Kalau dia tak cakap, I tak perasan pun.
Lepas tu dia buat urutan naik seri ( urutan naikkan tulang pipi)
Mak aiii sakit kot meletop2 urat..banyak urat dah kembang dan keras.
Tu yang sakit bila diurut. So ok muka dah rata hehehe.
Itu antara tanda halus la peranakan kita jatuh. Muka tak berseri!
Rasanya yg pandai tengok je boleh agak.

My sister pun pandai buat urut sengkak.
Urutan sengkak ni adalah urutan dari bahagian ari-ari dimana jari jemari
ditekan dalam-dalam atas permukaan ari-ari dan dengan satu hala
ditolak ke atas bahagian perut dan pusat kita.
Actually adalah teknik dia sebelum tu.
Kita urut begitu untuk naikkan peranakan semula ke kedudukan asal

MISTAKE happened!!
Bulan 9 ni baru masuk dua tahun parut luka ceasarean I.
Masa dia buat tu memang ada rasa sengal dan perit macam kulit kat ari-ari tu rasa nak tersiat.
Letak minyak konon nak bagi permukaan licin dan tak kesat.
Tapi rupanya tak boleh juga. I tak tahan sakit, suruh dia stop.
Then rasa pedih-pedih gatal kat tempat potong belah kanan.
I cuba tengok..emm semacam stretching, atau slight tear kt tempat jahit tu..dalam 3cm gitu,
lepas tu ada pecah darah sikit la. So far ok, takda pendarahan pun. Terus cari minyak gamat :)
Terus stop urut. Bayangkan parut dah nak masuk dua tahun pun still belum pulih sepenuhnya.
Pergghh terkejut beb!! Perasaan dah panik aduhh terkoyak ke apa ni,
mujur hati kata relax nothing happen...sikit je ni. ok lagi hehehe...fewhh!!

So kepada yang bersalin macam I,
kalau nak buat sengkak tu better 3-4 tahun baru buatlah.
Atau tak payah buat dulu. My sister cakap bertungku jelah.
Bertungku sambil urut batu tu dari ari-ari bawak naik ke atas.
Adalah dua teknik senaman dia ajar untuk pelihara rahim dan peranakan wanita.
Peranakan I jatuh ni sebab angkat berat dan mendukung si Mawar dendut tu hehehe.
Ikutkan wanita bersalin secara ceaserean pantang angkat benda berat,
buat kerja berat-berat...dukung anak selalu, banyak berdiri pun tidak digalakkan.

My mom suruh cari air gamat.
Aduuhh nak telan air gamat lagi.
Tak tahan betul, rasa macam minum air laut argghh!! hehehe.

Insyaallah tengah 'road tu succes' ni.
Start malam ni I nak cuba bertungku and nak tengok hasil macam mana.
I akan update from time to time.

Meanwhile nak cuba cari supplemen kacip Fatima keluaran UTM, Malaysia tu.
I dengar bagus produk tu untuk wanita. Sebelum ni try jamu mak dara tapi
macam tak serasi dengan I. So kita tengok result produk UTM ni pulak.
Insyaallah doakan ye :)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan