Isnin, 8 Julai 2013

MONDAY LYRICS : GUGURNYA BUNGA CINTA : ADUHAI JIWANGNYA HIK! HIK!

Lagu : ^Gugurnya Bunga Cinta^ Oleh : Kumpulan Laksamana
Izinkan aku, sayang
Menyentuh perasaanmu..
Biar gelora.. cinta semalam
Izinkan aku, sayang
Merinduimu selalu..
Biar bergetar.. nalurimu

Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan, oh rintihan

Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari
Yang menyinar oh-oh-u-woh

Pulang..lah oh sayang
Kau ku nanti.. penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu oh sayang...

oh-oh, oh-oh.. pulanglah sayang

Padanlah lagu-lagu tahun 90-an ni sampai sekarang sedap je didengar. Kalau sambil dengar tu sambil hayati liriknya lagilah syahdu...Aku rasa kalau Qimy dah bujang sok pun lagu2 diorang ni masih lagi segar^^
Itulah beza lagu dulu yang dikatakan rock kapaklah, rock jiwang karatlah hehehe..
Lagu sekarang ni kadang2 lirik tah hape2 patutlah korang come and go aje. Tak terlekat pun dihati ni..tapi tak semua la kan..ada je best^^ tapi tulah masih tak boleh kalahkan yang dulu :)

Khamis, 4 Julai 2013

POLIGAMI : AHKAK TAK SANGGUP DEK^^

Sambil makan malam dengan hubby malam tadi, tetiba dia pun berceritalah tentang rakan sekerja dia yang cita-citanya nak kawin satu lagi. Abg komen apa kat dia? Emm abg cakap satu je, mat...apa masalah ko ni, anak dah dua, apa yang x puas lagi...ko pikirlah masak2..aku takut esok2 skrg ni bini sorang ko pakai Alza, esok2 bini dah dua, tayar Alza pun ko tak mampu beli.." Terdiam kawan dia dengan muka yang cuak hehehe...

Tulah kawan dia ni pun bukanlah kaya mana pun, kerja pun sederhana sebab tu la laki ku kata macam tu. Kalau mampu tak apa la kan. Kesiankan kat isteri, penat2lah bekerja, nak jaga anak2 suami lagi, last2 senyap2 laki ada awek pulak..sambil2 tu aku pun menyelitlah satu dua ayat bernas mudah2han memberi kesedaran pada suami aku ni jugak.

Ada satu dialog pendek yang kelakar je bile ingat balik antara aku dan suami hehehe :

Abg kawin lagi satu boleh yang? Hah! kawin lagi satu? Hemm sia-sialah! Apa yang sia-sianya dapat kawan baru tak nak? (eeiii...sakiiit hati aku mendengarnya) Tapi dengan selamba sambil gelak2 aku jawab, bukan abg sia-sia, tapi bini abg nilah yang rasanya hidup dia sia2 berkorban habiskan masa dengan orang yang salah rupanya..janji nak sehidup semati..kan semua "se" (satu) je kat situ mana ada hidup2 mati2 ye tak hehehe..(ahh..aku psiko dia balik) kami pun tergleka2lah laki bini, teruslah hilang sakat dia nak kawin dua hehehe...dia memang suka menyakat aku! (Harap2 sekadar menyakat jelah ye tak cik Jah!)

Aku bukannya bencikan poligami atau anti ke..tidak...kalau ekonominya kukuh, nak tambah zuriat dan isteri pun redha apa salahnya ikut hangpa lah! Tapi ketahuilah wahai suami, isteri kalau dah sayang lebih2 lagi first love waimah tak puas ke, hidup susah ke apa ke, dia tetap akan redha janji suami bahagia..u know reason kadang2 suami ni cari lain sebab tak puas lah, layanan isteri tak baguslah, tak capai klimaks sangatlah, xpandai masaklah (maaflah bahasa kureng sini, tapi professional la ye^^) well... hang ingat isteri puas sangat ke? Fikir kat situ jelah. Dulu susah sama-sama ...bila dah senang eh teringin nak tambah pulak..

Bos aku kata, kalau aku tak benarkan suami kawin lagi satu maknanya aku belum betul2 sayang kat suami. Kalau 100% baru dapat 90% markah jelah. Yeeelah tu bosss...Sebab sayang 100% lah maka aku ni tak boleh nak bermadu. Hari2 selalu ku berdoa mudah-mudahan kami kekal begini hingga dunia akhirat. Aku sedihlah bila bab2 ni. Ya Allah jangan lah Kau uji aku dengan ujian yang ku tak mampu Ya Allah.

Tapi madu-madu out there..please dont get me wrong, aku tak pandang negatif pada kamu dan suami kamu. Cuma aku tak sekuat kamu semua. Hanya yang dipilih Allah sahaja yang akan mampu melaluinya. Mungkin ini laluan untuk kamu dari Allah kan. So redha dan teruskan kehidupan dengan aman dan ceria ye^^

Selasa, 2 Julai 2013

BEST TIPS FOR SAVING MONEY : PERBELANJAAN QIMY : KHAYALAN ATAU GURAUAN??

Hemm..pada aku bukan khayalan atau gurauan..tapi boleh pakai kalau tahu caranya :)

Kalau search kat internet especially when you google it in english kan berlambak2 information. Klik sahaja yang korang tertarik.

Bagus sekali-sekala kita baca info2 begini. Tambah pengetahuan dan mungkin dalam banyak2 tu adalah tips bernas yang boleh tolong korang kan. Ok kali ni aku nak sharela tips aku berjimat when it comes to Qimy; lampin pakai buangnya, pakaiannya, milk and foodnya, toys & booksnya. Aku pandang serious bab ni sebab ianya antara perbelanjaan monthly aku yg sgt penting. So sangat perlu tips2 yg bernas supaya takde overbudget dan pembaziran.

CONTOH-CONTOH TIPS FOR SAVING MONEY MAMA QIMY.

1. Bab lampin pakai buang : Memanglah yang mahal macam mamipoko, pampers atau huggies tu selesa tapi ada jenis lampin pakai yang sama cuma brand saja yang tak terkenal. Qimy punya aku belikan jenama Hey Baby (RM22.90-RM26.90/Size M /70pcs). Aku suka sangat brand ni. Ianyanya jenis cloth yang menyerap haba, murah, pelekat yg sangat tahan lasak dan kuat. DAN MURAH! So far tak pernah leaking atau bocor. Qimy pulak tak pernah lagi ada rashes bila pakai hey baby ni. Untung kat mama sikit sebab buat masa ni dia still boleh pakai saiz M walaupun dah setahun lebih.

2. Bab pakaian : Biasanya kalau pakaian harian untuk dihantar ke rumah pengasuh aku akan spend untuk baju yang murah sahaja sebab aku fikir dia bukan kemana-mana. Banyak pilihan kita boleh dapat di Giant, Tesco, Carefour, Mydin, pasar malam eh banyak lagilah Cik Jah oii! To my surprise kadang2 kainnya sangat selesa dan menyerap haba walaupun dijual dengan harga semurah RM10-RM5 satu set (baju dan seluar). Biasanya memang akan cari yang set daripada berasingan. So lebihan duit boleh tambah beli baju yang branded untuk berjalan dan perayaan.

3. Milk & food : Kalau bab milk ni baru je cerita haritu, so far sejak tukar susu oklah sikit. Tapi nak cerita bab pemilihan ni, kalau kita ni memang jenis percayakan brand dari mempercayai yang semua susu sama, kita masih boleh mendapatkannya dengan harga yang berbaloi. Contohnya Enfalac A+, Enfapro A+, Sustagen. Tiga jenis ni dari Brand Mead Johnson. Apa yang berbezanya adalah harga dan zat2 tambahannya. Macam mana aku kata yang kau masih boleh beli? Ok katakan kau tak mampu nak beli Enfalac A+ masih ada range yang murah sikit iaitu Enfalac biasa, Enfapro A+ masih ada range yang murah iaitu Enfapro biasa dan yang paling murah adalah Sustagen. So aku pilihlah Sustagen; still Mead Johnson tapi harga berpatutan :). Same goes to other brand macam Nestle dan Dutchlady. Mereka ada yang mahal dan murah.
Bab food Qimy pulak aku lebih suka masak sendiri sebab yelah masak sendiri ni lagi berkhasiat kan. Memanglah time consuming kena bangun awal tapi untuk anak aku sanggup. Ala dalam sejam je pun nak masak. Faedah yang aku dapat, anak tak memilih makanan, yakin sebab masak sendiri dan jimat sikitlah. Tapi kalau tak sempat tu aku beli gak bubur kak Ani dekat warung simpang tu hehehe. Mujur la ada bubur pagi yang mencapai tahap berkhasiat pada akulah. Dah 3 4 tahun sok aku bolehlah nak start ada oven sebab junk food dia pun kalau boleh aku nak buat sendiri. Lebih khasiat dan jimat.

4. Toys & Books: Suami memang melarang keras aku manjakan sangat anak dengan mainan mahal-mahal. Aku sakit hati jugak. Yelah anak la katakan. Mainan ni kadangkala perlu juga supaya otak dia bergerak. So option yang aku ada, aku beralih kepada mainan yang dijual dikedai2 biasa. Aku fikir balik betul jugak sebab mainan ni dia cepat jemu dan kadang-kadang cepat je jahanamnya. Apa taknya, dibuatnya ketuk2 dah terliuk kawan tu. Qimy ni suka sangat dengan kereta, lori dan jenis2 kenderaanlah. Biasalah anak bujang kan :). So kalau kedai biasa yang aku maksudkan ni contoh : aku boleh dapat 6 biji kereta yang bila ko tarik dia gerak sendiri, saiz kecil dengan harga RM8.50 berbanding brand mahal yang jual 1 kereta saiz yang sama dengan harga puluhan ringgit. Recently ada kedai DUA RINGGIT dibuka dekat Banting. So apa lagi borong sakanlah mainan untuk Qimy. Siap beli untuk bawak kat rumah pengasuh lagi hehehe. Macam-macam ada. So sebulan spend RM10 dapat 5 mainan. Awesome tak??Bolehlah kalau nak beli yang mahal tapi mungkin satu dua je.
Bab Books pulak, buat masa ni dia minat sikit2 je kat buku. Takdela sebulan sekali beli. Kecik lagi kau... So aku beli yang betul2 best dan sesuai je. Setakat ni baru ada 5 buku je. Tapi bila dah besar sikit sekali-sekala maybe nak DIY je. Beli printer yang murah so buat sendiri je. Spend duit sikit je kat kedai untuk laminate. Takde apa yang mustahil kan?? Google, YouTube semua ada. Nak dengan taknak je.

Aku cuba berkongsi tips cara aku ni sebab ada parents kat luar sana especially yang muda2 tu kadangkala terlalu mengejar brand sampai terjerat leher sendiri dek kerana taknak kalah dengan orang lain. I've met these people. Tapi aku ni jenis klik ignore je hehehe. Kalau kau sangat termampu terpulanglah. Tapi pada aku, lebihan duit yang ada tadi kau boleh salur ke duit untuk berjalan2, duit untuk saving dia, duit untuk klinik dia yang best sikit, duit untuk beli baju raya best2 sikit kan things like that. Ada yang lagi worst pernah jumpa, beli guna kad kredit. Memanglah syok adik2ku tapi hujung bulan menghadapla kau huhu. Berbelanja mestilah berhemah agar tak terbeban.

Birthday party? Oh yang ini aku tak fikir nak buat sebab dia masih kecil. Tak reti pape pun. Mungkin umur dia dah 5 tahun sok baru aku buat parti kecil-kecilan untuk dia hehehe. Cukup sekadar kami manja-manjakan dia dan doakan dia yang baik2.Waktu 5 tahun tu dia dah faham and boleh appreciate apa yang mama papa dia buat.

JIMAT KE MAMA QIMY? Jimatlah jugak..eh betullah jimat :)

Rabu, 26 Jun 2013

NYAMUK OH NYAMUK HUH!!

Gatal tahu tak bila dah kena gigit. Grrr...bikin panas betul bila tengah nyenyak tidur. Bila dah macamtu mulalah nak tidur pun tak senang sebab dok teringat kat anak mesti kena gigit jugak.Dah berjaga 2, 3 pagi semata-mata nak pelempang nyamuk2  ni.

Pakai spray cap apa pon dia tahan lasaklah. Tak mati sangat pun huh! Adakah nyamuk pun dah imun jugak macam lipas? Adakah nyamuk pun dah sebijak lipas, bila kita spray dia terbang tinggi then bau dah hilang dia datang balik atau dia relax je kat bahagian bawah then bau dah hilang baru dia terbang. Ini antara pemerhatian akulah. 2, 3 jam berjaga semata2 geram nak cari yang dah hisap darah tu.

Nyamuk yang banyak kat rumah aku ni jenis nyamuk perang. Yang ini kalau menggigit aduh gatalnya kemain. Yang aku perasan nyamuk ni memang sangat bijak (bijak2 pun kena gak tapak tangan aku yang tembam ni hehehe).

Maksud aku, pernah masa tu kami tidur diruang tamu je sebab panas sangat malam tu, ruang tamu taklah gelap sebab lampu dapur dibuka. Aku biasalah terjaga sebabkan nyamuk2 nilah. Dalam kesamaran tu nampaklah berterbangan seekor. Aku bangun mencari xsemena-mena hilang. Aku tidur balik. Then ada bunyi terngiang kat telinga aku bangun semula, tengok takda. Arggh!!! Geramnya!

So bab-bab meneliti ni memang feveret aku, rupanya-rupanya dia dok elok merangkak pelan-pelan nak aim betis Qimy. Hemm dengan tak berlengah petepikkk!!! Amik kau! Yang tak boleh belah tu dia merangkak macam orang mengintip kelakar gila hehehe. Patutla ada orang panggil nyamuk ni nyamuk askar!

So korang nak tahu tak cara yang lebih berkesan xnak bagi nyamuk gigit ikut style mama Qimy?

Aku dah guna spray dan ubat nyamuk elektrik. Sume x jalan. Tapi yang lingkaran aku x suka sebab bau dia sengit ooo.. So dalam dok pikir tu terpandanglah lotion baby perasa Orange Flavour papa Qimy beli borong kat Guardian. Dan aku jugak teringat homemade mosquito repellent versi James Wong yang glemer tu.

Siap kau malam ni. Jenama memang x well known la. Aku lumur satu badan aku dengan Qimy..(papa dia sapu sendiri la ye hehehe). Lotion tu x berusik langsung sebelum ni. Tapi oleh kerana ianya berkesan, memang sangat berbaloila lotion botol besar tu. SO kengkawan, kita go GREEN jela, lumur badan tu kalau boleh biar lotion tu ada bau oren ke atau serai confirm nyamuk x suka!

Selasa, 25 Jun 2013

TODAY HAZE NEWS UPDATE : BANTING & SHAH ALAM NEARING HAZARDOUS LEVEL

UHUK! UHUK!

Baliklah kampung halaman sabtu yang lepas di Sungai Manggis Banting...perghh nama kampung halamanku siap masuk dalam radio. Glamour la sangat! hari ini punya update pun nah ko! nearing hazardous level! Nak menyebut pun payah..memangla sangat hazardousnya sebab sepanjang balik kampung mata ni pedih je pastu tekak perit haus sangat-sangat. Tapi yang paling teruk aku rasa dekat area olak lempit dengkil...suasana kelabu je. Udaranya pun menyesakkan hidung. Kesianlah penduduk-penduduk kat situ.

Aku yang tua ni bolehlah pakai mask, teringat kat Qimy yang masih tak faham dan kalau dipakaikan mask sure dia bukanya balik pastu buat main. Allah jelah yang selamatkan anak mama sorang nih. Pengasuh dia pun ada cakap dia tak bagi budak-budak keluar rumah. Lega aku.

Kita sama-sama jaga kesihatan mengikut langkah-langkah yang disarankan macam minum air banyak, jangan kerap keluar rumah dan satu lagi mudah-mudahan jangan kita lupa untuk berdoa kepada Allah semoga cepat-cepatlah musibah ini berakhir ameen.



