Sambil makan malam dengan hubby malam tadi, tetiba dia pun berceritalah tentang rakan sekerja dia yang cita-citanya nak kawin satu lagi. Abg komen apa kat dia? Emm abg cakap satu je, mat...apa masalah ko ni, anak dah dua, apa yang x puas lagi...ko pikirlah masak2..aku takut esok2 skrg ni bini sorang ko pakai Alza, esok2 bini dah dua, tayar Alza pun ko tak mampu beli.." Terdiam kawan dia dengan muka yang cuak hehehe...
Tulah kawan dia ni pun bukanlah kaya mana pun, kerja pun sederhana sebab tu la laki ku kata macam tu. Kalau mampu tak apa la kan. Kesiankan kat isteri, penat2lah bekerja, nak jaga anak2 suami lagi, last2 senyap2 laki ada awek pulak..sambil2 tu aku pun menyelitlah satu dua ayat bernas mudah2han memberi kesedaran pada suami aku ni jugak.
Ada satu dialog pendek yang kelakar je bile ingat balik antara aku dan suami hehehe :
Abg kawin lagi satu boleh yang? Hah! kawin lagi satu? Hemm sia-sialah! Apa yang sia-sianya dapat kawan baru tak nak? (eeiii...sakiiit hati aku mendengarnya) Tapi dengan selamba sambil gelak2 aku jawab, bukan abg sia-sia, tapi bini abg nilah yang rasanya hidup dia sia2 berkorban habiskan masa dengan orang yang salah rupanya..janji nak sehidup semati..kan semua "se" (satu) je kat situ mana ada hidup2 mati2 ye tak hehehe..(ahh..aku psiko dia balik) kami pun tergleka2lah laki bini, teruslah hilang sakat dia nak kawin dua hehehe...dia memang suka menyakat aku! (Harap2 sekadar menyakat jelah ye tak cik Jah!)
Aku bukannya bencikan poligami atau anti ke..tidak...kalau ekonominya kukuh, nak tambah zuriat dan isteri pun redha apa salahnya ikut hangpa lah! Tapi ketahuilah wahai suami, isteri kalau dah sayang lebih2 lagi first love waimah tak puas ke, hidup susah ke apa ke, dia tetap akan redha janji suami bahagia..u know reason kadang2 suami ni cari lain sebab tak puas lah, layanan isteri tak baguslah, tak capai klimaks sangatlah, xpandai masaklah (maaflah bahasa kureng sini, tapi professional la ye^^) well... hang ingat isteri puas sangat ke? Fikir kat situ jelah. Dulu susah sama-sama ...bila dah senang eh teringin nak tambah pulak..
Bos aku kata, kalau aku tak benarkan suami kawin lagi satu maknanya aku belum betul2 sayang kat suami. Kalau 100% baru dapat 90% markah jelah. Yeeelah tu bosss...Sebab sayang 100% lah maka aku ni tak boleh nak bermadu. Hari2 selalu ku berdoa mudah-mudahan kami kekal begini hingga dunia akhirat. Aku sedihlah bila bab2 ni. Ya Allah jangan lah Kau uji aku dengan ujian yang ku tak mampu Ya Allah.
Tapi madu-madu out there..please dont get me wrong, aku tak pandang negatif pada kamu dan suami kamu. Cuma aku tak sekuat kamu semua. Hanya yang dipilih Allah sahaja yang akan mampu melaluinya. Mungkin ini laluan untuk kamu dari Allah kan. So redha dan teruskan kehidupan dengan aman dan ceria ye^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan