Rabu, 31 Disember 2014

ASAM GARAM 2014 : WELCOME 2015^^ - with humble voice :)

Hemmmm...
Itu je yang I boleh katakan for this year 2014.
Permulaan yang mendatar end up pun mendatar.

For me Alhamdulillah.
Dari segi kesihatan, syukur kami semua sihat anak-beranak.
Except last Saturday, Qimy jatuh ke lantai setinggi orang dewasa 5ft++ tall.

Ceritanya macam ni, Wancunya timang-timangla dia,
Style dia ni kalau orang timang dia akan stunt panjat sampai ke dada kita
then terjun ke belakang..makpak dia yang dah tahu ni memang dah standby muscle la
pegang mana-mana yang patut takut terlepas..
Yang Wancunya ni tak tahu, ha kau berdebuk ke bawah..
I cannot imagine, kalau bayangkan jugak aduh rasa nilu je..
Tak keruan dibuatnya, terus cepat bawak pergi hospital.

Finally Alhamdulillah, semua ok.
Takda lebam pun tapi macam benyek sikit tau dekat satu spot ni yang memang dia cakap sakit.
Lepas tu tang pinggang belah kiri tu macam sakit sikitla.
Selepas x-ray, nothing retak ke apa ke, semua baik..pheww!

Lain-lain semua macam biasa.
Kesimpulannya tahun 2014 ni tak berapa happening to me.
Kerja,financial, lifestyle, social life, family life emmm ok jela.
Tiada peningkatan sangat, menurun lagi ada.
Harapan sangat for this coming 2015...

Semoga ada sinar baru dan harapan baru untuk I and family, my husband and son.
I mean the whole..! family, friends, all that related to us.

Just recently lost bonding with people we love and care..who really close to us.
Unexpected...well, people change!
We help people sincerely, never wanting reward.
You happy with their achievement, at the end of the day, they forget you!
You are just a destroyer of their happiness bla bla bla
That's hurting....really!
For now,I will never say anything to proof I was right. This is not revenge.
No..that's not me..silence the perfect one.
You will notice someday. Not a big deal. You start it first. Why regret?

I just waiting for the sunshine insyaallah in 2015.
We forgive you..don't worry, but things will never be the same anymore dear :)

End of story..long to short; ada ku kisah!! :)

Ya Allah semoga kehidupan ku selepas ini lebih beriman,
lebih berjaya, lebih produktif, lebih bermakna, lebih rezeki,
lebih berduit (evil face wakakakaka mata duitan) lebih keibuan,
lebih keisterian (ada ke term ni? hahaha) what else??
Nak lebih maju, lebih anak, lebih kasih sayang dan menyayangi,

Insyaallah hopefully growing to better but with humbleness and iman in heart, amiin.
Allah Maha Mendengar, thank you Ya Allah dengan segala pemberianMU, ujianMu,
Semua itu untuk mematangkan ku, mengujiku, tanda kasih padaku..Terima kasih ya Allah.

Is that all!!!
Apart from my life, yeah outside my kepompong,
I do feel sad about tragedies happened in 2014.
The crashed planes and recently flood..really bad flood.
Ini semua ujian dari Allah untuk kita semua.
Hanya doa dan harapan mengiringi kalian.
I pun ramai kawan-kawan yang terkena banjir tersebut.
Deep inside my heart, I pray for you guys...the least I can do now.
Masing-masing ada ujiannya. The same for me.
Bad "flood" also in my career and life, only Allah knows..
Sama-sama kita tabah dan harungi dengan ingatan kita kepada Allah. itu jangan LUPA!

Panjang dan sangat rojak sebab all in one huhu.
Best wishes to all of you...semoga Allah bersama kita di perjalanan 2015 yang baru ini.

Never force you to read... :) peace!

** sebelum lupa..sorry sangat2 pada blogger abie shidah  yang invite I for Liebster Award..belum berkesempatan nak buat post untuk jawab soalan cepumas you..insyaallah for this coming 2015 ok :)

Jumaat, 12 Disember 2014

JERUK MANGGA ASAM BOY: MY VERSION WITH NO ASAM BOY^^

So tak bolehlah kita panggil jeruk asam boy kan..?
Sebab asam boy takda dalam version jeruk ni hehehe..
Agak dah lama nak buat post ni since jeruk asam boy ni meletop-letop kan..
Sangat sibuk..sibuklah sangat hehehe

Dah memang dalam list so kena buat jugaklah post ni.
Actually just nak share my version of eating jeruk yang terfamous tu..
JERUK PAK ALI...emm memang sedapla sangat,
The thing I suka jeruk Pak Ali ni, dia tak rasa acidic,
Selesa dimulut & selesa di perut..yelah dia pakai cuka epal,
So maybe sebab tula kot :)

Tapi if you follow my version memang 'kick' habis!

I sebenarnya bukan penggemar jeruk atau manga muda colek's geng,
Tapi sekali sekala pekena ok jah!
Tambahan pulak benda free kan.
Lagi sedap uolls!

Ala bukan tambah apa pun just few slices of cili padi..
macam gambar kat bawah ni, masuk dalam botol then shake shake..
Walah!! Siap untuk dimakan emmm kecur air liur...
Sure makan jeruk tak jadi boring,
Makin makan, makin pedas and makin nak lagi..
Cubalah! cewah!!



Jumaat, 14 November 2014

LAGU TERBANG TUNDUK BY FYNN JAMAL

Hari jumaat mesti nak buat post yang ke arah keimanan gitu :)
Sambil fikir apa nak bebel harini.
So suddenly teringat dua hari lepas dengar lagu ni.
Itupun junior officemate ni yang selalu pasang mp3 dia.
Dalam hati tu berkata-kata. Beratnya lagu ni.

Finally tergerak nak cari kat youtube.
First time hayati..WOooo..tetiba airmata pun mengalir...
Actually version LIVE kat THR youtube lagi best sebab live kan..lagi terkesan.
Tapi sebab nak you all hayati bait-bait lagu ni,
So here it is..Korang dengar, hayati, insafi...

Rabu, 12 November 2014

WARM UP DULU :)

Oh today takda dah wordless Wednesday ye.
Tergerak hati ni nak berblog kau layan je la hehehe..
Seriusly leka sangat melayan pinterest hehehe..
Cari idea kat pinterest konon for the blog.
Last2 tak kemana pun. So that's all.

So today  nak bagi korang layan lagu ni.
From Gary Jules "Mad World"
Tapi version Adam Lambert lagi best kot.
Disregard his sexual orientation, lets appreciate his voice :)
Boleh??

Selasa, 30 September 2014

SENARAI KEGUNAAN BAKING SODA YANG ANDA PERLU TAHU: I PUN BARU TAHU^^

Pure baking soda atau nama lain dia Sodium Bikarbonat ni banyak gunanya.
Bukan setakat buat kek dan biskut, untuk kesihatan and household in fact thousands uses of it.
I letak yang i pernah cuba la ye and still amalkan...hopefully bukan hangat2 tahi ayamla ye hehehe..

So let's check it out!

1) Sebagai peneutral bau hapak,bau busuk, bau ubat gegat ( in my last post kat sini)

2)Sebagai pemutih gigi dan antiseptic (letak sedikit serbuk baking soda pada berus gigi/berkumuh dengan air larutan baking soda).

3)Sebagai agen pemutih ketiks (ketiak)anda yang hitam?? (larutkan sedikit serbuk BS dan sental perlahan: mesti diamalkan selalu) bukan pakai sekali dah hilang ye :) kena rajin ko menyental.

4) Kalau anda kehabisan deodorant, boleh ambil serbuk BS sikit dan sapu rata bahagian ketiak. Confirm tak berbau. Jangka hayat sama macam u pakai deo.

5)Untuk menghalang buah yang dipotong kekuningan, rendam sekejap buah yang dipotong dengan larutan BS, toskan, simpan dalam bekas plastic then masuk dalam peti ais seperti biasa. (Buah yang cepat je kuning lepas potong macam epal, pear dan lai.)

6)Hilangkan bau hapak kereta: tabur serbuk BS ke semua permukaan kerusi dan lantai kereta. Biar seketika. Then vacuum semula serbuk tersebut. Walah! Jika menjadi amalan, kereta anda tiada bau hapak lagi.

7)Sebagai agen peneutral asid dalam badan. Boleh cuba sesiapa yang yakin. Just sebagai amalan: ambil setengah sudu kecil serbuk BS then larutkan sebati dengan secawan air, kemudian minum. Terpulang sebab I baru nak amalkan benda ni, I buat dua hari sekali, pagi sebelum makan. Boleh juga nak minum sebelum tidur tapi make sure 2 jam selepas makan ye. Kelebihan amalan ni ialah ianya menuetralkan kandungan asid dalam tubuh badan. Sekarang ni kalau terasa banyak dah makan makanan yang menyumbang kepada asid mesti laju2 gi minum BS. So in my mind macam ada agen peneutral gitu....haaaa lega :)

8)Sekali-sekala bolehlah cuba scrub muka yang dibuat dari perahan pati lemon dan satu sudu serbuk BS. Kulit akan jadi lebih bersih, tidak kusam dan lembut. Jangan ko sental bagai nak rak! Agak-agaklah kan. Ingat dulu seorang member, bagi cuba sabun kulit rambai. Konon nak hilangkan jerawat cepat, disentalnya bagai nak rak kat bahagian hidung die. Dahlah melecet bahagian hidung tu hehehe dah macam clown dah merah secotot kat hujung hidung dia...jerawat tak hilang prut pulak tak pasal-pasal.

Kalau you all nak tahu lebih banyak info tentang Baking Soda ni, rajin-rajinlah google. Just type Uses of baking soda atau why drinking baking soda and kalau join pinterest boleh jumpa 1001 kegunaan BS ni dekat ruangan household. Superlove!!

Kalau malas nak baca, pergi ke YouTube taiplah how to whiten teeth using  baking soda (sebagai contoh) nanti keluarlah macam-macam video tentang kegunaan baking soda yang kita pun tak pernah tahu pun. Tapi janganla ingat BS ni merbahaya sebab dimakan boleh, buat penyental boleh. Cam bahaya je kan..NO..ianya bahan semulajadi. Jangan risau.

Like I said, I cuma list down penggunaan yang I baru cuba je. So mak-mak boleh start explore sendiri pasni ok bye!

Sabtu, 13 September 2014

RUDE-MAGIC! GIRL VERSION (ACOUSTIC COVER)

Nila rupanya mak-mak sekarang hehehe.
Terusik jiwa ni pasal i pun ada anak bujang kan..
Esok-esok kalau bakal pak mertua dia macam ni..
Kesianlah dia ye..takpa nanti biar mama yang cakap..
Tapi mudah-mudahan Allah pertemukanlah dia jodoh yang baik
dari keluarga yang baik-baik ameen :)
Serius i memang nak anak kawin cepat sebab nak dapat cucu cepat
hik hik hik...maklumlah mama dia kahwin lambat kan :)
I suka dengar yang girl version ni sebak voice dia lemak-lemak gitu.


Selasa, 9 September 2014

PINTEREST : SUKA SANGAT^^


Oh yelah...
Memang agak ketinggalan, I know the site,
tapi macam paling malas nak register.

WOW! Memang sangat inspiring..
SANGAT BANYAK DIY's
(ada yang tak jadi kerja ni)
Sapa tak join ni memang rugi.
Yang bestnya boleh sort item mengikut minat masing2.

Every morning sebelum mula kerja mesti jenguk sekejap kat Pinterest ni.
Dah macam mind theraphy je kan..

Kak Kiah, cik shonah kalau bosan-bosan tu toksah dok tenung pesbook tu lama2..xde pekdah.
Gi join Pinterest, mana tahu pasni nak buat sarung bantal segera pun ada, nak hias rumah ada,
nak buat gelang tangan jual kat kawan2 pun ada..it's all free, it's all knowledge around
the world...kan..
(biasala excited lebih new comer kan hehehe)

cik shonah tu mak saya hehehe..ah malas mama, baik layan drama Filipina. Ishhh mama dah tua
engkorang jela layan. :(

Pasni botol sabun, kotak tisu apa segala kotak memang tak menyisa orang kampung kata..
tak menyisa tu tak membazirla. Semua jadi "barang"(ketawa jahat)..
NI HUSBAND BERBULU JE HEHEHE...
(ulangan: biasala excited lebih new comer kan hehehe)


So kawan-kawan sapa tak usha lagi cepat klik sini ok www.pinterest.com

Khamis, 4 September 2014

ADAKAH SUSU FM PENYEBAB KAHAK??

Spesifiknya..adakah susu NAN penyebab kahak?
Atau susu2 lain?
I tengok my traffic sources banyak soalan macam ni.
So terpanggil rasanya untuk beri pendapat.

Ini pendapat i lah..i bukanlah doktor tapi
based on experience i dengan Aqimy,
Bukan sahaja NAN malah susu lain juga
tak kira mahal atau murah malah susu badan sekalipun,
boleh menyebabkan kahak berlebihan. Kalau dah gitu
kemungkinan anak u all ada alahan.

Pergilah berjumpa paed untuk pastikan anak u all ada
alahan protein yakni alahan susu especially susu lembu ataupun tidak.
Ini cadangan i lah kalau anak tu kahaknya luarbiasa banyak.

Tanda lain pun ada macam Qimy dah dua bulan pun ada cecair keluar dari telinga.
Contoh lain macam kerap batuk berkahak, selsema yang berlarutan, badan sentiasa dedar,
dan lain-lain yang mana every mom kena pastikan sebab
bila berjumpa paed, kita boleh bagitahu mereka.
tanda atas ni semua ada pada Qimy.
Doktor Tan siap boleh detect kahak die banyak ke kurang.

Eh! susu badan pun sama?
Bukan susu badan bagus and number 1 ke?
Ya, susu badan memang sangat bagus tapi kalau ibu
consume makanan yang baby alah contohnya berasaskan protin macam cheese,
minum susu, telur, kekacang dan sebagainya, ianya juga beri kesan
kepada anak allergik dan berkahak.
Ini spesifik kepada anak yang ada alahan sahaja.
Kalau anak tiada alahan dan sihat, susu ibu paling bagus :)

Punca terjadinya hal demikian ialah kadangkala
bayi yang lahir tu sistem menghadam protin itu masih
tidak matang, bila dah matang everything is fine :)

Thanks tu  NAN sebab ada version Hyphoallergenic atau HA.
Susu jenis ni sumber protin dari susu lembu telah diringkaskan
supaya anak lebih mudah menghadam. Kahak pun kurang daripada biasa.
Qimy pun dah tukar susu biasa..alhamdulillah sihat!
Latest susu yang sesuai dengan dia Dutchlady 123 perasa coklat.
Oklah susu ni. Tak manis sangat pun rupanya. Sedap dan murah!
I je yang mula-mula sceptical sangat :)

Rabu, 3 September 2014

PENAWAR SELSEMA, BATUK, DEMAM DAN GASTRIK CARA MAMA MAYA^^

So ini adalah senarai penyakit yang biasa kami sekeluarga hidap,
except for the gastrik me and husband je yang ada.

Bukanlah bermaksud kami kerap kena penyakit ini.
Jarang sangat sebenarnya.
Dari tahun 2013 sampaila setakat tahun ni, baru kami anak-beranak
dilanda tiga serangkai ni; selsema, batuk dan demam.
Syukur kepada Allah makin pulih.
Well, penyakit ni pun bagus dan ada hikmahnya.
Lepas dah pulih badan jadi lebih sihat!

I dah stop gunakan paracetamol dan ubat batuk selsema to my family.
Selepas dapat info from other blogger mom yang i post tempoh hari,
terus stop dulu ubat-ubatan.

What i do as a mom, i  just depends on Scott Emulsion dan Yakult.
Scottt for antibody and vit c while Yakult for good bacteria.




Tahu tak dalam badan kita ni ada berbilion-bilion jenis bakteria yang terdiri
daripada bakteria baik dan bakteria jahat?

So, dengan meminum Yakult, kita membekalkan bakteria baik yang menjadi
perisai kepada bakteria jahat didalam usus perut kita.
Go and check their website www.yakult.com.my

To me Yakult sahaja minuman kultur yang membekalkan
probiotic bakteria hidup untuk kita. Lain brand i tak tahu.

Gastrik

Ok i ngn husband memang ada gastrik.(husband lagi kronik siap endoscopic bagai)
Tapi lepas kahwin gastrik dah jarang.
Orang kata sebab dah kahwin kot, makan pakai terjaga :)
Lain pulak halnya pada i. Kalau sebulan dua makan tak tentu masa, siaplah.
Lately, kalau makan lewat sikit lepastu makan banyak
mesti akan terasa macam makanan sangkut kat tekak
and perut kembung, nak sendawa je, kalau taknak pun paksa sendawa
sebab rasa rimas kat tekak. Orang indonesia kata asam lambung??
Maybe sebab dah puas google ternyata maklumat sering kali dari blog Indonesia.
Bagus ya orang Indonesia, rajin bangat mengupdate informasi :)
Yes...setiap kali sendawa akan ada sensasi masam ditekak ku huhuhu.
Ya barangkali inilah asam lambungnya huhu.
Tak tahula ini kesan dari gastrik yang teruk masa remaja dulu ataupun
ini kesan gastrik tahap dewasa huh! Dia dah tak main dah cramp kat perut.
Dia bagi asid masam kat tekak burppp!!

So, apa i buat??

1st - relax kan minda...steady.
2nd- kalau ada Yakult in hand, minumla 1-2 botol.
Kalau takde nanti pergi beli kemudian. MESTI cari!
Sebab tak lama selepas minum kita akan rasa lega.
Mungkin bakteria baik cepat bertindak :)
Itu je yang i buat sekarang. Kalau tak kena asam lambung pun
i minum je sebab sedap and maintain perut.

Kenapa minum Yakult?
-sebab nak bekalkan perisai menentang bakteria jahat! (kartun je bunyinya hahaha)
-bagus untuk pencernaan, bila sistem pencernaan bagus bererti tubuh badan pun sihat
-neutralkan sumber asidik dari pemakanan dalam tubuh badan kita (ingat asidik la punca utama kanser
boleh hidup dalam tubuh badan kita)
-membekalkan sumber vitamin untuk tubuh badan.

Kenapa ambil Scott Emulsion?
-sebab sumber omega-3, vitamin A & D, calcium & phosphorus
-untuk membekalkan antibodi semulajadi dalam badan.
-baik ntuk menghalang jangkitan kuman .
-menggalakkan pertumbuhan tisu, tulang dan gigi.

You all boleh tak kaitkan kebaikan kedua-dua item ni untuk lawan
penyakit 3 serangkai dan gastrik tu?

Lastly, kedua-dua item ni sangatlah murah. Memang tiada alasan untuk nak beli...
DAN YANG PALING PENTING SEKALI, Bacalah Bismillah dan berdoalah kepada
Allah semoga Allah memujarabkannya dan memberi kesihatan kepada kita :)

Khamis, 28 Ogos 2014

ANAK DEMAM? JANGAN PANIK OK^^

Ya.. anak I demam dah dua hari.
Siang dia ok, aktif lagi, malam je panas.
Kaki tangan satu badan panas.
Maybe demam nak dapat akal kot orang tua2 cakap.
Sebab time demam ni banyak cakap dan suka bertanya.
Haishhh anak mama ni.

Bangun pagi capai tab dulu, laju-laju google..
Keyword...anak demam kaki panas.
Yela anak dah lama tak demam so macam risau sangat.
2 hari ni malam je dia demam,
lepas tu kaki dia panas, biasakan sejuk.

Rupanya bila dah google jumpa satu blog ni...
Dia kata demam kalau kaki sejuk tu kita kena selimutkan anak
atau pakai baju tebal sikit, pakai stoking.
Tapi kalau kakinya panas, pakaikan baju nipis dan jerlomkan
badan dan kepalanya.

OOOooo...baru tahu.
So itula perbezaannya. So betullah yang I buat malam tadi.
Pakai baju singlet dengan seluar panjang, then jerlom
kepala dia. Kaki memang tak pakai stoking.

Then jumpa lagi blog yang berkongsi ilmu pasal anak demam.
Heaven rasa sebab, yelah kita kategori ibu baru anak sorang,
so pengalaman tu kurang sikit, nak call mak lately dia
sebok benar dengan persatuan dia, malas nak ganggu kan.
Kadang2 mak i pun lost idea sebab lama dah tak beranak kecik hehehe.

So kat sini I nak share link sis ni untuk pengetahuan kita semua^^

http://littlemamadiary.com/demam-panas-bayi-kanak-kanak-betul-ke-demam-panas-bagus-untuk-anak/

Rabu, 20 Ogos 2014

PAINTING TO LET GO^^

Ye kawan-kawan...
Handmade original mixed media painting is FOR SALE!! HOYEEHHH!!
This painting is produced after long deep thought on fatherhood.
Cewahhh!! Sefeaking london you!

Jumaat, 15 Ogos 2014

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEMUA^^

Assalamualaikum semua...
Dah beberapa bulan meninggalkan halaman blog ni,
harap takdala bersawang sangat hehehe.
Bukan apa, sibuk dengan hobi baru..
actually ianya hobi yang dah lama ditinggalkan^^

Sajalah nak asah bakat balik..
bakat kalau tak diasah berkarat jugak..
sama macam speaking foreign languagela,
kalau tak practice hari-hari belajar 10 tahun pun
tak lembik-lembik lidah tu, keras kejung je ye dak!!
I ni pun dah tahap kejung gak ni,
Opismate semua kak jah cik jah, mana la ade Jenny, Michael, Vikram..
Kalau ada phone call pun ha kat situ jela ko berdialog :)
Eh! dah melencong ke lain pulak hehehe..

Ok citer pasal puasa sikit..
Agak terlambat nak cerita, kita round up sekali harungla ya..
nak share jugak hehehe..
puasa tahun ni encik somi agak cemerlang sikit buat sebab dia tak gastrik pun yeaaa!!
Alhamdulillah syukur kepada Allah sangat2 :)
Manis sangat berpuasa tahun ni sebab rasa berkatnya bulan Ramadan.

Sambung balik pasal hobi kita kan,
nak sharela hasil kerja, berpeluh-peluh nak hasilkan huh!
Serius menitik peluh hehehe..(nak kata bersungguh2la ye)
Jangan Tanya tau sebab apa lukis ini lukis itu,
ini semua ilham dekk...dia kalau ilham tu datang, itulah hasil yang ko dapat..
haaaa semua ada makna tu...
yelah! Ini semua poyooo!!!! hahahaha


 
 
 


Isnin, 26 Mei 2014

ALL OF ME : JOHN LEGEND^^

Soooooo in love with this song^^

....my head's underwater but i'm breathing fine..
You're crazy and i'm out of my mine..
Coz all of me loves all of you...

