Rabu, 9 Ogos 2017

PENAWAR BATUK DAN SELSEMA : REMEDI SEMULAJADI

Aduuuuuuuuhaiiiiiiii...

Panjang betul mengaduh kali ini.
Letih sebenarnya.
Baru je anak-anak baik. Eh terkena balik.
Memang terukla zaman sekarang ni.
Batuk selesema dah tak kira musim dah.
Sentiasa je menyerang. Kita ni jangan lepas vitamin je.

Dah letih dah nak bagi anak-anak ubat.
Last jumpa doctor, I cakap anak-anak susah nak minum ubat.
Then doctor bagi ubat yang all-in-one and untuk satu family terus !!!
Only different dosage. Settle!
Tapi perubahan tu sangatlah sikit.

Baru-baru ni I pun terkena batuk jugak.
Punyalah puas perisai, akhirnya kalah jua.
I pun dah letih nak teguk ubat yang tak sedap tu.

Finally... I jumpa solution.
Kita beli buah oren banyak-banyak buat stok.
Bila ada masa je I potong-potong buah oren makan sama-sama.
I tak buat juice, sebab kat kulit tu pun ada khasiat kan so biar
diorang gigit dan hisap direct oren tu ke mulut.
Alhamdulillah almost everyday before meal kita buat
dah kurang batuk dan selsema. Sakit perut rasa macam takda pulak.
Tapi bagus after that session anak I yang sulong tu mesti nak membuang which is good.
My tonsil pun terus tak sakit dah. Tapi tulah kalau I kurang minum air, makan benda yang panas
dan terminum ais batu kat tepi jalan tu ha siaplah..bengkak balik!!
Ubat-ubat dah tak usik.

Vitamin C dah lama tak beli, asyik tak ingat je.
Tapi buah oren memang tak tinggal.
So oklah ada coverla kat situ.

Satu lagi tips, kalau anak menyusu botol tu, kita kurangkanlah pengambilannya.
Lebihkan buah-buahan,sayur-sayuran, nasi atau sup ayam, ikan, air dan jus.
Kalau breastfeed tu ok tapi mama pun kena pantang makanan juga.
I biasanya akan cari sumber makanan yang kurang menyebabkan lendir dan kahak terhasil.
Air soya paling I elak dan roti-roti, biskut yang terlampau manis,
gula-gula, coklat, kek kalau boleh kurangkan.

Ini pengalaman I sendirilah.
Just sharing :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan