Khamis, 5 Mac 2015

ANAK MAMA DAH 3 TAHUN^^

Gambar saje blurry kan
barula nampak glowyy kih kih kih perasan!!
 


Alhamdulillah syukur...
Aqimy Ezekiel Bin Mohd Fadilah.
Sihat budaknya.
Cerdik dan BANYAK CAKAP!!

Pengalaman 3 tahun membesarkan kamu..
waduh-waduh capek sekali TAPI!!

Mama and papa gembira sangat.
Kamulah pendamai tika mama and papa
berselisih faham..elok2 mama muncung
terus tergelak tersongeh tengok akal kamu.

Elok2 papa muncung lagi sedepa dari mama,
dan-dan papa sengeh control hensem kalih muka dari mama,
terus tak jadi merajuk hehehe...



Macam-macam pengalaman baru dengan kamu.
Menjelang nak masuk 3 tahun ni, haishhhh hari-hari mama urut dada..
Hari-hari jugak papa ko membebel..ada je nak dibebelkan hehehe...
saborrrr bebanyak ye..

Mama ngan papa akan terus mendoakan Qimy
semoga terus jadi anak yang yang soleh, anak yang hebat
dunia dan akhirat. Hebat tu bukan bermakna Qimy tu gah,
so boleh pijak kepala orang, tak payah hormat orang..
No!!
Hebat bermakna kamu ni jadi hamba Allah yang baik, bijak
menilai ilmu dan kehidupan, cemerlang dalam ilmu, kerjaya
dan kehidupan kamu, sentiasa merendah diri, hormat mama papa
dan orang yang lebih tua, jangan sombong bongkak, jika berada diatas
janganla memandang lekeh orang dibawah..
eh kalau mama nak senaraikan memangla panjang....

Terlalu indah pengalaman bersama kamu.
Tak tergambar rasanya dek kata-kata.
Terima kasih Ya Allah untuk hadiah ini.
Terima kasih Ya Allah anak ini masih diberi
nikmat kehidupanMu, moga dengan
umurnya kini, maka dia lebih bersedia menghadapi cabaran yang serba baru dalam
kehidupannya.

ANAK MAMA!!!
Selamat Hari lahir sayang ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan