Isnin, 4 Januari 2016

SELAMAT DATANG 2016^^

Alhamdulillah.
Semangat baru. (Definitely!)
Azam baru. (yang lama pun tak qatam lagi )

Nak tambah list baru je:

1. Semoga projek "baru" ni Berjaya insyaallah. (banyak benda boleh settle pastu)
2. Mula mengajar Qimy dengan ABC,123,Alif ba ta dengan lebih serius.
3. Teruskan hafazan surah-surah lazim. Setakat ni Qimy dah hafaz 6 surah lazim.
    (nanti I share macam mana I ajar Qimy ye.)
4. Nak tingkatkan lagi prestasi kerja sebagai hamba Allah, isteri, anak dan pekerja di pejabat.
    Insyaallah. Semoga dipermudahkan amin^^

Maybe setakat ni dulu.

Semoga you all pun dapat mencapai azam tahun baru yang dihajati.

Dan semoga mama papa
cukup stamina nak membesarkan dua anak2 ni huhu :)

Rabu, 30 Disember 2015

MULBERRY MALAYSIA : FEELING OVERSEA^^

 Last weekend balik kampung.
Tak sangka pokok mulberi yang my dad tanam dah besar.
Tak berapa perasan selama ni buah dia dah penuh.
Sebab terlindung dengan pokok manga la, pokok buah nona la.
Rupanya my mom siap buat stok jem mulberry lagi.
Homemade jem memang sangat sedap yum!!
Rasa fresh buah tu memang ori.
 
So I pun pergila petik sendiri.
Nak buat stok juga untuk rumah I hehehe..
Makk Oiii banyaknya buah.
Yang hitam yang merah.
Ya Allah tak tahu nak mula kat mana.
Dapat satu raga penuh.
Tapi yang kat picture bawah ni balance je.
Kena cukai dengan Qimy and husband. (Grrr petik malas!!)
 
Nasib nyamuk je dengan ada la ulat-ulat kecik.
Kalau tidak dapat lagi banyak.
Hari pun dah nak senja.
Tengah hari tadi kau syok sangat tido kan maya huh!!
 
Senang je nak buat jem.
Mulberi
( can add other fruits like strawberry, mango)if u wish.
Gula
Kayu manis
Sedikit air
Sukatan : agak-agakla ye.
Mine: 2 mug air
 
Cara memasak:
Campur air kedalam blender berisi mulberi tu.
Kisar (halus atau kasar ; terpulang pada you all)
Kalau nak rasa makan jem tu sambil gigit buah jangan kisar semua. Asingkan sedikit.
 
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Api yang sederhana.
Sekali sekala kacau supaya masak sekata dan tak berkerak
dibahagian bawah dan tepi periuk.
Jika cairan semakin berkurangan, masukkan gula.
Kacau perlahan-lahan.
Ambil masa jugak nak bagi betul-betul airnya kering dan mulberi masak.
 
I've got trick to share.
My mom cakap kalau nak bentuk macam jem yag kat pasaraya tu
kita letaklah sedikit gelatin to get the jelly look.
I have no gelatin in my hand tapi I ada Sumi Jelly si Qimy.
So I put about three sumi jelly. Then walahh!!
 
Jadi kau!!! Bijak! bijak! hehehe.
Kejap lagi nak call my mom.
Kecohlah nak share idea I yang menjadi ni hahaha.
 
 
Banyak ni je yang tinggal. Yang hitam habis
kena sapu.
 
This morning terus buat toasted bread makan sama
mulberry jam homemade kelas kau!! :)

Rabu, 23 Disember 2015

ANNE MAWAR UQASHA : MY NEW EDITION^^

Orang sibuk nak berkorban dia pun seboklah nak keluar
padahal due date lama lagi 2hb 10
Haiii...mawar...mawar :)

Anne Mawar Uqasha
24 September 2015/3:45am/3kg
 
With Cousin baby Ibrahim Luqman
Rakan sebaya :)
 
Tengok!! dah pandai menggelongsorkan
badan die..eiiiiii geram je :)
 
With Abg Qimy (banyak akal ini olang)
 
With Cik Yi, Uwan & Abg Qimy

Selasa, 22 Disember 2015

RAHSIA NAK PULIH AWAL SELEPAS BERSALIN SECARA CEASEREAN : ASSALAMUALAIKUM SEMUA^^

Fuuhhhhhh!!!
Sedar x sedar hari ni dah masuk hari yg ke-22 I masuk office.
Macamnilah zaman sekarang, tak boleh dah ibu-ibu jadi surirumah.
Kenalah bekerja menambah pendapatan.
Berpantang selama 2 bulan memanglah sangat heaven.
Tak!! Tak pernah bosan pun.
Bonus duduk rumah : Dapat tengok drama korea Boys over flower sampai habis.
Kalau tak, tak pernah merasalah tengok drama korea.
Melayan kerenah anak-anak, memasak dan mengemas...best :)
Hemm bilalah impian nak jadi full housewife akan tercapai...?

One fine day insyaallah :)

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pun bersalin secara ceaserean.
Doktor memang insist nak kita bersalin normal.
Tapi dah jalan tak bukak2, dah tak larat dah.
Memang takda rezeki nak bersalin normal. Me and husband we all redha je.

Kali ni lebih berpengalaman.
Maksud I, kita dah aware dengan kesakitan after surgery and all.
So memang dah ready and dah tahu apa nak buat.
The moment diorang cabut catheter tu, tak payah tunggu doctor,
I dah ulang alik toilet siap mandi sume bagai.

RAHSIA NAK PULIH AWAL SELEPAS BERSALIN SECARA CEASEREAN

Jangan malas dan jangan layan sangat sakit diperut tu.
Jangan murungkan diri. Just relax, senyum-senyum kan...
Memang satu badan kita sakit-sakit. Tapi chill je.
Kena kuatkan semangat nak cepat sembuh.
Biasanya kita akan duduk dalam wad selama tiga hari kalau baby takda kes apala.
My case, 2 hari je I duduk wad. Doktor dah bagi balik.
Body fit, mood fit, baby ok takda kuning, the scar also cun..happy je kemas beg.
My husband and mom on the way nak hantar foodla konon.
I call..abg I dah boleh balik ni, terkejut dia hehehe.

Patutla nurse and doctor selalu pesan, jangan duduk je.
Bawak berjalan tapi janganlah jalan tu laju-laju, kasar-kasar.
Yang itu mudarat jugak takut effect kat jahitan dalam perut kan.
Jalan style wanita ayula...
Itu kira macam exercise. So sendi-sendi dan otot yang ketat dan stress ni akan loose cepat.

Kali ni truly I memang banyakkan exercise jalan.
Memang semua cepat.
Kalau berbaring tu tak macam dulu straight je. Takut nak pusing kiri kanan.
Bahagian surgery tu rasa keras, ketat sengal je rasa.
End up I tak pernah menyusukan Qimy secara berbaring. Memang letih kalau malam.

Kali ni I slowly pusing sikit-sikit. Everyday left and right.
Memang ada terasa sengal tapi I buat jugak.
Tapi ada step jugak, mula-mula serong sikit,
perlahan-lahan sampailah boleh mengiring elok 90 darjah.
Alhamdulillah dalam berpantang I boleh susukan waktu berbaring.
Ya Allah heavennya. Kiri kanan no problem :)

Kali ni juga, I berjaya susukan baby.
The very first time she opened her eye, I terus sumbat hehehe.
Susu pun elok je keluar maybe sebab lepas makan I mesti nak makan biskut oatmeal strawberry.
Dah macam wajib sebab tekak tak selesa. So it's like milk booster la jugak.
Tapi kali ni baby pandai minum. Abang dia dulu asyik nak tidur je.
I guess baby juga main peranan.

Berapa banyak kali ini daaaaa... :)

Tapi on top of that, supplement mesti kena ada.
For the sake of treatment and energy booster.
My favourite all time; of couselah SALINDAH.
The best so far. Tapi kalau baby dah stop breastfeed maybe I nak cuba amal jamu pulak.
Anak dah dua SERIOUSLY banyak sudut nak kena jaga lebih hehehe.

Nah kau!! panjang lebar Jemah bercerita.
Saja nak share good things dengan you all.
That's my story. Korang pulak macam mana.
Apa pun matlamatnya tetap sama.
Nak cepat sihat kan.
So guys itu jelah mukaddimah after a looooongggg break hehehe.
next time kita share baby pulak.


