Selasa, 4 Disember 2012

Kenapa Anak Boleh Jadi Alah kepada Protein Susu Lembu : Pandangan Saya

Qimy mama nak masuk 9 bulan...

PAGI TADI tengah sibuk-sibuk siapkan bubur Qimy, tiba-tiba nak tahu sangat jika Qimy alah pada protein susu lembu, adakah dia juga akan alah kepada protein lain seperti telur. (Kebetulan sedang buat bubur yang dicampur sedikit telur untuk menu hari ini.). Sudah beberapa kali juga Qimy dihidangkan menu yang ada telur tapi tiada respon alahan. Anyway tetap berjaga-jaga.

Saya terlupa nak copy link info yang dibaca pagi tadi tapi nanti kalau jumpa saya akan updatekan. Menurut sumber tersebut, punca bayi terkena alahan antaranya bayi didedahkan dengan sumber susu lembu (FM) terlalu awal kemungkinan faktor anak alah kepadanya.

SAYA TERKENANG sewaktu mula2 Qimy lahir, susu memang tak keluar dan rasa perit di puting. Hari pertama Qimy lahir dia tidur seharian. Keesokannya dia mula hendak menyusu tetapi susu badan masih tak keluar. Orang kata mungkin sebab melahirkan secara caesarean ianya lambat sedikit atau kurang susu. Saya pun percaya kan "kata orang tu" ditambah dengan kerisauan anak lapar dan tak dapat nak menyusu terus je terfikir untuk beri FM pada anak. Tiada fakta sains pun mengatakan kalau Caesar maka susu kurang. BODOHNYA SAYA!

SAYA TERKENANG... mungkin ini juga antara faktor mengapa anak saya tiba-tiba alah kepada susu lembu sedangkan salah silah kami berdua memang tiada alahan tersebut.

Masa Qimy 4 bulan ada cecair seperti hingus pekat di kedua-dua belah telinga Qimy serta kemerahan dan melecet kadang kala berdarah dipelipat di belakang kedua-dua cuping telinga Qimy. Cecair akan keluar lebih banyak seandainya pada masa itu Qimy ambil susu FM. (waktu ini Qimy menyusu badan dan FM jika susu tak keluar) bodohnya saya tidak perasan perubahan ketika itu tapi mujur selepas berjumpa doktor saya stopkan FM sebab baru tahu. You See!! how important you as a mother untuk lihat perubahan2 pada anak, AMBIL TAHU!

Doktor Qimy pernah beritahu saya kemungkinan disebabkan pemakanan saya semasa mengandung yang sangat-sangat suka minum air soya (saya minum yang pekat jenama V-soy you can imagine how rich the soy is) mungkin salah satu faktor anak dalam kandungan alah kepada susu lembu atau mungkin sistem menghadam protein belum cukup matang. SAYA LEGA. Dia kemudian mencadangkan saya untuk mengambil susu FM cow-based yang tertulis HA sebagai ganti dan tidak menggalakkan susu berasaskan soya sebagai percubaan (memandangkan anak sudah tak mahu minum susu badan at the age of 7 month...hancur hati bile mengenangkan huhu..) alhamdulillah badannya boleh menerima. Saya rasa mungkin alahan Qimy berpunca dek kecuaian saya dan kurangnya maklumat tentang penyusuan pada masa itu. Saya rasa sepanjang mengandung saya banyak juga terbaca tentang info penyusuan tetapi entahlah, as a mother when you are in that critical situation your baby crying so badly and you cannot do anything, panic the milk didn't come out..argghhh!!

TAPI SELEPAS PAGI TADI....

SAYA SEPATUTNYA BERSABAR DAN TERUS BUAT APA YANG PATUT SUPAYA SUSU KELUAR. ITULAH YANG SEPATUTNYA. SAYA TAK PATUT KESIANKAN DIA PADA MASA ITU TAPI TERUS MENCUBA. BIAR MENANGIS DULU JANGAN MENANGIS KEMUDIAN. BENDA DAH BERLAKU MENYESAL PUN TAK GUNA. HANYA ALLAH YANG TAHU BETAPA REMUKNYA HATI SAYA.

Maafkan mama Qimy. Qimy dapat menyusu selama 6 bulan sahaja. Kalau tak dek kerana kasihan mama pada masa itu dah tentu Qimy dapat menyusu 2 tahun (impian setiap ibu). Mama akan cuba yang terbaik untuk anak mama. Mama akan beri makanan berkhasiat demi anak mama.

