Selasa, 9 Julai 2013

SAHUR PERTAMA NAK MASAK APA YE^^

Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah. Aku dan keluarga masih diberi rahmat dan peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini pada tahun ini 2013.

Jadinya, esok dah puasa so kena bangunlah pukul 4.30 pagi nanti macam biasa! Masak sahur dan menu Qimy untuk hantar pengasuh.

So! Macam dua tahun lepaslah (dah jadi bini orang hik! hik!) bermulalah jadual harianku memasak juadah berbuka dan bersahur. Aduhai..bila sentuh bab sahur, teringat kalau kat kampung..mama kejutkan semua orang, tadaaaa...semua dah terhidang, tinggal cuci air liur basi kat muka tu je ko ..adapun tolong2 buat air je huhu...dah berkahwin ni, kenalah hadap sensorang..nak harap suami emmhhh bertuah dia nak bangun pepagi tu..

Kalau bab berbuka tu tak rasa sangat sebab dah biasa balik kerja mesti akan masak. Tapi kalau tak sempat atau letih sangat, beli bungkus2 je sudah. Tak boleh buat selalu, muncung suami nanti hahaha..(ala bukan apa muncung sebab makanan kat luar tak kena tekak sangat pehtu $$$ pun satu hal gak hehehe..abistu barang2 kering dan basah tu nak buat koleksi tengok je ke katanya!) Amboi!! gurau kasar nampak? hemmmm...itulah lumrah berkeluarga kan..kalau tak sanggup tak payahlah berumahtangga, buat pintu je hehehe bak kata mama, macamtuuuuulah mama^^ panjang betul tuuuu nya tu hehehe.

Takda apa yang berubah tahun ni kecuali tahun ni nak kena berperang dengan Qimylah. Dah pandai nak join setable dengan papa mama, nak tercekik rasa nasi kat tekak bila dia dok jerit suruh angkat dia. Aduuhhaiii lemas perut mama ni tau Qimy! Kalau dulu tak pandai apa lagi dok meniarap je...amanlah sikit, la ni dah bujang ho ho ho ...So menghadaplah nak berbuka sok, sepinggan nasi dan sudu kuah taruk atas! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan