Jumaat, 8 Februari 2013

JANGAN LOKEK DENGAN IBU BAPA (ORANG TUA KITA)

Dapat sikit berilah sikit.
Dapat banyak, berilah banyak.
Itulah prinsip yang aku guna.
Alhamdulillah berkat kehidupanku.
So far so good.

Orang ada kerjaya, duit, tempat tinggal, makan pakai dan kereta.
Aku dan suami pun ada. Alhamdulillah syukur kepada Allah.
Walaupun tidak mewah tapi adalah. Cukup.
Acapkali merasakan keberkatannya mungkin dari rezeki yang diperolehi
dikongsi bersama keluarga, adik-adik dan orang tua. Alhamdulillah sikit sama sikit,
banyak sama banyak. Begitu juga suami, itulah konsep yang diguna pakai untuk keluarganya pula.
Tapi bukan bermakna keluarga ku keluarga mu sindiri tanggunglaa.
Suami isteri kenalah sepakat ye tak! Bantu-membantu.

Just a piece of advise pada adik-adik kat luar sana.
Bila dah bekerja, janganlah lupa menghulur kepada orang tua.
Tak sikit tak banyak, hulurlah. Berkat rezeki mu dik.
Jika ada adik-beradik yang kesusahan, bantulah sedaya yang boleh.
Setiap orang ada rezekinya. Kita takkan tahu balasan Allah kepada kita jika kita
ikhlas membantu sesama keluarga. Dahulukan keluarga barulah rakan sekeliling.
Menolong tu kan amalan yang baik.

Sentiasa juga ingatkan adik2 sendiri yang sedang membesar.
Insyaallah, Allah akan sentiasa permudahkan urusan dan permasalahan kita.

Mood jumaat teringat sangat dekat mama dan baba.
Bila teringat atau asal teringat bila2 masa dimana2 JIKA TERINGAT;
mesti hadiahkan ibu bapa surah alfatihah dan surah 4 kul.
Doakan kesihatan mama baba, kesejahteraan dan kegembiraannya.
Boleh kita nak hadiahkan. Ohh ingat bila mak ayah dah tiada baru nak hadiah.
Waktu mak ayah hidup ni pun kita boleh buat sebenarnya.

JANGAN LOKEK DENGAN ORANG TUA KITA

Salam Jumaat dari MAMA QIMY^^

**Mudah-mudahan anak mama pun macam mama ye. Ya Allah dengarkanlah doaku amiin.

Rabu, 6 Februari 2013

WORDLESS WEDNESDAY : Nak Jugaaakkkk^^

 
"Habis madu sepah dibuang"
"Habis choco top, vanila ice-creamnya diluekk"
(Eh kata wordless..wordlessla sgt^ ngeh ngeh^)

Selasa, 29 Januari 2013

PERANG BATUK,SELSEMA,TONSIL,DEMAM DATANG LAGI!!

Oh kalau ini semua untuk cas balik badan mama, takpalah...redha jela.
Harap2 papa boleh tolong sikit-sikit malam ni like masak atau kita makan luar jela ^_^
Teringin nak bubur pulak^^

Dua hari lepas Qimy yang demam.
Sian wan ngan atok dapat main2 sekejap je sebab die xde mood
Tapi last night dah ok, suhu pun dah turun normal.
Pehtu turn mama pulak.Mama amik awak punya sakitla ni ye^^

Nak baca sikit info bolehlah klik bawah ni, terjumpa tadi.

KENAPA DEMAM BAIK UNTUK ANDA :NI DEMAM YANG BIASALAH BUKAN YANG SERIOUS

Selasa, 22 Januari 2013

ORANG KAMPUNG KU LAGI KAYA WOOO!!

Terkenang Sejenak...

Mak Jemah kat Sg Manggis, Banting (kampung ni)
Mak jemah : Ah Peng ini bayam berapa ringgit sekilo?
Ah Peng     : Bayam lima tengah (RM5.50) sekilo.
Mak Jemah : Kembong berapa sekilo?
Ah Peng      : Kembong sepuloh tengah (RM10.50)  sekilo.

Haku kat Selayang! Dekat KL kan.. Bandar la! ^_^
Bayam seikat singgit stengah je!! Banyak gile! boleh makan 2 hari (untuk my family jela kan)
Salad romaine  okey! berkuntum-kuntum  2 hengget setengah sepeket, kdg 2 hengget je!
Kalau pergi NSK atau pasar borong pagi2 kadang2 boleh dapat ikan kembong lima hengget je!
Pastu macam2 ADOO!! MORAH plak tu!
SOtong KATAK pernah dengar tak?
OOO yang ini aku suka sebab tak ramai pandai makan..
So harganya murahla. Segar plak tu. Bolehlah sama je.
Sotong ni sekilo enam-tujuh hengget je..Gile tak beli!!!
HAAHAHAH diorang ni lucu la..memangla nama dia katak..tapi nama jela!
Ada sorang akak ni tengok kitorang order kat baiya ni sekilo,
Die tanya aku masak apa sedap ni, macam2la ..sotong kak oi xkan nak rendangkan kot!
Papa Qimy : Psssttt...janganla bagitahu nanti sotong ni naik harga hehehehe
APAKAH ! HAHAHA

Orang kampung barang-barang basah semua kira pakai kilo..beli jangan tak beli!
KAYALAH TEWWW!
Aku kat sini pakai seikat jeh!

Isnin, 21 Januari 2013

Listen! Listen! Listen!

Dah jadi bunch of jokes pulak aku tengok!

