Jumaat, 15 Mac 2013

FILEM SYUKUR 21 DAN SEKOLAH PONDOK

Pernah tak tengok filem ni kat TV?
Masa remaja dulu (eceh remaja hehehe) macam bosan je nk tgok.
Bila dah menjelang 30s ni dah boleh fikir skit.
Filem ni terbitan Metrowealth production..uncle David Teo.
Pengarah : Eddie Pak (lama x dengar berita dia ni. Dia ni dah convert islam kan..kena tanya pakcik google hehehe).I thought this movie was from KRU production..so silaplah ye^^.

Ok kat bawah ni sinopsis cerita ni. Kotla ada yang nak imbas2 kembali jalan ceritanya atau memang xpernah tengok pun. So bolehlah nak baca kalau rajin ^_^
Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatar belakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.
 
Berbalik pasal komen i tadi...

ANYWAY nak ceritanya...tahun lepas rasanya TV3 ada tayangkan, i pun tengoklah, walaupun itu movie lama tapi rasa teruja sgt sebab terbayangkan sambil berkata-kata dalam hati, "inilah konsep sekolah pondok yang moden...kan elok kerajaan ambil inisiatif untuk majukan sistem sekolah pondok macam konsep yang dibawa dalam Syukur 21 ni tapi movie ni dipandang sepi je. Movie ni sekitar tahun 2000 and sekarang ni dah 2013...kadangkala ada jenis manusia tak mau tunduk pada yang rendah. So kenapa nak pandang sangat movie picisan yang kutipan setakat sejuta ni kan...rugilah kita disebabkan sifat tak nak merendah diri.

Ada few threads yang komen cerita ni rata2 komen bab sound dia sebab movie ni pakai teknologi canggih dari segi bunyian. Ramai gak yang kata jalan cerita tak best la apa la. Biasala tu.

Tapi kalau tanya i, i lebih tengok konsep dan suasana cerita tu. From thatlah terus terfikir ohh inilah sekolah pondok yang moden. Dalam cerita tu cane nak cakap ye, ok kalau department kanak-kanak then ada yang uruskan kanak-kanak, then ada remaja, golongan wanita dan lelaki. Kalau contoh pembelajaran ada science, sukan, memanah berkuda bagai. Konsepnya tidak seperti macam sekolah pondok kita sekarang ni yang hanya tertumpu pada hafazan quran, pengajian islam.........yess ada juga yang bawa konsep macam disekolah tapi lainlah!

Kalau beginilah sistemnya pasti dapat menghasilkan cerdik pandai yang soleh solehah. Yelah cakap memang senang kan tapi tulah, 13 years back ada someone yang cetuskan konsep ni... tapi belum ada pihak atasan yang perasan cerita ni dan amik sebagai panduan.....sayang kan!

 Sekarang macam dah ada sekolah islamic sebegitu konsepnya macam sama tapi ianya tak mampu dinikmati semua golongan. Contoh-contoh sekolah pondok swasta yang islamic..yes i baru teringat. Tapi setahu i sekolah2 tu perbelanjaannya mahal.

What i mean is sekolah mampu milik oleh semua golongan. Untuk Qimy esok, mampukah mama nak hantar sekolah terbaik macam tu?.

Mak aih panjangnya. Maaflah panjang lebar gituew^^ Blog sendiri suka2 macam nilah^^

Salam Jumaat ^_^


3 ulasan:

  1. bagusnya kalau semua orang berfikiran mcm akak kn. yela x lama lagi nak masuk tahun 2020. wawasan 2020 belum tercapai sepenuhnya. movie ni sebenarnya salah satu idea yg cuba disampaikan oleh rakyat malaysia tp kalau dah semua org duk pentingkn diri sendiri n pikir die je bagus mcm mane negara kite nak maju ye dak? sorry ye kak panjang pulak kite komen..

    BalasPadam
  2. Eh takpa..ada juga yang terpanggil nak baca kan :) most welcome. Entry ni tahun 2013. Now perasan x sukan memanah dan berkuda mengikut sunnah slowly bercambah :)

    BalasPadam
  3. Saya tak rasa filem ne tak bagus. Filem ne sangat bagus sebab memaparkan nilai2 murni. Dulu setiap kali Awal Ramadan setiap tahun saya dan kawan2 selalu menonton filem ne

    BalasPadam