Lalalala...happy sangat today :)

^^blushing^^



Selamat mendengar uolls!

Sabtu, 24 Mei 2014

BLOG ANAK MAMA : QIMY JE KE ANAK MAMA??

Siapa anak mama???
Shayeeee..
Siapa Nasik bobo mama???
Shayeee..
Siapa utuk atam papa???
Shayeee..

Imy sayang mama tak???
Ayanggg...
Imy sayang papa tak???
Ayang...

Imy nak adik???
Nanakkk...
Imy nak baby???
Nanakkk...
(I tak ajar pun dia say nanakk)

Confuse mak bapak dia ni,
Paham ke anak aku ni nak adik tu apa.
Baru 2 tahun lebih dah pandai nak conquer ko..
Bahaya nih!! Habis adik2 dia sume nak mengalah.

Qimy my dearest son,
Mama papa memang teringin nak bagi awak kawan tau.
Ada rezeki semoga Qimy jadi Abang long yang baik dan soleh.
Yang boleh jadi pemimpin, pembimbing even a true friend to adik-adik.
Sepakat membawa berkat sayang.
Itu sahaja doa mama papa.

Ameen Ya Allah..sesungguhnya engkau Maha Mendengar, Maha Mengasihani.

Khamis, 22 Mei 2014

BERGIGIH BELI MESIN POTONG KAYU :)

Oklah...xmampu Bosch, Okatz pun boleh^^
Macamla pro-pro kan hehehe..janji bahgia :)

Alhamdulillah dapat gak beli :)
Cari kat MR DIY memanjang sume dah habis.
Sebab murah kot pasal tu semua orang borong.

Thanks kat husband sebab sudi berpenat-penat
buatkan wood panel untuk wife dia yang sebok nak melukis hohoho!!!
seronok..seronok..seronok..
Thanks sayang.... kasih sayang kan hehehe

Panel dah siapppp oiiii!!
Bila nak mulanya...??
Masa tak siap nak satu judd!!
Soalan cepumas laki hehehe





Siap satu^^

Lepas ni, ada rezeki lagi nak cari mesin drill pulak.

Nak buat apa?? Ko Tanya nak buat apa jah!
Aishh banyak benda ko boleh buat.
Ko jangan drill lubang hidung orang sudah!
har har har....ello brader ade style abg gayour x??

Rabu, 21 Mei 2014

SOY/ALMOND MILK MAKER : DAH MASUK DAH DALAM LIST ELECTRICAL APPLIANCE POJAAN HATI^^

Bila nak membeli tu mak tak tahulah lagi nak..
Tunggu duit mak penuh dalam purse sampai tak boleh nak zip
barulah mak pergi beli nak..itupun sebab nak kempiskan purse tu je
bukan sebab nak beli pon...cewahh!!!! macam bagus je kan :)

Dah lama mengidam ni sebab, banyaklah sebabnya.
Biasalah orang perempuan nak sesuatu sebab dia je lebih.
Lepastu bila dah dapat memula je semangat pastu hangat!!!
Hati laki hangat! Telinga I pun hangat sebab kena sengat maa.
Asben I kalau dah bercakap pedih woo macam penyengat!

Bagus tau alat ni, especially untuk ibu mengandung atau
lepas bersalin, boleh tambah susu dan untuk kesihatan
serta jimat, tak payahla beli kan..buat sendiri je lagi berkhasiat.
Yelah tu, kalau dah ade sok tak buat siap! hehehe..

Sebelum ni tak tahu pun.
Tapi masa check up Qimy aritu dengan Dr Tan
borak-boraklah pasal kesihatan & pemakanan.
Dialah yang cerita pasal milk maker ni.
Apalagi dah memang tabiat mak-mak millenium, lepas tahu je laju2 gi google^^
To me it's a new thing, kalau u all lebih tahu awal good for you :)

Anyway, korang cuba layan vids ni..
Brand kat bawah ni payahla nak beli,
Kalau biasa beli2 barang2 online from oversea takpelah.
Kat Malaysia ni brand Panasonic rasanya ada.
Harga sebuah tak silap RM400-500++.
Produk ni kat ebay pun ada jual. Dah macam-macam version ada.
Tengoklah ada rezeki mudah-mudahan :) Allah Maha Mendengar^^



 ** Dah ada alat ni senang ko jah, tak payah nak perah-perah pakai napkin anak ko kan. Tekan tettt butang tu, dancing-dancing dah siap :)


Selasa, 20 Mei 2014

PETAI OR STINK BEAN OR PARKIA SPECIOSA : TAK BOLEH MAKAN DAH KOT HUHU^^

Macam rhyme je kan tajuk atas tu kan :)

Actually dah perhatikan dah.
Bilangkali makan petai mesti pening, kepala berat,
berangin pastu bau tu maintain je berlegar-legar kat kerongkong nih!
Ingatkan sebab lain tapi yelah, petailah jawapannya.

