Jumaat, 28 Julai 2017

LAMA MENYEPI...ADIK NAN BONGSU LAMA DAH PERGI :(

Lama tak berblogging.
Makan tahun kot.
Macam-macam hal kehidupan berlaku.
Termasuklah pemergian adik paling bongsu
pergi meninggalkan kami.
Tinggallah 9 beradik dari 10 adik-beradik.

Di saat-saat akhir kehidupannya, sering sahaja
membuatkan kami geram, marah seolah tahu dia akan pergi,
seolah mahu dirinya dibenci dan tak mahu dirindui,
seolah tahu dirinya nak pergi.

Dia penghidap jantung berlubang dan banyak komplikasi lain.
Saat umur hanya beberapa hari menginjak 15 tahun,
dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Tanggal 25/03/2017 Ashu pergi.

Dia koma semalaman sebelum arwah meninggal.
Dan dengan persetujuan, mama menolak cadangan
terakhir doctor untuk tebuk leher arwah.
Mungkin itu usaha terakhir seandainya mama mahu.

Tapi ibu mana hendak melihat anaknya siksa.
Dah cukup seksa adik kami ini bertarung.
Kami sangka dia gastrik dan terkena kencing kotor.
Dalam masa dua minggu dia tak selera makan.
Cuma sehari sebelum arwah pergi.
Tiba-tiba sihat. Dia makan apa dia nak.
Dia buat rutin biasa dia yang sentiasa peramah sambil "round2" naik basikal.
Ronda satu taman. Semua yang dia kenal di sapanya.
Semua jiran2 yang tahu yang kenal, happy sebab dia dah sihat.
Dia makan satu biji manga muda yang baba tanam!
Mama masa tu lega..ashu dah sihat.
Rupanya itulah moment terakhir dia.
Keesokkannya dia koma dan pergi..semudah itu.
Syukur bahagian nya mudah..dari mandi sehingga ke liang lahad..mudah.

Adik kami, kami yang mandi dan uruskan.
(Ayong, kaklang, kakteh, Teyi, Mak ena) untung ashu.
Aib ashu kakak2 awak jagakan.
Mama hanya mampu melihat dan mengusap sikit-sikit. Tak mampu katanya.
Ibu manalah tak longlai melihat sekujur anak yang pernah dikandung
pergi meninggalkannya. Saat wuduk kami biar mama yang buatkan.

Kebetulan ketua yang mandikan jenazah tak dapat hadir. Hanya pembantu sahaja yang ada.
Kami nekad sama-sama sambil belajar. Sehabis lembut kami lakukan.
Rezeki kami dan adik.
Tak terasa pun saat itu dia dah pergi.
Seolah-olah memandikan dia saat dia kecil dahulu.
Begitula perasaannya kerana raut wajahnya begitu berseri dan nampak seperti dia tidur sahaja.
Rasa kasih sayang pada adik diterjemahkan dengan
lembutnya, berhati-hatinya membersih dan memandikan dia.

Kubur arwah juga dibawah naungan pokok.
Terusik hati ini betapa Allah sayangkan dia, Ashu memang tak tahan panas,
disebabkan penyakitnya dia cepat je rasa panas dan berpeluh.

Kini, bila terkenang, saat mata tak boleh lena,
terbayang dan rindu sangat padanya.

Tapi seolah-olah wajahnya yang kali terakhir kami pandang siap manis
bertelekung itulah yang kami nampak dalam pandangan kami.
Pandangan yang memandang...

Seolah-olah dia melambai dengan kepala disengetkan kekanan sambil
jarinya menunjuk symbol "peace" dan tersenyum manis.
Itulah adik kami, semasa hidupnya dari kecil hingga dewasa,
dalam sakit dia seorang yang ceria, kadangkala tak tahu yang dia tu sakit,
paling gelap tapi bila senyum dan bergambar sangat fotogenik.
Tapi paling mudah sentap!! Ashu...ashu...
kadang2 kakak abang yang lain suka mengusik :)

Kini semua tinggal kenangan.
Yang tinggal hanyalah gambar2 dan video saat dia kecil dan besar.
Tapi hairan, saat ku rindu nak dengar suaranya, satu voicenote pun takda.
Puas cari di whatsapp.
Biasalah yang sulong memang sangat rapat dengan yang bongsu.
Kalau balik kampung, belum sempat mama bercerita,
gossip dah sampai ke telinga.
Dia akan menyempil kat kita dan mulalah pot pet pot pet.
Itulah kenangan yang tersemat diingatan.

Hanya pandangan itulah yang pujuk hati ini.
Hanya pandangan yang terakhir itulah penguat hati ini.
Penguat mengatakan dia sihat, tenang di sisi Allah.
Allah yang jaga dia. Dia bersama atuk nenek dan moyangnya.
Dia tak keseorangan. Itulah penguat. Kalau nak diikutkan, rasa lemah lutut ni.
Acapkali kala teringat..."eh adik aku dah takda..Ya Allah...
Hanya Engkau Maha Mengetahui rindunya aku pada adik bongsuku.

Alfatihah buat Ashu..
Ayong sayang sangat ashu.
Ashu doakan kesejahteraan kita sekeluarga.
Ashulah wakil keluarga kita disana.
Insyaallah akhirat kelak kita berjumpa.

Hari Raya terakhir bersama arwah 2016

Ashu & Imy^^


 



Manja baba^^

 
 
Love you so much^^