Jumaat, 10 November 2017

BAGAIMANA NAK HILANGKAN SAKIT SELEPAS CABUT GIGI-PART 2

AAADOILAAAAHH... :( :(

Sakitnya gigi selepas cabut ni.
Dah 15 hari gigi masih terasa sengal dan sakit.
Tapi hari yang ke-16 ni rasa kurang sikit dan gusi semakin bertaut.
Actually hari yang ke-16 ni  nak pergi jumpa doctor gigi tu semula.
Sebab rasa macam ada gigi tak habis cabut.
Tapi rasa dah makin ok kot..
Entahlah...

Sebenarnya nak cerita macam mana hadapi hari-hari yang sakit tu.
Ini kira macam throwback la kan.
Mana tahu ada antara you all yang hadapi macam I can do what I did
to reduce the pain...sakit kalau dah menyerang tak hilang beb!

Macam-macam I buat untuk kurangkan sakit.
Kemam Listerin few seconds, berkumur air sejuk, air suam,
berus gusi yang sengal secara lembut, letak minyak angin pada gusi.
eh!....so many tricks I did! Memang melegakan tapi tak lasting..sat je dah sakitttt balik.

Last sekali I teringat few years back I cabut gigi di klinik yang sama.
Pada masa tu gigi I dicabut oleh seorang doctor wanita berbangsa singh.
Doktor tu agak berusia dan cara dia cabut gigi tu memang sangat berbeza.

Firstly, cara dia bius tak sakit langsung. Biasanya doctor akan bius sekali diluar gusi
dan sekali didalam gusi (yang ni gila sakit!).
Tapi doktor ni cara dia lain sangat. Dia bius sikit2 area sekeliling gigi yang nak dicabut.
Tak silap I dalam 4 tempat dia bius. My case masa tu dia minta permission untuk belah
sikit gusi I sebab gigi terpatah x dapat cabut habis.
Lastly dia macam masukkan sesuatu macam serat warna coklat kat dalam gusi
I yang dah berlubang tu.

Well semasa bius masih ada memang tak rasa apalah.
So bila dah dekat rumah, bius pun dah hilang, I check tengok gusi I dipenuhi dengan serat tu.
I usik dengan lidah and rasa macam cengkih tau.

source from : Google^^
Tapi memang gigi dan gusi takdalah berapa sakit. Benda serat tu memang ada je kat dalam lubang
and dia akan hilang sikit-sikit sekali waktu kita makan atau minum.
Habis je benda tu dalam gusi I maka dengan serentaklah gusi pun bertaut. No pain at all!!

So I pun terfikir mungkin benda macam cengkih ni boleh kurangkan sakit gusi berlubang atau yang dibelah. Memang doctor ada belah sikit gusi I sebab susah nak cabut gigi kekal ni.

I pun cepat-cepat ambil cengkih dan tumbuk sampai lumat. Then I letak sampai rata cengkih tu ke dalam gusi. Masyaallah..ianya memang berkesan. Makan minum pun jadi selesa sangat.
Sakit berkurangan dan hampir tiada, tidur pun tak terganggu.
Bila dah kurang and hilang cengkih tu, I sumbat balik.
Sensasi berangin dan sedikit kebas-kebas tu yang buatkan kita selesa sebab dah tak sakit.

Itulah perbezaan doctor yang lama dan berpengalaman. Kebiasaan doctor bubuh kapas je untuk tahan darah. Sadly masa I nak cabut tu I tanyalah doctor singh tu ada tak? Rupanya dah pencen huaaaa...
Tu yang jadi lagu ni hehehehe.