Aduuhh dahla petai tu sedap..huhu

Petai elok uolls untuk cuci buah pinggang.
Dulu masa remaja, kalau makan petai mentah mesti tonsil (bengkak anak tekak)
Yelah petai ni kan orang kata panas.
So makanlah yang mentah tu berpada-pada, ataupun yang bermasak.
Maybe getah dia dah takda kalau kita masak.

Tapi bila dah semakin muda ni ehem..ehem.. :),
Yang cooked pun dah tak boleh pulak.
4-5 hari ni asyik berlaukkan petai je..
Mama masak ikan bilis goreng cili api letak petai..mana boleh tahan beb!
Balik rumah repeat lagi dengan sotong..
2 hari kat office ni memang slow je sebab kepala berat!!
Asyik burrrppp arrgghhh!!! rimas betul.

Adoiii tensen betul...that's it!!!
Jangan nak can't get enough sangat kat petai tu dah maya!
Makan je lobak putih tu bebanyak kalau ye nak cuci buah pinggang pun.

Tengok jela asben makan kan..

From Wikipedia^^
Buat telur dada letak cili api tumbuk dengan ikan masin jeruk dan petai pergghhh!!
Ni yang tak jadi ni kui kui kui
 

Isnin, 19 Mei 2014

BAGAIMANA HENDAK HILANGKAN ATAU NEUTRALKAN SEMULA BAU UBAT GEGAT (MOTHBALLS)

Cerita haritu...

Alahai punyalah geram dengan cik Lipas
Laju-laju pergi beli ubat gegat then pudatkan banyak-banyak dalam cabinet.
Marah sebab habis dia berakkan bekas-bekas Tupperware kat rumah tu.
Tahi lipas kan busuk. Boleh muntah dibuatnya bluuwekkk!!!

After few days je letak ubat gegat..dah habis pulak semua bekas2
Tupperware tu berbau ubat gegat. EEE geram pulak makk!!

Bawak bekal habis makanan pun bau ubat gegat!!
Haaa..marahlah ni...husband cakap tu la pergi letak banyak
sape suruh. Orang letak sikit je sebiji dua.
Geram pada binatang yang tak berakal
Inilah padahnya huhuhu..

Apa lagi tak tunggu lama kutip balik semua ubat gegat.
(Suka la cik Lipas ye.)
Tapi Alhamdulillah dah takda dah lipas-lipas tu.
Cuma baula tak tahan and bau pada bekas Tupperware.
PADAN MUKA!!

So google punya google, terjumpalah dekat yahoo voices.
Ok kat bawah ni I share sikitla info yang I baca kat uolls.
Manalah tahu masalah kita serupa hehehe..

Natural way to reduce mothballs odour ye kengkawan:

1. Serbuk kopi
Dipercayai dapat menghilangkan bau dengan meletakkan di sudut cabinet atau almari
 serbuk kopi yang diletakkan dalam sebuah mangkuk kecil. Boleh juga cari serbuk kopi instant, lagi mudah sebab tak payah nak letak dalam mangkuk kan.

Courtesy from Google^^

2. Arang atau 'charcoal'
Letakkan seketul dua arang disudut cabinet atau almari untuk mengurangkan bau ubat gegat.

3. Suratkhabar
Kalau tiada sumber lain boleh gunakan trick ni. Gumpalkan 2-3 helai suratkhabar seperti bola kemudian letakkan pada sudut cabinet atau almari.

4.Soda Bikarbonat
Terjumpa blog someone yang listdown 100 usage of soda bikarbonat other than making cake. Dia tak cakapla hilangkan bau ubat gegat tapi it says like soda bikarbonat ni boleh kurangkan bau busuk. So i aplikasikanlah since ada pula soda bikarbonat in hand. I letak sikit dalam tutup botol then letak dekat sudut dalam kabinet tu. Walah!! hasilnya menjadi!!


Actually I end up guna cara no. 4 sebab no 1-3 tu baru google 3 hr lepas sedangkan i dah pandai-pandai guna cara no.4 10 hari yang sudah. So it works! Bau still ada tapi kurangla. Malam tadi check bekas-bekas pun bau dah kurang..cuma malam nanti nak letak kertas suratkhabar pulak hehehe^^



Jumaat, 16 Mei 2014

TAIO CRUZ FT KYLIE MINOGUE HIGHER : SODAP BOTO LAGU NI^^

Terhangguk-hangguk kepala mak nak...

