Eh tetiba jadi blog mak-mak pulak hehehe..
Ohhh tak-tak ini blog rojak..apa benda pun boleh sembang hahaha..!
Ok dah janji nak buat part 2 kan
(sila jangan mengantuk baca hik hik hik)
Sapa yang minat jela baca ye :)
Ok first nak bagitahu, Salindah ni produk homeopati.
Siapa yang biasa dengan ubat butir macam gula-gula je mesti tahu keberkesanan dia.
Mana yang tak yakin mesti cakap, berkesan ke? Macam makan sweets je hehehe.
Ok kalau nak tahu homeopati tu apa boleh singgah kat blog ni:
Dr Zulkarnain Sulaiman-apa itu homeopathy?
So basically Salindah ini juga hasil rumusan teknik homeopati oleh pengasasnya ; Allahyarham Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang ternama di Malaysia. Hah! Tarik nafas hehehe...
I pun asalnya macam tak yakin, tapi tengok mak sedara makan, kawan2 pun ada yang ambil,
itu yang datang keyakinan nak mencuba. Alhamdulillah sesuai dengan badan.
Ok refer kat rajah bawah ni ye kelebihan makan produk Salindah. I print screen je ni :)
Yang ini pakej sebelum bersalin^^ |
Yang ini pakej selepas bersalin^^ |
Pengalaman sendiri: Apa rasa?
Produk diambil sewaktu kandungan 3 bln sehinggalah tarikh bersalin. Memandangkan I elektif cezer, so I skip B5 and B6. (sayang masa ni dah beli satu set, so macam rugi)
1. Sepanjang pregnant cergas, bertenaga dan tak mudah letih. I even cooked dinner everyday after work without fail :). Masa ni umur 32.
2. Kaki tak mudah kena simpul biawak, kalau ada pun cepat lega.
3. Badan sihat dan tak pernah ada masalah bilangkali check up di klinik.
4. Pemakanan ok, tak mudah rasa loya atau muntah yang melampau, maintain makanan seimbang, Alhamdulillah tak overweight atau kurang makan :).
5. Baby aktif bergerak.
6. Emosi terkawal. Perasaan ketika hamil; time cucuk ke amik darah ke sampai nak bersalin sehingga waktu hendak masuk OT, I semacam relaks, happy, tak murung walaupun tahu nak kena operate..okla masa nak admitted siap lenggang kangkung lagi berjalan tinggalkan my mom ngn husband few step kat belakang hahaha..hati dan jiwa tenang Alhamdulillah.
7. Emosi terkawal. I jarang nak moody atau merajuk dengan husband atau mengidam melampau. Kalau tak dapat yang diidam I just skip. I semacam can tolerate my emotion ha gitu.
Selepas bersalin: Apa rasa?
1. Alhamdulillah my operation went smooth and steady brader!
2. Baby besar dah keluar..my baby senyap sunyi tido dalam ketenangan hehehe..tension jugak sebab nak dengar suara dia and dia taknak bangun menyusu. Haishh selesa benar hang noh!
3. Baby sihat, tiada kuning and tulang temulang dia kuat. Kalau usia sebulan tu dah tegap dah.
4. Badan I tak letih sangat malah cergas.
5. Semasa pantang dan selepas habis pantang mood ceria dan bertenaga semula.
6. Semasa dalam pantang dan seterusnya, qimy jarang sangat meragam. Memang waktu malam takdalah drama air mata sebab tak boleh tido hehehe. Dia cuma ekk sikitla kalau nak susu.
7. So far qimy dah nak masuk 3 tahun ni dia seorang budak yang ceria dan tak banyak masalah. Dia jarang demam, batuk atau selsema. Senang faham apa yang kita ajar atau kita tak benarkan :)
Setakat ni itu sajalah yang I boleh ingat. Salindah claim bayi-bayi Salindah ni jarang jatuh sakit, bijak, petah bercakap, kulit cantik, ceria. So far tanya kawan2, tengok testimony..Alhamdulillah macam tulah. Tapi jangan fikir pulak anak uolls yang tak amik Salindah ni sebaliknya. No, ini semua hasil penerimaan badan masing2 dan doa dia pada Allah atas keyakinan produk ni.
Tapi my side tang kulit qimy takdalah cantik mana pasal mama cerah papa dia golap hehehe so macam pinggang ke kaki tu gelap sikit. Tangan, bahagian dada ke muka cerah sikit hehehe. Cuma masa baby dia kurang dapat ruam. Kulit pun bersih je.
Ala nenek-nenek kita dulu elok je lahirkan doctor, engineer, guru, wartawan ha macam-macam lagi ok je. Kita ni orang kata berevolusi. Seiring dengan perkembangan manusia dan teknologi mana yang tidak menyimpang tidak salah kita menggunakannya. Jika ada lebihan wang bolehlah cuba. My mom dulupun mana ada ini semua. Dia just maintain ubat hospital and makanan seimbang Alhamdulillah kami adik beradik sihat. Cuma yang paling last tu ada komplikasi jantung sikit. Mungkin usia my mom dah cecah 46 tahun masa tu. Patutla doctor kata memang risiko tinggi mengandung pada usia yang lewat 40-an. Apa pun ini semua rezeki kan.
Insyaallah, I pun tengah tunggu rezeki Allah ni, mudah-mudahan adalah tahun ni amen. Lepas ni akan makan juga produk Salindah. Yelah abg dia makan takkan adik pulak tak makan kan. Tak fair pulak. Tapi kali ni mungkin akan cari yang loose sahaja untuk sebelum dan beli set untuk selepas bersalin, sebab takut nanti cezer jugak kan dah rugi lagi beli set.
Well umur by now dah 35 tahun, emm...macam mana pulak penerimaan badan I masa makan Salindah ni. How is my pregnant journey? Aduuh risau yelah orang kata semakin berumur tenaga pun makin berkurangan huhuhu...
Whoaa!! Panjang betul..silakan baca siapa yang sudi hehehe :) semoga bermanfaat.
Boleh juga order di kedai online rasmi www.myorder.com.my
BalasPadamBoleh juga order di kedai online rasmi www.myorder.com.my
BalasPadamlawat blog rasmi www.salindah.com.my
BalasPadamCuba lawat web rasmi www.edaransalindah.com.my
BalasPadamBoleh beli Examo & Salindah dari web rasmi ini:
BalasPadamhttp://www.edaransalindah.com.my/product-category/pakej-istimewa/
Set Salindah Original
BalasPadamBoleh order online dari web rasmi:
BalasPadamwww.edaransalindah.com.my
u pun takde la cerah..macam husband you jgk.
BalasPadam