Jumaat, 29 Mei 2015

PENGALAMAN PREGNANT KALI KEDUA^^

Assalamualaikum uolls...
Ish!!! lamanya tak update blog.

Betul2 malaslah pregnant yang kedua ni.
Masak malas, mengemas malas...makan pun malas.
Nak masak macam mana, kadang-kadang loya tekak tengok lauk.
Loya tekak bau benda goreng.
Aduuuuhhh mencabar betul kali ini.
Husband baru cakap..jom kita gi NSK beli ikan..errkkk tekak dah loya huhu..

Sian kat suamilah.
Kena mood malas gila, telur goreng, kicap cili potong nasi putih jela.
Last night lepas pergi NSK, lepaskan hajat dia masaklah asam pedas tetel..
Hamboiii bukan main hirup dia hahaha..
Kesian betul^^

Samala macam kat blog ni.
Asal buka je post yang sama.
Banyak benda nak disampaikan tapi end up terperok jela.
Ok see after this ada perubahan tak :P

Malaslah nak taip lagi..chow dulu lah wakakaka^^








Sabtu, 14 Mac 2015

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG..OPPPSSS!

Yeah oppsss I did it again hehehe..
boleh lupa pulak anniversary we all yang ke-4 huhu..

Selalu husband yang paling ingat.
Tapi kali ni dia pun terlepas pandang.
Me..worst..today baru teringat
then wish kat husband through wassap...

I paling lemah nak ingat tarikh.
Tak tahu kenapa.
You all sama tak ngan I.
Birthday datela paling selalu lupa.
Tapi anak punya ingat je.
Double standard betula mama Qimy ni hahaha.

Owhhh miss the date here kat blog nasibla.
I nikah 12.03.2011, my sanding 13.03.2011.
Both tarikh tak ingat. Bagus!!!

Today pun sebab terbaca facebook kawan.
I memang tahu tarikh kahwin dia memang sama dengan I.
Nasib!! kalau tak memang tak ingat langsung!!

Anyway I tak bagi hadiah apa pun just dedicate this song to him.
This song really represent me, my feeling my everything.
Happy anniversary abang^^ Love u mucho! mucho!

Khamis, 5 Mac 2015

ANAK MAMA DAH 3 TAHUN^^

Gambar saje blurry kan
barula nampak glowyy kih kih kih perasan!!
 


Alhamdulillah syukur...
Aqimy Ezekiel Bin Mohd Fadilah.
Sihat budaknya.
Cerdik dan BANYAK CAKAP!!

Pengalaman 3 tahun membesarkan kamu..
waduh-waduh capek sekali TAPI!!

Mama and papa gembira sangat.
Kamulah pendamai tika mama and papa
berselisih faham..elok2 mama muncung
terus tergelak tersongeh tengok akal kamu.

Elok2 papa muncung lagi sedepa dari mama,
dan-dan papa sengeh control hensem kalih muka dari mama,
terus tak jadi merajuk hehehe...



Macam-macam pengalaman baru dengan kamu.
Menjelang nak masuk 3 tahun ni, haishhhh hari-hari mama urut dada..
Hari-hari jugak papa ko membebel..ada je nak dibebelkan hehehe...
saborrrr bebanyak ye..

Mama ngan papa akan terus mendoakan Qimy
semoga terus jadi anak yang yang soleh, anak yang hebat
dunia dan akhirat. Hebat tu bukan bermakna Qimy tu gah,
so boleh pijak kepala orang, tak payah hormat orang..
No!!
Hebat bermakna kamu ni jadi hamba Allah yang baik, bijak
menilai ilmu dan kehidupan, cemerlang dalam ilmu, kerjaya
dan kehidupan kamu, sentiasa merendah diri, hormat mama papa
dan orang yang lebih tua, jangan sombong bongkak, jika berada diatas
janganla memandang lekeh orang dibawah..
eh kalau mama nak senaraikan memangla panjang....

Terlalu indah pengalaman bersama kamu.
Tak tergambar rasanya dek kata-kata.
Terima kasih Ya Allah untuk hadiah ini.
Terima kasih Ya Allah anak ini masih diberi
nikmat kehidupanMu, moga dengan
umurnya kini, maka dia lebih bersedia menghadapi cabaran yang serba baru dalam
kehidupannya.

ANAK MAMA!!!
Selamat Hari lahir sayang ^^