Dapat sikit berilah sikit.
Dapat banyak, berilah banyak.
Itulah prinsip yang aku guna.
Alhamdulillah berkat kehidupanku.
So far so good.
Orang ada kerjaya, duit, tempat tinggal, makan pakai dan kereta.
Aku dan suami pun ada. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Walaupun tidak mewah tapi adalah. Cukup.
Acapkali merasakan keberkatannya mungkin dari rezeki yang diperolehi
dikongsi bersama keluarga, adik-adik dan orang tua. Alhamdulillah sikit sama sikit,
banyak sama banyak. Begitu juga suami, itulah konsep yang diguna pakai untuk keluarganya pula.
Tapi bukan bermakna keluarga ku keluarga mu sindiri tanggunglaa.
Suami isteri kenalah sepakat ye tak! Bantu-membantu.
Just a piece of advise pada adik-adik kat luar sana.
Bila dah bekerja, janganlah lupa menghulur kepada orang tua.
Tak sikit tak banyak, hulurlah. Berkat rezeki mu dik.
Jika ada adik-beradik yang kesusahan, bantulah sedaya yang boleh.
Setiap orang ada rezekinya. Kita takkan tahu balasan Allah kepada kita jika kita
ikhlas membantu sesama keluarga. Dahulukan keluarga barulah rakan sekeliling.
Menolong tu kan amalan yang baik.
Sentiasa juga ingatkan adik2 sendiri yang sedang membesar.
Insyaallah, Allah akan sentiasa permudahkan urusan dan permasalahan kita.
Mood jumaat teringat sangat dekat mama dan baba.
Bila teringat atau asal teringat bila2 masa dimana2 JIKA TERINGAT;
mesti hadiahkan ibu bapa surah alfatihah dan surah 4 kul.
Doakan kesihatan mama baba, kesejahteraan dan kegembiraannya.
Boleh kita nak hadiahkan. Ohh ingat bila mak ayah dah tiada baru nak hadiah.
Waktu mak ayah hidup ni pun kita boleh buat sebenarnya.
JANGAN LOKEK DENGAN ORANG TUA KITA
Salam Jumaat dari MAMA QIMY^^
**Mudah-mudahan anak mama pun macam mama ye. Ya Allah dengarkanlah doaku amiin.
bagus mama qimy...a good piece of advice.
BalasPadam^^...sambil menyambil untuk diri sendiri :)
BalasPadam