Pepagi yang indah nan damai ni saat mulut nak menguap terus tak jadi

Dia punya rancak rasa nak berjoget je dalam kereta ni, confem kereta belakang kata poyo hehehe

TAPI LAGU NI memang keren bangetla bak kata ashraf sinclair(hik hik hik)
Mamat ni sejak dah berhijrah ke sana dah rupa endon kacukan belanda dah ghopanye hahaha
Telo bahasanya pun dah ke sana hahaha

Driving sambil layan lagu ni, pergi kerja lambat pun tak heranla lambat

Tula dia punya penangan

Bukak kuat2 macam *****
Asben kata macam bagus-bagus je hehehe
Tapi kalau dah jejak pintu tetiba time tulah bos pun sampai
Baru ada akal bergelut2 nak naik tangga..maya..maya..

Walaupun dah berusia, kylie sangat vogue disitu^^


Khamis, 15 Mei 2014

HAIRSTYLE YASMIN HANI YANG KUIDAM DAH DAPAT^^

Courtesy from Encik Google^^
 
Nampak tak kengkawan...
Actually Rihanna pun dah cuba style ni..
Mak je tak buat lagi tau.
Bilangkali I nak buat mesti tukang gunting kata
"muka you tak sesuai maaa"
"you rambut tebal maaaa"
"you rambut kembang maaa"
Sekali I penyepak maaa...Sakit hati tau!

Hari selasa yang LALU (cerita lama ni hehehe)
Tertengok wanita hari ini, artis jemputan Yasmin Hani & baby dia yang cute debab tu kan..
I was like argggghhhh rambut yasmin hani!!!...then salivate hahaha
Parah kan bunyinya...husband's like dah kenapa??

Hehehe abang, nak potong camtu..
Ha tula abang kata, comel style tu
Barulah nampak muda sikit, hik hik hik
(Macam tak caya dia cakap macamtu, dah nampak tua ke aku ni hehehe)
Biar abg jela yang potong.. Kalau pergi kedai mesti end up potong style sama je

Experiment la ni ye..
Ok takpa, kalau tak jadi, bertobek sana-sini
bukan nampak kat orang...kita kan bertudung :)
Sebab nak sangat redha jela.

Taraaaa...jadi ponnn
Oh sukanya akak :)
Memang nampak STYLO MYLO SMART SEKSI sume adalah!!
tapi kat rumah jela hehehe,
Kalau kat luar sopan santun emMMmpphhhhh menyampah you!!! hehehe

Yasmin Hani memang sesuai sangat hairstyle you ni..memang elegant mom!!

p/s: KAK NINA if you read...tak nak cuba ke...tak berani letteuwwwww :)

Rabu, 14 Mei 2014

AMBIL MOOD :)

Assalamualaikum semua..
Cehh..semua tu macam ramai je yang nak baca blog ko maya oii
hehehe fefeeling perasan best.

While Kak LG end up her last post untuk Salam2Benua (sedih uolls walaupun tak kenal
pun kak LG tu tapi bila jadi reader blog dia rasa macam kakak sendiri je :).
No more food picture yang best2 from her.
Takpalah, kalau rindu scroll down jela post2 lama dia huhu.

ME!!??
Ohhh!! kenalah meneruskan perjuangan berblogging ni sebab
macam ada feeling lagi nak berblog. Tak minat nak layan Instagram bagai.
So ye..harus meneruskan :)
TAPI masa begitu mencemburui uhuk! uhuk!
PLUS malas pun hadoo..

Tambahan pulak ada si kenit bawah ni.
Asyik nak berebut je dengan mama.
Kita pegang tab, dia pun nak pakai tab.
Kita menghadap PC, oh dia pun nak buat kerja..
Grrr...Habis CAMNo!!
Layan jela ekspresi muka dia yang..
Ok! I got a plan!! yes! yes! Hehehe


  

Selasa, 4 Mac 2014

ASSALAMUALAIKUM 2014^^

Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah.
Belum dan masih lagi menanti perkhabaran gembira.
Masih lagi menunggu langsung kurang ghairah hendak
menulis di laman maya ni.

Berhabuk sudah semuanya hehehe...
Insyaallah lepas ni mudah-mudahan akan ada sinar baru.
Akan ada tulisan-tulisan girang^^
Sekian...terima kasih^^

(rasa macam abg Lepat pulak bait-bait kata ku ni hehehe)