Isnin, 19 Ogos 2013

UPDATE POST : JAHITAN MANIK DAN LABUCI...LABUCEYYY^^

Haa ingat tak aritu mak jemah ada cerita tentang manik dan labuci kann..
Alhamdulillah 3 hari nak raya baju pun siap seadanya..
I buat baju kurung moden tapi kain baju kurung, ok je tak nampak pelik pun.
Bukan apa, kalau kain baju kurung lipat tepi ni rasa selesa sikit, nak bersila bagai.

Nak citernye pasal jahitan manik, melalut pulak. Ok akhirnya berjayalah jugak misi menDIY manik baju sendiri. Asalnya nak borong soploh doploh manik colourful terus untuk corak manik tabur..tetapi dengan pantas terfikir..sempat ke nak buat ni..dah bendanye small2 gitueww, bila nak siap? Ada masa 1 hari je plus minus ni. So terus letak manik2 tadi tatkala ternampak renda-renda lace pelbagai warna, saiz dan perincian. Perincian ni termasuklah renda yg dijahit manik, ada yang dijahit dengan pearl sahaja, ada yang sulam kilat2 sahaja, eh macam2lah kak kiah oii...tapi harga lain2 lah. Ada yang RM10 semeter, ada RM 15 semeter, yang RM20-30 pun hadooo...

So terberkenanlah dengan satu renda ni, actually renda ni memang untuk lekat pada pergelangan tangan atau nak gubah dekat bahagian leher dan dada..terpulang kreativiti. Tapi sayang pulak, x snap renda2 tadi untuk tatapan u all :)

Inilah hasilnya. RM15 semeter dah cukup untuk dapat dua pergelangan tangan dan letak kat bahagian leher baju. Jadilah! Lepas tu i tambah sikit dengan pearl. Tapi sebab masa dah suntuk just tambah sikit2 je. Pakai 2 colour je. Bolehlah untuk permulaan kan. Lepas ni dah tahu nak beli je renda. Yelah kita ni bukan pandai mendesign. Ambil je yang dah sedia ada pastu tokok tambah. Cepat siap dan mudah. Kalau dulu2 zaman x reti, punyalah borong manik labuci segala..at the end x jadi apa sebab malas! Eh beli manik labuci pun cecah gak 2o hengget! Lebih baik beli renda, atleast kalau tak sempat nak tambah2 renda tu dah memang cantik. Harga lebih kurang je. Nanti kalau ada baju lain yang i buat, kita share pic lagi ok :)


x pandai main colourla, tone lebih kurang je
x menyerlah sangat huhu jadila...^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan