Jumaat, 15 Februari 2013

PENAWAR BATUK : SCOTTS EMULSION

"Bermain dengan ayah ku rasa bertuah, pulang sebelum hujan, ibu menyatakan kami ada kawan bernama Scott's Emulsion"
Sekarang botol plastik. Dulu-dulu botol kaca^^
Kalau mama beli oren laju je teguk. Kalau yang putih haram nak minum.
Adik-beradik sama je hehehe those days^^
Korang pernah tak dengar lagu iklan Scott ni?
Zaman 90 an tak silap aku tapi benda alah ni dah lama wujud rasanya.
Ingat x entry sebelum ni pasal perang batuk segala...since thatlah batuk ku tak hilang2!

Mulanya ingatkan kena tibi. Tapi check simptom takda yang sangkut pun.
Ahh legalah kan..bukan apa takut menjangkit kat Qimy pulak.
Ikut entry 29th jan tapi sebenarnya awal dari itu maybe dari disember 2012.
See! Lama dah kan..dah 2 bulan lebih ok, dah tahap kena risau..
Apa taknya penat oii batuk kung! kung! kung!
Dah seminggu dah kak jemah terai Scott's Emulsion ni...
Dan HASILNYA!!!! WALAHHH!!!

Suka! Suka! Suka!
Batuk dah makin kurang, kahak pun dah kurang.
Alhamdulillah. Adik yang suggest ni sebab dulu pun dia batuk berbulan- bulan plus ada tibi
tapi yang "mild" punya. Eh ada ekk camtu hehehe..oh yang ini tak berjangkit dia jenis dok
dalam badan tuan yang sakit je! :-) bagus kan hehehe. 
Itupun atas nasihat doktor dia amik Scotts ni sebab bagus untuk increase immune system. Tapi kalau korang beli, kat dalam tu ada info yang boleh dibaca. Nampak tak kat bawah ni?
Kalau tak jelas google sendirilah ye :)
Okla untuk trial belilah botol kecik dulu. Nanti muntah wueekk pulak dah rugi kan. Mula-mula memang nak muntah punya, tapi kalau terus amalkan dah xde rase apa, rasa macam mayonis je. Harga cuma RM6.90 PERISA ORIGINAL TAU! Perisa oren kureng keberkesanannya.
TAK LALU! Memanglah...cuba makan sepotong buah ke, sebiji anggur ke lepas amik Scotts.
Kalau aku, minum sikit Jus Tok Guru nak hilangkan hanyir ikan (haa yang ni pun bagus untuk otak dan batuk)

Den?? Semua telan, nak baik punya pasal!

Scotts ni bagus..google kat thread ramai gak yang dapat pengalaman best bila amalkan.
Saja nak share kat korang mana tahu ada yang serasi kan. Kot ada kat luar sana tu yang dah berbulan-bulan batuk dan dah puas teguk macam2 ubat, bolehlah nak cuba kan.

Tapi sebelum makan doalah sikit, kita ni kan hambaNya, kita tawakkal dan mohon kepada Allah:-
"Ya Allah mudah-mudahan kau jadikanlah Scotts ni penawar batukku, amiin".

Yang ni ramai tak praktikkan. Mungkin ingat nak kena baca doa2 dengan arabnya segala. Kitakan orang melayu. Satu kaum yang Allah jadikan dengan bahasanya. My father told me..always communicate dengan Allah. DIA pencipta kita. Mintalah apa saja dari DIA. Cepat lambat dapat, itu adalah ujian. Sabar dan berserah diri.  ( Ingatkan diri sendiri jugak ni^^ )

Assalamualaikum wbt...salam Jumaat^^

7 ulasan:

  1. kalau mak kite..suruh minum madu untuk hilangkan batuk..hehehe..kita follow sini..macihhh..

    BalasPadam
  2. boleh juga^^ jus tok guru pun boleh baik untuk otak jugak^^

    BalasPadam
  3. kecik2 dulu,lari lintang-pukang bila mak nk bagi bende nih!!!

    BalasPadam
  4. Betul tu kak nina...kalau bagi askrem meluru je xpayah suruh hehehe

    BalasPadam
  5. Muntah telan yg ori tu..

    BalasPadam
  6. Nk citer lagu scott emulsion punya pasal ..gigih mama cari kt google ...
    " Mmg btul lirik mama nyanyi tu " hahha. Mama lahir 1981..ank lhir 2004..

    BalasPadam
  7. Mcm mane nk dptkan video iklan scott emulsion tu ye? tu lagu paling best berbanding lagu2 baru.. try search kt youtube mcm xde je.. ;-)

    BalasPadam