Khamis, 20 Jun 2013

TUKAR SUSU PULAK

Huarrghhhh! ish lamanya tinggalkan blog ni... Macam -macam hal lah. La ni ok dah.
Mood pun slowly ok :)

Oklah nak cerita pasal Qimy baru-baru ni tukar susu. Dulukan minum susu NAN HA. Dari NAN HA 1, NAN HA 2 sampaila sekarang NAN HA 3. Qimy pun dah setahun 4 bulan, so mengikut pendapat doktor allergik susu lembu ni boleh recover. maybe dalam setahun ke 3 tahun then kebanyakkannya hilang macam tu je. Tengok pada anak kita masing2. Alhamdulillah so far tengok Qimy sihat je minum susu NAN.

Bye bye for now^^

Tapi satu yang aku perasan anak aku ni kecik je. Dia sihat berjalan berlari tapi kalau berdirikan die sebelah anak jiran aku yg sebaya ni, tinggi lagi anak dia. Tu yang buat aku risau tu. Adakah dia mengikut genetik aku yang rendang ni hehehe. Anyway google punya google ada lah sorang mat saleh ni dia kata, kalau u tengok anak u tu dah ok. Kesan allergik pun dah lama xde, berak kencing ok, makan pun ok, then xpayahla amik HA formula lagi. Tukarlah susu FM biasa sebab bayi membesar ni perlukan lemak baik untuk pertumbuhan dia.

Aku teringat doktor Tan kata allergik susu lembu ni kadang2 sampai anak umur setahun 3 tahun je lepas tu dia hilang. KEbanyakkannya hilang tapi x semua la. Aku dan husband berbincang last2 kami rasa nak tukar kepada SUSTAGEN JUNIOR 1. Kami tukar ni sebab dia produk Mead Johnson yang sama dengan Enfalac so amiklah range yang murah sikit kan. Qimy ada gak amik Enfalac A+ dulu, tak sampai 5 kotak dia jatuh sakit demam batuk teruk, berkahak dan  selsema. mungkin pada mas tu tahap allergik masih kuat. Tapi nak pilih Enfalac A+ semula mungkin tak la sebab harga dia $$$.

 Kalau dulu susu NAN HA nipun range price dia ikut langkah antara RM89.90 hinggalah langkah terakhir HA 3 RM62.90 untuk 850g/setin. Bayangkanlah sebulan kurang2 4 tin. Darabkanlah. Itu pun sebab jaga makan dia and anak aku ni bukan jenis baby yg kuat menyusu dan tak mau makan. Kalau idak botaklah kepala mama papa. Aduhhh demi anak kan.

Last saturday kami beli Sustagen Junior ni 1.3kg terus. Harga dia RM55.90 dekat speedmart.
For a start aku amik yang Tasty Plain jelah takut vanila dan Honey tu x sedap pulak. Kalau serasi alhamdulillah sangat sebab ikut perkiraan sebulan maybe kena spend 2 kotak je.


Percubaan pertama ok. Next day dia ada berak cair sikit. Tapi selepas minumlah. Lepas tu everytime minum mesti cirit sekali. Pengasuh dia pun kata macamtu. So hari yang ketiga aku try kurangkan scoop dia bagi cair sikit. Then baru ok. Up to this morning aku try tambah balik ikut sukatan scoop sebenar. Nampak takde cirit pun. Ya Allah mudah-mudahan dia serasilah. Bukan sebab duit pun tapi nak dia membesar dan tinggi. Jangan la pendek macam mama dia hehehe. Satu je xpuas hati dengan susu ni. Kalau goncang xde buih. Yelah ada buih tu meriahla sikit kan :)

Rabu, 8 Mei 2013

ANGIN TIADA, RIBUT TAUFAN TIADA, TAPI FIKIRAN, HATI, JIWA, PERASAAN BERGELORA!!

Alahai...lamanya tak update blog.
BERANGAN jela dengan wordless wednesday, monday lyrics la, upcycling entry la...

MOOD SWING!! tak sudah-sudah :(

Tahla, betul-betul bosan dengan kerja sekarang ni.
Apa pun bertabahlah...demi anak, demi keluarga.
Positifffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff
Moga Allah menjawab permohonanku...
Amin ya rabbalaa'lamin.

ok, tu jelah!