Khamis, 17 Ogos 2017

BAGAIMANA HENDAK KECILKAN KASUT YANG BESAR?

Pernah tak jadi kat korang beli kasut tak muat.
Kalau macam kes I ni, kasut besar longgar.
Biasa kes jadi kalau beli kasut secara onlinelah.
Macam I beli kat ZALORA.
Beli pulak yang memang on sale.

So tiba-tiba saiz tak muat pulak aduuhh...
Nak tukar memang peluang tipislah.
Kaki I ni memang saiz 4 ataupun 35.
Masa order tu memang adalah saiz 35.
Bila tiba dapat kasut sempit kau!

Design dia kat hujung kasut tu yang buat kaki I tak muat.
So bila nak return mintak saiz 36 dah habis, 37 je available.
Daripada rugi, I pilih je saiz 37 which is saiz 6.
Niat nak bagi adik ke or anyone yang fit.

Bila dapat memang alahai lagi 2-3 cm je nak muat.
Like I said, design kasut ni memang agak kecil walaupun saiz 6.
Ke diorang ni salah label hahahaha.
Tiba-tiba terpandang polyfoam member kat ofis.
Dia dapat pun sebab baru terima barang online.
Dia beli lipstick kot, packaging macam beli sekotak perfume hahaha.

So I buatla macam kat bawah.
Gunting ukuran separuh bulatan tetapi biar lebar sikit.
Then letakkan gam UHU atau yang kuat, tampal kat belakang kasut macam I buat ni.

Serius menjadi beb! Happy betul :)
So tak jadilah nak bagi orang kui kui kui.
Dapat jugak pakai kasut idaman hati hehehe.
Sukalah pakai flats yang ada buckle macam ni.

So u all semua boleh cuba ye.
Sebenarnya buuukanlah kecikkan kasut. Potong jahit ke apa.
Tapi lebih kepada nak muatkan kaki yang comel ni
ke kasut yang terlebih besar..besar sikitlah.

Selalunya I pudat je perca kain kat bahagian depan kasut.
Tapi kaki jadi sakit menggerikut aishhh..sakit kuku-kuku.
So cara ni memang bestlah.

Tapi for now macam serik pulak nak beli online.
Sale tu kadang-kadang memanggil sangat!!

gambar tunggang-terbalik kikiki :)

Rabu, 9 Ogos 2017

PENAWAR BATUK DAN SELSEMA : REMEDI SEMULAJADI

Aduuuuuuuuhaiiiiiiii...

Panjang betul mengaduh kali ini.
Letih sebenarnya.
Baru je anak-anak baik. Eh terkena balik.
Memang terukla zaman sekarang ni.
Batuk selesema dah tak kira musim dah.
Sentiasa je menyerang. Kita ni jangan lepas vitamin je.

Dah letih dah nak bagi anak-anak ubat.
Last jumpa doctor, I cakap anak-anak susah nak minum ubat.
Then doctor bagi ubat yang all-in-one and untuk satu family terus !!!
Only different dosage. Settle!
Tapi perubahan tu sangatlah sikit.

Baru-baru ni I pun terkena batuk jugak.
Punyalah puas perisai, akhirnya kalah jua.
I pun dah letih nak teguk ubat yang tak sedap tu.

Finally... I jumpa solution.
Kita beli buah oren banyak-banyak buat stok.
Bila ada masa je I potong-potong buah oren makan sama-sama.
I tak buat juice, sebab kat kulit tu pun ada khasiat kan so biar
diorang gigit dan hisap direct oren tu ke mulut.
Alhamdulillah almost everyday before meal kita buat
dah kurang batuk dan selsema. Sakit perut rasa macam takda pulak.
Tapi bagus after that session anak I yang sulong tu mesti nak membuang which is good.
My tonsil pun terus tak sakit dah. Tapi tulah kalau I kurang minum air, makan benda yang panas
dan terminum ais batu kat tepi jalan tu ha siaplah..bengkak balik!!
Ubat-ubat dah tak usik.

Vitamin C dah lama tak beli, asyik tak ingat je.
Tapi buah oren memang tak tinggal.
So oklah ada coverla kat situ.

Satu lagi tips, kalau anak menyusu botol tu, kita kurangkanlah pengambilannya.
Lebihkan buah-buahan,sayur-sayuran, nasi atau sup ayam, ikan, air dan jus.
Kalau breastfeed tu ok tapi mama pun kena pantang makanan juga.
I biasanya akan cari sumber makanan yang kurang menyebabkan lendir dan kahak terhasil.
Air soya paling I elak dan roti-roti, biskut yang terlampau manis,
gula-gula, coklat, kek kalau boleh kurangkan.

Ini pengalaman I sendirilah.
Just sharing :)

Isnin, 7 Ogos 2017

PERANAKAN JATUH (CESAREAN) : SHARING EXPERIENCE

Assalamualaikum. ☺

Semalam terungkailah persoalan.
Badan lesu, cepat penat, sakit belakang pinggang,
Susah nak bangun pagi, tapak kaki sakit, selalu mengantuk,
period ambil masa lama berhari-hari..STRESS sangat!!
Kalau dibiar boleh jadi merbahaya.

Bersalin secara pembedahan pun rahim boleh jatuh?
Anak dara pun boleh inikan pula mak dara hehehe
Kata kuncinya wanita tidak digalakkan buat kerja berat, angkat barang berat
macam mana ye..berat yang sangat beratlah dan perbuatan yang kerap berat-berat ni hehehe..