Entry sedih sikit hari ini. Tapi niat saya luahkan supaya every mother that stumble upon this entry can get some important info based on my experience. LANGKAH BERJAGA-JAGA. Saya cuma nak share dan ingatlah sebagai seorang ibu kita harus tahu kesihatan anak kita. Kita kena tahu makanan dia, susu dia, apa yang dia alah, apa kesan itu dan ini. Jangan main sumbat sahaja. AMBIL TAHU!
Cuma nak sedapkan hati saya fikir mungkin ini dugaan Allah. Saya patut bersyukur kerana alahan Qimy tidaklah seteruk orang lain yang terkena eczema, asthma atau yang lebih serius hingga kematian. Saya bersyukur. Saya juga bersyukur sebab doktor Qimy kata, kemungkinan alahan Qimy akan hilang bila umurnya dah setahun sebab alahannya tidak berapa teruk. Itu adalah kemungkinan yang mungkin pasti. Saya hanya mampu terus berdoa kepada Allah. Walau bagaimanapun saya tetap berjaga-jaga itu janji saya.

TAK MAU SEDIH DAH

Panjangnya...
Alhamdulillah Qimy dah pulih sepenuhnya dari cecair dan melecet sebaik sahaja saya tukar kepada susu FM HA (sekarang Qimy minum NAN Hypoallergenic infant formula).
Sebelum tu tukar pada Enfalac A+ sebab nak murah sikit la kononnya dan fikir Enfalac A+ mesti terbaik...malangnya anak terkena demam, batuk dan selsema tak baik-baik. Rupa-rupanya Qimy alah lagi kerana bayi alah susu lembu ni imun sistemnya lemah sikit jadi memang tak boleh tukar pada susu asal walaupun nampak dia dah sembuh sepenuhnya. Kalau pengalaman alahan anak-anak kalian sama seperti saya, mungkin entry ini boleh jadi pengajaran dan panduan insyaallah.





7 ulasan:

  1. sedih baca entry awk... sy x cukup stok bf bila anak sy dah 4 bln lebih.bg susu dulec.. kena alahan.doktor soh pakai isomil... skang anak sy da start batuk2.kulit dia pun ruam sket2.. ptg ni nak g cari nan HA... sedih sbb awk cite dpt bf anak awk kejap aje... sy berdoa dpt susukan anak smpai 2 thn... mudah2an... amin...
    missy

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai puan..puan dh try pakai filter air cuckoo/atau filter udara cucko? kdg sbb air tu dan habuk dlm umah kite tk nampak..serius kdg bende ni kite tk endahkan tp tu yg punca anak ekzema..sy syorkan pakai..sy NE cuckoo kl ..puan bole wsp utk sy consult apa produk cuckoo terbaik yer...sy ikhlas nak bantu..wsp ler 011-16930576..lgpun mudah keje puan ade pakai penapis air kan tekan aje ..hehe....smoga trus dpt jd ibu trbaik utk anak anak ya puan..

      Padam
  2. Insyaallah saya doakan mudah-mudahan awak dapt menyusukan anak sampai 2 tahun. Batuk2 dan berkahak memang antara efek alahan susu. NAN HA ni susah nak cari, kalau boleh orderla dekat kedai baby macam BABYMANJA..satu lagi just nak share, as baby grow up..kalau awk tgok alahan baby dah kurang dan baby pun makin sihat, bolehlah tukar susu biasa sebab baby kita memerlukan lemak baik untuk membesar :)

    BalasPadam
  3. kita dah cuba yang terbaik kan... :(

    BalasPadam
  4. Bby sy lahir ceasarian, pas bby kuar susu dh ada.malangnya seminggu shj bby directly breastfeed.apa yg sy buat ialah sy wat stock susu.alhamdulillah, sampai skrg ank still minum susu ibunya, kini 11bulan.moga cukup sehingga umur 2thn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalha puan sy pun czer anak 3 org dh..hehe..tp dpt bf alhamdulilah smpai 2 thun ..

      Padam
  5. hai puan semua....puan dh try pakai filter air cuckoo/atau filter udara cucko? kdg sbb air tu dan habuk dlm umah kite tk nampak..serius kdg bende ni kite tk endahkan tp tu yg punca anak ekzema..sy syorkan pakai..sy NE cuckoo kl ..puan bole wsp utk sy consult apa produk cuckoo terbaik yer...sy ikhlas nak bantu..wsp ler 011-16930576..lgpun mudah keje puan ade pakai penapis air kan tekan aje ..hehe....smoga trus dpt jd ibu trbaik utk anak anak ya puan..

    BalasPadam