Tuesday, October 1, 2013

SPAGETTI ALA-ALA CARBONARA^^

Ala-ala je.

Sebab apa i kata ala2 ye, sebab i tak letak kuning telur and cheese atau krim tapi replace dengan susu kotak dutchlady full cream sikit just nak feeling- feeling itali giteuww.

Masakan ni campak- campak je sebab dah teringin sangat2. Sambil2 tu kira dinner untuk anak bujang yang cerewet tu. Alhamdulillah suka dia makan.
Mudah je nak buat. Tumiskan bawang putih bersama udang, salt and pepper (wajib tak tinggal ni kalau chef2 mat saleh ni) then tumis sampai golden color. Sambil2 tu sebelum goreng tadi dah patut rebus pasta..so elok2 dah perang bawang masukkan udang. Mine was with skin sebab husband dia x bagi kupas kulit atau kepala udang. Hilang manis katanya.

So by the time udang pun dah masak and sebati masukkanlah pasta tadi and cedok la sikit air pasta tu nak bagi lembap- lembab sikit kan. Then masukkan sayur bayam (yang ni pun tambah sebab wajib kena ada sayur) Bila semua dah sebati, perasakan lagi mana yang kurang then masukkan susu. Kacau2 lebih kurang...siaplah spagetti ala-ala carbonara.



No comments:

Post a Comment