I cakap dengan my sister, adik I ni pandai sikit
bab-bab kewanitaan, herba, urut-mengurut
and macam ada six sense la boleh tengok, rasa..
Dia cakap tengok muka I pon dah tahu.
Dia tengok muka I jatuh. APA!!

So kita sama-sama pergi tengok cermin then..
ye betul sebelah pipi dan dagu kiri macam jatuh sikit.
Kiri kanan muka I tak sama.
Kalau dia tak cakap, I tak perasan pun.
Lepas tu dia buat urutan naik seri ( urutan naikkan tulang pipi)
Mak aiii sakit kot meletop2 urat..banyak urat dah kembang dan keras.
Tu yang sakit bila diurut. So ok muka dah rata hehehe.
Itu antara tanda halus la peranakan kita jatuh. Muka tak berseri!
Rasanya yg pandai tengok je boleh agak.

My sister pun pandai buat urut sengkak.
Urutan sengkak ni adalah urutan dari bahagian ari-ari dimana jari jemari
ditekan dalam-dalam atas permukaan ari-ari dan dengan satu hala
ditolak ke atas bahagian perut dan pusat kita.
Actually adalah teknik dia sebelum tu.
Kita urut begitu untuk naikkan peranakan semula ke kedudukan asal

MISTAKE happened!!
Bulan 9 ni baru masuk dua tahun parut luka ceasarean I.
Masa dia buat tu memang ada rasa sengal dan perit macam kulit kat ari-ari tu rasa nak tersiat.
Letak minyak konon nak bagi permukaan licin dan tak kesat.
Tapi rupanya tak boleh juga. I tak tahan sakit, suruh dia stop.
Then rasa pedih-pedih gatal kat tempat potong belah kanan.
I cuba tengok..emm semacam stretching, atau slight tear kt tempat jahit tu..dalam 3cm gitu,
lepas tu ada pecah darah sikit la. So far ok, takda pendarahan pun. Terus cari minyak gamat :)
Terus stop urut. Bayangkan parut dah nak masuk dua tahun pun still belum pulih sepenuhnya.
Pergghh terkejut beb!! Perasaan dah panik aduhh terkoyak ke apa ni,
mujur hati kata relax nothing happen...sikit je ni. ok lagi hehehe...fewhh!!

So kepada yang bersalin macam I,
kalau nak buat sengkak tu better 3-4 tahun baru buatlah.
Atau tak payah buat dulu. My sister cakap bertungku jelah.
Bertungku sambil urut batu tu dari ari-ari bawak naik ke atas.
Adalah dua teknik senaman dia ajar untuk pelihara rahim dan peranakan wanita.
Peranakan I jatuh ni sebab angkat berat dan mendukung si Mawar dendut tu hehehe.
Ikutkan wanita bersalin secara ceaserean pantang angkat benda berat,
buat kerja berat-berat...dukung anak selalu, banyak berdiri pun tidak digalakkan.

My mom suruh cari air gamat.
Aduuhh nak telan air gamat lagi.
Tak tahan betul, rasa macam minum air laut argghh!! hehehe.

Insyaallah tengah 'road tu succes' ni.
Start malam ni I nak cuba bertungku and nak tengok hasil macam mana.
I akan update from time to time.

Meanwhile nak cuba cari supplemen kacip Fatima keluaran UTM, Malaysia tu.
I dengar bagus produk tu untuk wanita. Sebelum ni try jamu mak dara tapi
macam tak serasi dengan I. So kita tengok result produk UTM ni pulak.
Insyaallah doakan ye :)







Jumaat, 4 Ogos 2017

YANG KEDUA : MY DEAREST DAUGHTER : DAH SETAHUN LEBIH PUN^^

Betullah orang kata, kalau anak masuk yang kedua
mom & dad takdalah nak beriya mana.
Mungkin yang kedua lebih disayangi
dari yang pertama tapi dari segi persiapan
menanti kelahirannya tu tidaklah berapa meriah
berbanding yang first.

Semua macam relax sikitla sebab dah berpengalaman.
Abang dia nak masuk setahun pun I dah siap
tulis dalam blog. Ini dah nak masuk 2 tahun bulan 9 ni nanti.

Adik ni lasak dan nakal sikit.
Garang dan kasar. (Aduh risaunya I anak dara ni)
Kadang-kadang I cakap.."adik, awak tu girl, lembutla sikit sayang".

Siapa nak maintain sorang anak tu seriously please plan for number two.
Sebab you akan nampak perbezaan.
Boleh nampak dua perangai, dua akal...haish macam2lah.
Memang lucu kadang-kadang tu.

Yang ketiga..? Aduh! Hati tu teringin.
Tapi seriously penatnya nak layan dua kerenah ni.
Especially when you are working woman.

Balik rumah bukan boleh rehat.
Terus capai sudip periuk semua hehehe..
Tapi dalam hati happy and redha.
We asked for it, and Allah gave to us.

So buatlah kerana Allah taala.
Jika menyusul yang ketiga, I redha terima je.
Rezeki jangan ditolak. Berdoa dan tawakkal
semoga dapat jadi parents yang terbaik untuk anak-anak.
Insyaallah kalau ada yang ketiga, I think I must resign.
Pertama, kos pengasuh bertambah.
Kerja-kerja rumah bertambah.
Bila mama dapat rehat??
I wish I can..heavennya kalau dapat jadi suri rumah.
Lagi heaven kalau dapat pulak jana pendapatan dekat rumah je.