Macam biasalah masyarakat kita...
Lihat, dengar, kutuk pastu parody kan..
Siap buat tshirt la bagai (yang ini amik kesempatan buat duit! pandai die!)
Dari yang muda sampai ke tua.

Patut lihat, dengar, comment kalau nak,
PASTU AMBIK IKTIBAR

Pada aku, belajar jela dulu.
Dah habis sok suka hati koranglah.

Makan ni banyak sikit, biar otak tu cerdik ambil, cari peluang,
bukan orang ambik peluang kat kita dek non^^





Jumaat, 18 Januari 2013

RECYCLING : JANGAN KACAU BOLEH TAK!!

Picture from: google search
Kau tengok gambar kat atas tu kau rasa apa yang boleh dibuat?
Tanya aku, macam-macam boleh! Tetiba kepala otak ni jadi bergeliga! Tink! Ideas!
Poyo je bunyi! HAHAHAHA...

Makin berusia ni makin galak pulak semangat nak recycling everything yang aku rasa asal boleh.
Ini semua penangan blogwalking. COOL beb! Idea tak terfikir dek akal seyhh..

Perabot lama nak tukar wajah baru, papan sekeping mintak nyawa tetibe jadi penyeri dinding yang sangat la seninya eh macam2la Joyah! cuba klik sini  http://www.infarrantlycreative.net/

Pastu kepada mak-mak yang suka nak buat parti arijadi anak, nak yg grand look but budget morah pun hado idea dia kat sini. Klik je ni http://www.diyinspired.com/

Bagi dua link ni pun dah cukup untuk korang jumpa lagi lain2 blog yang macam-macam DIY lah!
Lepasni dah tak payahla pergi IKEA untuk dapat hiasan atau perabot yang unik2 sebab dah boleh buat sendiri har! har!har!

Aku?..tanya aku ke? Oh aku idea dah ada..nak buat tu belum..(cit poorah! cakap je lebih)
Janganla judge gitu..sedih i..i bukan cakap kosong je i nak buat TAPI..
Penghalang segala dan kebanyakkan niat suci aku ni..sape lagi kalau tak si papa Qimy!

Recently, aku jumpa kat belakang rumah baru aku ni dua pallet box..old one terbaek!
Hajat hati nak buat planter box english style la konon.
Hampeh papa Qimy dia pergi buang masa aku takda.
Alasan nanti jadi rumah anai-anai...erghh hancur hati
Dia suruh beli je polybag..BELI LAGI!!!

Masa pindah aritu aku memang berhajat nak simpan almari bujang aku yang alaaa yang boleh cabut-cabut tu hehehe..kain dia dah koyak rabak tapi idea membuak aku dah nampak apa aku nak buat dengan rangka almari yg masih kukuh tu. AGAIN penghalang aku, tak semena-mena nak leraikan almari tu pehtu tetiba terpatahkan, BUKAN..dia sengaja! Dah tahu ketat biar jelah! Eh nak jugak bukak..Pap!! PATAH.
Frust gile!! Aku buang sebab hati aku dah sakit sangat!
Geram sangat aku buang pancing2 die..kutip sendiri hahaha (ketawa jahat!)


"I want my hobbies BACK!!"

Takpe! Tapi dalam diam aku ada simpan benda-benda lagi sebagai projek recycle aku. SOROK hehehe. Tin susu anak, kotak kasut, periuk karat, papan 2 keping mintak nyawa dah hehehe,  styrofoam hadiah baju baby Qimy (yang ni dah selamat dah..aku buat note board (nantilah aku upload gambar)...buat simple dulu kan hehehe

Papa Qimy memang sangat tak membantu dalam hobi aku ni..tapi aku ada cakap nak buat DIY light stand untuk letak kat sudut..tengoklah..macam dapat green light je tp material xdapat lagi and of course dari bahan terbuang! Nantilah upload ye kalau menjadi hehehe..jangan angan-angan mak jenin udah lerrrr!

**Bos takda hari ni...evil face...

Rabu, 16 Januari 2013

Adam & Hawa : Belum Katam lagi^^

Haish! Orang lain dah start tengok cerita lain laaa..

Biaq pi la, sebenarnya tak berapa suka nak hadap drama bersiri-siri ni.
Lagi-lagi nak melayan anak, suami, rumah..satu perkara yang takkan pernah habis.
Tapi dalam diam dah sampai episod 65 kih kih kih itupun thanks tu kwn kat opis nih yang
rajin mendownload. Bab-bab ni yang aku malas...nasib ada org rajin kann!

Tapi tula..cerita kalau dah meleret-leret datangla x logik dan xmasuk akalnya.
Tapi dek kerana suka hantam sajalah.
Aku bukan BIG FAN Aeron Aziz pun tapi aku suka tengok si Ain (xingat nama daa)  SWEET!
Gaya dia ada macam ala-ala Wardina gitu. Wardina kalau berlakon camtula gayanya.

Pastu ni perasaan aku jela kan..aku tengok riak wajah diorang cam dah penat kot
nak berlakon drama tu..macam "eh...bilalah nak habis..letih kot!"
Especially gaya Aeron yang malas2 bile nak bercakap hehehe
Haa camtula yang aku dapat rasa (pandai-pandai je ko maya!)

Comel sangat Ain masa ni^^
Pandailah pengarah pilih, memang sesuai watak Ain ni diberi pada
Nadiya Nisaa (baru tahu nama hehehe) Nama pun sedap^^
Picture from : Mr Google
Anyway another 15 episodes to go and my son will be back tonight!
Miss him so much. Dah banyak kelakuan his uwan buat report hari2 kat aku hehehe.