Rabu, 26 Disember 2012

MELAYU BANGKITLAH ! !

Bukan isu politik disini.

Pagi-pagi lagi tayar motor suami bocor..(hari2 mak giant naik hehehe)
Pagi-pagi lagi dah kena berjalan kaki sampai jumpa workshop motor...penat mak oii!
Pagi-pagi aku dah sarapan makan roti canai pekena teh tarik satu dengan suami (yang ini aku suke^^)
Bestnya pagi ni sebab masuk lambat sikit (ada alasan kukuh takpa hehehe)

Ye Bangsa MELAYU BANGKITLAH!!

Ada lebih kurang 4 kedai motor dekat-dekat dengan petempatan kami ni yang tuan kedainya adalah melayu dan minang (rumpun melayu juga+sesama islam) bestla kan sebab ada banyak kedai baik motor katanya.

Yang SEDIHNYA takda satu pun kedai-kedai motor TOKEY MELAYU ni yang bukak pada jam 8 pagi kecuali ada satu workshop TOKEY CINA ni yang bukak dan kedainya tersergam dengan motor-motor siap disusun dihadapan kedai. CINA PUN TAHU REZEKI PAGI-PAGI ni ada ong!

Lega dan gembiranya tak tahu nak cakap terus je terkam tokey cina tu hahaha.

Kadang-kadang bila jadi macam ni bengang jugak. Kita nak tolong bangsa sendiri  dah kalau ada kedai melayu tu apa salahnya pergi kesitu, tapi bangsa sendiri taknak tolong diri masing-masing. Lepas tu komplen sana komplen sini. Kita geram tokey-tokey cina ni kaya-kaya belaka, pandai bisneslah, pandai buat duitlah tapi bila terjadi situasi begini...kita pun katalah "...patutla orang melayu susah nak maju dan susah nak kaya" huhuhu sedih.

Kalau takdala kedai cina tu tadi alamat berjanggut jugaklah nak tunggu tokey-tokey besar ni bukak kedai-kedai diorang yang rata-rata pukul 10 baru nak bukak pintunya. Waktu tu kau jangan nak marah pulak tokey cina ni dah kumpul untung pagi-pagi time kau buat air liur basi tak habis-habis!

Emosi pagi tadi sedih bercampur geram.
TETAPI tak semua melayu begitu ye!
Walau apapun pagi tadi benar-benar buat aku insaf dan sedar tentang jika kita malas peluang depan mata pun kita susah nak gapai.

So azam tahun baru 2013 ni kita cubalah buang sifat malas dalam diri kita ni..pelan-pelan kayuh...^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan